Saturday 30 July 2011

Jom try Sup Makaroni pulak...

 

 Suka makan sup?Kami sekeluarga memang suka makan sup.Sebut apa saja jenis sup...sup ayam,daging,cendawan...memang kegemaran satu keluarga.Tapi selalunya sup yang di atas tu makan dengan nasi.Kalau yang bukan diregu dengan nasi pulak,yang selalu tentulah bihun sup...yang paling glamer kat Kedah ni.Tapi aku belum grad lagi buat bihun sup ni...selalu beli je...he he he.Kebetulan semalam kami pi lah buat lawatan kat Tesco baru yang baru buka kat Seagate tu...punyalah ramai orang.Rasa mcm nak patah balik tapi memandangkan dah masuk dan masa pun dah suntuk nak shopping?...he he he...kat tempat lain redah jugalah.Entah camna tangan aku ni gatal nak beli jugak makaroni.Ala...pasta yang bentuk mcm tiub tu.Berlubang kat tengah2nya...rasa teringin pulak tekak ni nak makan sup makaroni...oklah.Nak pi masak dah ni.

Kalau nak try buat sup ni ada resepinya...lebih kuranglah mcm tu.Nak adjust pun boleh,ikut citarasa sendirilah...tapi seelok - eloknya kalau tak mahu makan segera,asingkan makaroni dari kuahnya supaya tak over kembang dan kering kuah sup.Bila nak makan baru tuang sup ke atasnya....orrrait.

 Mudah dan simple je sup ni.Tapi untuk yang baru pertama kali makan sup ni tentu rasa teringin sangat nak tengok lubang yang ada kat tengah - tengah makaroni tu...itu aku le masa baru pertama kali kenal makaroni dulu....ha ha ha..peghak, kata orang Kedah...

 

 

 

                                                            Sup Makaroni

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1. 300g Makaroni
  • 2. 1/2 ekor Ayam
  • 3. 5 ulas Bawang Merah
  • 4. 3 ulas Bawang Putih
  • 5. 3cm Halia
  • 6. 1 Sup Bunjut
  • 7. Daun Sup
  • 8. 1 biji Tomato
  • 9. Lobak Merah
  • 10. Sedikit Minyak Masak
  • 11. Garam dan perisa
  • 12. Air

Cara-cara

  1. Rebus makaroni, selepas lembut toskan terlebih dahulu
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris, selepas itu masukkan ayam dan air
  3. Diikuti dengan memasukkan sup bunjut, lobak merah, perisa dan garam
  4. Sebelum diangkat masukkan makaroni dan tomato
  5. Hidangkan dan hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng

Tuesday 26 July 2011

Apam polka dot pulak...

Dah banyak hari tak sempatla nak belek blog ni.Hari ni nak share lah pulak pasal sejenis apam yang tengah hot skrg ni...apa lagi kalau bukan apam polka dot.Sana sini orang tgh dok reka nak buat apam yang paling cun...he he...memang cun sbb comel dan berwarna - warni.Aku dah rasa apam ni...okla...mungkin ikut ketinggian skill sipembuatnya kot.Kalau tinggi skillnya tentulah makin enak dan cun apamnya....atau mungkin cuma gah pada rupa tapi rasa tak tau lagi.Inilah rupa apam - apam polka dot tu...


Comel -comel kan...apam ni ada yang berinti dan ada jugak yang kosong.Intinya ikut citarasalah,coklat boleh,blueberry,strawberry atau apa saja inti yang disukai.Sangat sesuai untuk hidangan berbuka pada bulan puasa nanti sbb budak - budak memang suka dengan kuih yang cantik dan berwarna-warni.Yelah...boleh jadi satu galakan untuk berpuasa kan.Untuk orang dewasa rasanya boleh makan seadanya saja kot sbb apam ni manis sikit so faham - faham sajalah...Sempena Ramadan yang bakal menjelma....Selamat Menyambut Bulan Ramadan Almubarak....

Thursday 21 July 2011

Jom nyanyi lagi

Gara-gara drama ANNISSA di tv3,aku tersangkut hati pulak kat lagu ni.Sedap betul melodinya.Liriknya pulak memang kena dengan jalan cerita padahal aku tak hafal pun...cerita drama ni tentang dua sahabat karib yang bermadu tanpa disedari oleh si isteri tua sehinggalah setelah si suami meninggal dunia.Emm...tema cerita yg orang perempuan cukup fobia...termasuklah aku.Anyway..oleh sbb jalan cerita menarik dan lagu pun best so tinggilah rankingnya.Maka jadilah kami penunggu setia tv3 10.30 setiap malam.Ouch...mlm ni last la...finale....

 Tapi tak dinafikan vokal ketiga2 diva ni memang terbaek!
 
Lirik Jaclyn, Ning Baizura & Shila - Seribu Sesalan


[Shila]
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang
Sunyi sepi
Juga rembulan
Dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri


[Ning]
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu


[Jaclyn]
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

[Ning]
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi


[Shila]
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku


[Ning]
Di saat ku perlukanmu


[Jac]
Tertutup jua segalanya terhadapmu


[Ning]
Di sini ku tersedu-sedu


[Shila]
Setelah cinta pergi


[Jac]
Ku mengusung duka ini diiringi


[Ning]
Diiringi


[Shila]
Kisah janji


[Jac]
Dimungkiri


[Ning]
Dimungkiri


[Jac]
Sia-sia ku


[Ning]
Mencintaimu


[Shila]
Setia padamu


[Jac]
Percayakanmu


[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu


[Jac]
Sia-sia ku


[Ning]
Mencintaimu


[Shila]
Setia padamu


[Jac]
Percayakanmu


[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu


Beribu sesalanku...

Wednesday 20 July 2011

Meh try buat cheesecake

Suka tak makan cheesecake?Satu daripada kek favourite aku tapi aku tak pernah lagi cuba membuatnya.Lepas aku tenyeh sana sini kat internet aku terjumpa resepi blueberry cheesecake yang tak perlu dibakar.Ada ke?Laa...ada rupanya .Tertinggal zaman betul aku.Ni lah resepinya yang aku copy dari blog MyResepi.Tuan punya resepi tah siapa namanya...thanx for sharing..pas ni mesti nak try jugak lah buat sendiri..
Kat sini ada gambar - gambar yang jugak aku cedok dari google images la mana lagi.Yummy...Chilled Blueberry Cheesecake....sedapnyaaa...




Bahan-bahan ( 5org )

  • 24 kpg biskut (tanpa krim kat tengah)
  • 50g non-salt butter (dicairkan)
  • 200g blueberry (dlm tin pon bole)
  • bhn A: 30g gula, 2 sudu teh perahan lemon, 1/4 cwn air
  • 120g creamcheese
  • 30g gula halus
  • 70cc (atau ml) plain yogurt
  • bhn B: 2 sudu teh serbuk gelatin dan 2 sudu besar air
  • air perahan lemon

Cara-cara


  1. Img_0195
    biskut dihancurkn. Kalo mahu mudah boleh guna pengisar. Kemudian masukkan non-salt butter yg telah dicairkan kedlm biskut yg telah hancur tadi.
  2. Img_0196
    gaul rata biskut dan butter.Pindahkn ke dlm acuan kek. Tekan dgn tapak tgn supaya biskut td rata ke seluruh bekas. Tutup dgn wrapping paper dan masukkan dlm peti ais(bukan yg sejuk beku).
  3. Img_0197
    Bhn A dimasukkan kedlm periuk dan dipanaskn sebentar.Seelok2 nya sampai pekat sikit. Setelah itu dibiarkn sejuk.
  4. bhn B: gelatin dicairkn dlm air. Ketepikan.
  5. Img_0198
    dlm bekas yg lain, campurkn gula halus dgn cream cheese. pukul sampai lembut.
  6. Img_0199
    masukkan yogurt. Kacau rata.
  7. Img_0200
    1/3 blueberry yg telah disediakan pd awal td dimasukkn dlm adunan. kacau rata. Kemudian masukkn separuh dr gelatin yg telah larut td. (jika gelatin berketul, panaskn dlm 1minit dlm oven) .Rasa sedikit bancuhan.Kalau perlu nk tambah jus lemon pon ok.
  8. Img_0201
    curahkn adunan dlm bekas yg berisi biskut td.bekukan dlm peti ais( tempat sejuk beku). Bila dh beku, ikut step seterusnya.
  9. Img_0204
    baki blueberry dicampurkn dgn baki gelatin, kacau rata. Tuangkn diatas lapisan pertama yg dh beku td.
  10. lepas diratakn keseluruh bekas, sejuk beku kn sampai la kek ni betul2 keras. Lepas tu boleh la dimkn masa sejuk2.
  11. tips: ms nk kuarkn kek ni dr bekas kdg2 susah skit. Kalo nk senang, tekapkn bekas kek dgn kain(atau tuala kecil) basah yg telah dipanaskn dlm oven sebentar. Kemudian baru keluarkn kek.

Monday 18 July 2011

Jom nyanyi

 

Lirik Gelora Jiwa – Yuna

Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa
Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja

Gelora di dalam jiwaku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tandaku nan membalas cintamu
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku
Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja


Buat masa ni inilah lagu favourite aku...retro...

Friday 15 July 2011

Hobiku membaca


Hobiku membaca.Sedari kecil aku suka membaca.Aku tidak memilih bahan bacaan yang tertentu sebaliknya apa sahaja bahan yang menarik perhatianku akan kubaca.Seingat aku,aku hanya boleh membaca dengan baik ketika usiaku menjelang lapan tahun.Seandainya murid - murid tahun dua ketika ini seperti aku dahulu, bermakna mereka akan terpilih sebagai murid LINUS Literasi.Bagaimanapun kemahiran membacaku bercambah dengan cepat lantaran hobiku itu.Setiap hari aku akan mencuri masa untuk membaca tidak kira sama ada buku,


majalah seperti ini,        
                                                                              
 atau yang menjadi  satu kemestian iaitu suratkhabar kegemaranku.


 Bukan itu sahaja,kertas pembungkus makanan seperti kertas pembungkus nasi lemak ini juga seringkali menjadi sasaranku untuk dijadikan bahan bacaan.


Thursday 14 July 2011

Kebaikan dan keburukan internet

                                                      SINOPSIS

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan.Di antara kebaikan -kebaikan internet ialah:
1.Pendidikan dalam internet
Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui internet.
2.Perniagaan dalam internet
Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan internet dalam dua cara iaitu : (a) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(b) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet.Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.
3.Perubatan dalam Internet
Internet merevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada jauh dari bilik pembedahan.
Walau bagaimanapun, di sebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.
Terdapat beberapa keburukan internet seperti :
1.Medium penyebaran dakyah jahat

Tuesday 12 July 2011

Cemerlang seiring bakat

 
Kedua -dua penyanyi utama adalah pelajar cemerlang 5A UPSR sekolah ini.Berbaju merah adalah puteriku Fatiha Maisarah binti Fuad yang kini menuntut di SMKA Yan,Kedah di samping temannya Nur Ili Amalina binti Ghazali yang juga pelajar di sekolah yang sama.Semoga kecemerlangan sentiasa mengiringi kalian...Amin...

Monday 11 July 2011

Buat renungan bersama...

 * Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

* Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.


* Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.


* Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.


* Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.


* Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodo
h.

Saturday 9 July 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan

Terima kasih daun keladi.Tahun hadapan mudah -mudahan terima hadiah lagi!

Jasamu dikenang

Majlis Persaraan PK1 Hjjh Noorsiah Aziz

                                                             Sayang Sarawak sungainya sempit,
                                                                         Buah nanas lambung lambungan,
                                                                          Hendak kubawa perahuku sempit,
                                                                         Tinggallah muridku jadikan kenangan.

Patriot Muda

Melentur buluh biar dari rebungnya.
Sambutan Bulan Kemerdekaan SKKJ