Tuesday 30 April 2013

20 penyakit hati terhadap Allah


Cuba periksa hati kita betul-betul...Allahu Robbi  ;(

Pesan Saidina Ali:Cara Mendidik Anak



Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
 
7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh merosakkan akhlak
7 tahun pertama dah berlalu...Alhamdulillah.7 tahun kedua sedang dilalui...dan 7 tahun ketiga baru memulakan fasanya bagi anak sulungku...Semoga kami ayah dan ibunya terpilih sebagai teman untuknya berbicara...dan bersahabat...
 

Monday 29 April 2013

Ayat-ayat Cinta


Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

repeat reff

Ketika ku bersujud


 

Aku memang minat giler lagu ni....dengarlah berulang2 kalipun...tak pernah jemu.Tentang Cinta Yang Agung...hanya pada Mu Ya Allah Ya Tuhanku....

Rahsia perkahwinan bahagia

Banyak tip dan rahsia atau resipi untuk perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun di bawah dikongsikan tujuh saranan yang boleh diamalkan anda dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Cadangan ini memang ringkas dan boleh dibuat seberapa segera oleh mana-mana pasangan suami isteri.

1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama. Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.

Tip: Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?

2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.

Tip: Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.


3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi 'yang benar' atau 'yang baik' maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.

Tip: Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.

4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.

Tip: Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti 'saya suka senyuman awak' atau 'terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.'

5. Jika anda berhajat tentang sesuatu perkara jangan pendam dalam hati dan harapkan pasangan anda dapat 'membaca' isi hati anda. Jika perkara dimahukan tidak terjadi tentu anda berang, beritahu pasangan apa yang anda mahukan dengan cara berhemah dan jelas, Komunikasi yang baik memudahkan hubungan anda berjalan lancar. Jadi bercakaplah dan jangan harap pasangan anda boleh menjadi 'ahli nujum' pula.

Tip: Selalunya anda harapkan pasangan anda memahami apa hajat anda tanpa perlu mengatakannya? Tidak kira lelaki atau wanita masing-masing mengharapkan pasangan berlaku romantis dan mengidamkan masa berdua-duaan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pasangan membantu dalam urusan kerja rumah. Senang saja, cakaplah pada pasangan apa yang anda mahukan.

6. Buang sifat suka menghukum atau mempertahankan diri secara perlahan-lahan. Lapangkan hati menerima pendapat pasangan anda dan itu tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian sendiri. Tidak bermakna juga jika anda tidak menyangkal maka anda salah sebab dalam hubungan suami isteri ini memang perlu selalu bertolak ansur terutama untuk mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak rugi mengalah kerana dialah insan yang anda mahukan berada di sisi anda seumur hidup bukan?

Tip: Pilih satu sifat pasangan anda yang selalu membuatkan anda marah. Bila anda dan pasangan berdebat tentang perkara tersebut cuba dengar sahaja dan jangan berfikir tentangnya walaupun dalam hati. Cuba tengok apa hasilnya?

7. Buka hati anda seikhlas-ikhlasnya untuk pasangan anda. Kebanyakan daripada kita yang telah bertahun-tahun berumah tangga masih membatasi kasih sayang sepenuhnya buat pasangan. Jika anda mahukan rumah tangga yang harmoni dan sentiasa bersemarak bahagia, cubalah ambil risiko tersebut dan jangan fikirkan tentang perkara negatif.

Tip: Buangkan sifat buruk sangka. Memang konflik sesekali akan tercetus tapi jika anda pandai mengawal diri dan yakin pasangan anda juga patut diberi peluang maka runtuhkanlah tembok keegoaan itu. Pasti rumah tangga anda akan kekal harmoni hingga ke akhir hayat.

Tidak salah berkongsi rahsia untuk kebaikan...

Doaku

Ya Allah…
Ampuni segala dosa-dosaku…
Dosa kedua ibu bapaku..
Dosa muslimin dan muslimat…
Ya Rabbi…
Kau terimalah taubatku…
Kau terimalah penyesalanku
Kau jauhi dari ia berulang berlaku…
Wahai Tuhan…
Kau berikanku perpisahan
Kau datangkanku pertemuan
Kau hilangkanku seorang kekasih…
Kau hadiahkanku seistimewa kekasih…
Kau hapuskan penderitaan…
Kau limpahkan gembira dan kebahagiaan…
Kau hapuskanku kekasaran
Kau hujaniku satu kelembutan…
Kau lenyapkanku kekeliruan…
Kau munculkanku kebenaran dan kenyataan…
Kau hilangkan yang batil
Kau berikanku yang hak
Kau hilangkan satu kesedihan
Kau berikanku 1001 kenikmatan
Ampunilah aku Ya Allah…
Maafkanku kiranya aku terleka…
Maafkanku andai aku terlena…
Sesunguhnya aku terlalu mengutamakan apa yang aku hilangkan…
Sepatutnya aku utamakan apa yang dikurniakan…
Aku terleka dengan kesedihanku…
Hingga aku lupa ia sebenarnya satu pertolongan…
Hingga aku lupa ia sebenarnya satu kebaikan…
Sesungguhnya aku rasai nikmat-nikmatMu Ya Tuhan…
Sesungguhnya aku syukuri nikmat-nikmatMu wahai Tuhan…
Semoga segala yang Kau kurniakan akan kunikmati dan hargai dengan sebaik-baik amalan…

Sarapan apa esok?

Sarapan apa esok?Tak tau lagi...atau memang jenis yang tak ambil sarapan pagi?Kalau malas dan tak tau nak makan apa meh ikut aku...ambil saja secawan Milo + oat...bukan saja mudah dan ringkas malah berkhasiat.Tak payah kunyah pun...terus telan je...hi hi.
Milo...semua orang kenal...tapi apa khasiatnya ya...


1. Kebaikan semula jadi malt, susu dan koko
 2. Hanya MILO® mengandungi Protomalt, ekstrak malt  istimewa NestlĂ© dengan
   campuran pelbagai jenis Karbohidrat yang membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.
3. Hanya MILO® yang mengandungi Actigen-E, gabungan lapan jenis vitamin dan
    empat jenis mineral yang kaya magnesium dan tahap Vitamin B, Vitamin C dan
    Kalsium yang dipertingkatkan bagi mengoptimumkan pengeluaran tenaga dari makanan.
4. Kaya dengan Protein bagi pembinaan dan pembaikan tisu badan. Secawan MILO mengandungi   3.5g       Protein, iaitu 11% dari pengambilan Protein harian yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia antara 7-9 tahun.
5. Kaya dengan Kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat; dan Magnesium bagi penyerapan Kalsium ke dalam badan dengan lebih baik.
6. Kaya dengan Zat Besi dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah Vitamin C untuk penyerapan Zat Besi.
7. Khasiat seimbang bagi Protein, Lemak dan Karbohidrat.
8. Disahkan Halal.
9. Warisan MILO® yang dipercayai – khasiat yang boleh anda percayai bila-bila masa, di mana - mana sahaja.
10. Rasa MILO® yang hebat – rasa coklat malt unik yang disukai rakyat Malaysia.

 Apa pulak khasiat oat?


Oat adalah makanan paling ringkas dan mudah untuk berdiet. Tahukah korang oat digelar raja serat? Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan kita mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Manakala serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. So, semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan seperti sembelit dan buasir.




Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung. Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.




Oat adalah makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua. Oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain. 

Jadi...tunggu apa lagi....jommm sarapan ....





Bukan sarapan pagi je...kekadang siang petang malam pun belasah je oat Milo ni...he he


Kitalah orang ketiga


Perasaan itu bagai bayu yang menyapa
Lembut damai menyusuk ke jiwa
Pertemuan itu walaupun hanya sekali
Semacam kesannya di hati

Tapi kenyataan yang wujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan yang membahagiakan

( ulang korus )
Mengapa harus berjumpa
Setelah kita berpunya
Kenyataan ini pahit rindu ku luka yang perit
Mengingati dan memuja dari kejauhan saja
Kitalah orang ketiga

Tapi kenyataan yang wujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan yang membahagiakan



Orang ketiga...pernah?Jangan...Sekadar lagu...tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada...layannnnz.....

Jangan terkejut pulak

8 Perkara Memeranjatkan Dalam Perkahwinan

1. BERKAHWIN TAK BERMAKNA ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN LAGI
Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Andai ada tidak bijak mengatasinya, tak mustahil ianya akan berterusan. Dan…tidak mustahil juga anda akan keseorangan lagi…

2. BERKAHWIN TIDAK BERMAKNA ANDA AKAN MENYINTAI DAN DICINTAI SETIAP HARI
Kebahagian dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah untuk di capai. Pasti ada masalah yang akan timbul. Ada masalah besar dan ada masalah kecil. Kadang kala anda sudah merasa diri tidak di cintai lagi. Jadi amat penting bagi mengucapkan perasaan cinta pada pasangan.

3. ANDA MASIH PERLU MENGHANGATKAN PERASAAN
Untuk mengelakkan suasana hambar, anda masih perlu untuk menghangatkannnya. Terapkan suasana romantik apabila bersama.. Contohnya seperti mengucapkan sayang pada pasangan, memeluk antara satu sama lain, dan bercerita sesuatu sebelum melelapkan mata dan so on…

4. LAZIMNYA SALAH SEORANG AKAN LEBIH BANYAK BERKORBAN
Jarang ada pasangan yang adil dalam pembahagian tanggunjawab. Kadang kala, suami lebih. Namun kebiasaannya, isteri lah yang akan lebih banyak berkorban.

5. PASANGAN ANDA AKAN BERUBAH SETIAP MASA
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan
berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan, hobi, dan macam-macam lagi. Namun, walau apapun perubahan itu, anda haruslah menerima dengan hati yang terbuka seperti mana anda menerimanya suatu ketika dahulu..

6. ANDA TIDAK SEMESTINYA BERSETUJU DALAM SEMUA PERKARA
Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting sikap tolak ansur dengan pasangan.

7. SEMAKIN LAMA BERKAHWIN SEMAKIN BAHAGIA
 Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan bertolak ansur, lazimnya mereka akan berjaya melawan badai dan arus yg melanda rumah tangga. Mereka inilah yang berjaya menikmati kemanisan dalam ruamhtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.
8. HUBUNGAN SEKS ADA TURUN NAIKNYA
Kadang kala sangat berkesan dan kadang kala tidak memberangsangkan. Masing-masing harus menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.


Sedangkan lidah lagi tergigit...

Sunday 28 April 2013

Adab bergurau


Batasan Dalam Bergurau Senda

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

Riwayat Abu Daud

Huraian

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan
sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan
orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu
dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau
di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan
(ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Kerana rindu ini

Musim-musim berlalu
Ku masih menantimu
Walau lama terpisah
Tiada khabar berita
Kau tetap jua di hati ini bertakhta

Ku ingin melupakan
Pahitnya pengalaman
Tetapi hati ini amat degil sekali
Wajahmu jua yang datang menghampiri

Semenjak terjadinya perselisihan 
Engkau pergi tanpa sepatahpun perkataan
Kerana bimbang diri hilangmu tak kucari
Sekalipun aku merinduimu tiap hari

Bila pemergianku tak kau peduli
Sangkaku kau senangi perpisahan ini
Kerana harga diri ku tak bertanya lagi
Sekalipun kau tetap ku sayangi

Kerana rindu ini
Sombongku terketepi
Mengatasi segala ialah cinta kita
Terpelihara dengan restu Yang Esa



 Aduhhh...membuai sungguh lagu ni...lagu popular tahun 80an nih- nyanyian kumpulan Freedom.Kot ada yang terasa tu memang makan dalam kan...sedapnya lagu kategori dulu2 ni sebab selain melodinya membuai jiwa liriknya jugak mantap.Sekali dengar terus faham...tak macam lagu2 sekarang...kadang2 dengar dah berpuluh2 kali satu apa pun tak paham jugak...hampeh...layanzzzz...

Tak perlu keluar duit sesen pun


10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia kurang disayangi
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Siapa lelaki sejati?


Lelaki yang Sejati

 

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…
Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…

Mati tak berteman…

Tau ke tak?

20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

 

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara
kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun
pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar.
Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka
tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga
juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala
gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus
ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak
mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka
akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat
oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan
dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan
alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan
alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal
sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga
yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum
lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama
kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.
Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja
tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang
pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang
lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah
katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna
pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan
perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang
berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal
dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu
kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan
cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki
spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam
alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau
kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki
pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni
keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.
Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak
keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan
merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh
lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa
bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum
wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking
boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau
siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang
sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana
sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal
kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai
mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik
abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa
juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita
juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman
lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini
terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya
kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka
lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka
tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan
bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak
ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama
kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada
masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak
sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai
kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi
takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah
berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting
buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun
perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat
sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura
tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda
yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih
setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak
mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan
terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa
akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati
dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya

anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda
tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


Kedengarannya pahit tapi benar...

Jodoh


JODOH

Renungkanlah sedalam-dalamnya. ...

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun
belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2
lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang
diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka,
aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki
kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang
memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar
lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain
membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu
dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar
raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang
pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan
sembuh selagi iman terselit didada...`

Percayalah...jodoh kita adalah yang terbaik untuk kita...

Saturday 27 April 2013

Doa pengasih

Doa pengasih paling mujarab


Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir.
Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.
Banyak ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah Doa Pengasih Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat sekali jika di amalkan selalu selain ianya boleh membuat individu-individu yang berdepan dengan orang yang selalu mengamal doa ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.
Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.
Cara-caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Wasallam.

Mood anda sekarang ini?


Assalamualaikum dan selamat malam

Mood anda skg ni ???

Mai belajaq loghat Kedah

Korang orang mana?Aku asal Johor...Jawa lagi...tapi sebab dah berhijrah ke negeri Jelapang Padi bertuah ni lebih 13 tahun yang lalu,nak share sikitlah tentang loghat utara yang memang femes kat Msia ni esp kat Kedah,Penang dan Perlis.Jugak sikit2 kat utara Perak...tapi yang sebenor2nya....aku sendiri pun belum pass lagi.Kekadang tu bila depa sembang piaw punya cakap Kedah...aku sengih je laaaa...



PERKATAAN
SEBUTAN
MAKSUD
CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
ghonot
[gho.not]
 tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
 Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.
ghupin
[ghu.pin]
 kulit kering dari luka
 Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..
kecek
[ke.chek]
 pujuk
 Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...
seluloi
[se.lu.loi]
 kerap kali
 Seluloi sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...
meghelop
[me.ghe.lop]
 hampir malam
 Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..
ghona-ghoni
[gho.na]
 warna-warni
 Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia
ghayup
[gha.yup]
 lesap sekelip mata/ terlalu laju
 Ish, puak ni bawak mutu meghayup nak mampuih.. kot!
ghosek
[gho.sek]
 selongkar
 Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..
nyuloq
[nyu.loq]
 jatuh tersembam/ dibelasah teruk
 Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahaq sangat!
buloq
[bu.loq]
 lapar sangat
 Tak kebuloq aku nak makan masakan dia tu..
taboh
[ta.boh]
 pukul/ belasah
 Dengaq kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?
ghelah
[ghe.lah]
 terkoyak
 Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?
ghunaih
[ghu.naih]
 cungkil/ kupil
 Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..
geghek
[ge.ghek]
 basikal
 Setiap pagi Zainol kayuh geghek ke tempat gheja!
mod
[mot]
 bawak pembonceng/  penumpang
 Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...
sakan
[sa.kan]
 hebat/ tak sangka
 Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!
sekeh
[se.keh]
 luku secara sipi
 Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!
seneghih
[se.ne.ghih]
 selisih
 Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!
Meghenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi
Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari
Menyeghok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyeghok lagi
Menghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menghenyeh kat cik putih tu  
Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia
cheme - pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin
seneghih - berlaga sipi-sipi – pintu gheta pakmid calaq sbb seneghih ngan lori aih

beghetoh - berlaga, tersentuh – habih kulit dia jd gatai sbb beghetoh ngan pokok keladi blakang ghumah..
pengkaq - jalan mengengkang sikit, "korie tu, tak padan ngan kaki pengkaq, ada hati nak main bola 7 sebelah"
mandom - lembab/slow, " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"
pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh"
cunggit - "misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"
ayam piru - ayam belanda/turkey
pak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudara
ketoq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin

Heliaq - sapu atau lap
ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.
Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja.
ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.
Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa.
Baloq liat - malas
ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.
Ceghin – tegak –selalu dikaitkan ngan bebulu.. bulu ghoma, rambut..

Kughuih Kiang - teramat kurus.
ayat dia : korie tu dah la kughuih kiang,rambut pulak ceghin macam bulu landak.

kawaq - pencuri
melewaq- merayau/melilau
teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn diteghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...
cemerkap - tak cermat
megheben - mengarut
celuih - muat,padan
oklah..tu saja utk kali ni..nanti ada words yg best kita tulih lg..
idup kedah!!kedah boleh!!
Hinggut - goyang  "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."
meghenyut - (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)
bincut - binjul "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"
pancat - pancit
klesen - mesin padi (first time aku dengaq bila wife aku sebut dulu, aku gelak sampai pecah peghut.... aku ingat laa... "klesen" ni orang Hutan Kampung saja yang sebut kot?... he he he jangan habaq kat bini aku, takut kena tidoq luaq)
segagan - sebaya
beghemba - bersaing-saing... "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekai nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin....
met ngot - lembab selembab-lembabnya.... Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....
Toyu - kicap
segan - malu
beghanda - serambi
mengoit - jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed...
kucai - kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)
melugai - meloya
tambahan loghat perelih :
mengkait petei = jolok petai
surat abeik = surat khabar
hang nak mulih no = hang nak mampuih ka
loghat kedah versi paksu aku :
akanduri akandara = kenduri kendara
hastum = oiii
taik punai @ taik kanna = haram jadah, loklak betui
atah = bapa saudara
puluit – pulut
kasuit – kasut
kelih - perasan

loghat kedah biasa :
raba = pemadam
tui motor = race motor
segan = malaih, tak mau (ini selalu mengkompiuskan orang KL)
gurmit = pengasah pensil, sharpenner 
tepeqheluih - kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang...
tegelinchaq - kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau...(bukan caarq no)
telepaih - i) tertinggal - atan telepaih bas nak balik aloq setaq...
pot - tin...
peqhak peqhak buih laa hang niii... 
teqhandaih - terhantuk...
seqhoi - nasi yg whit3 masak seqhoi...
teghan - teran
seghoh  = kuruih + gelap
kelam = gelap
tirih = bocoq
plantaq = tempat duduk kat belakang gerek
seghondoi = sondol/terpa
ayat:- hang jgn dok senghondoi tak tahwan hala.. satgi kot ada temingat ka.. ulaq ka…
lau ayam = reban ayam
cekendon = lembut lutut
ketayap = kepiah
ban = batas tepi sungai
aih ketoi = ais batu
ghelai = hancur

LORAT PENANG
punggah = macam musnah la kot / lingkop
chempegha = terhegeh hegeh
juah = belagak
merak buih = suka menunjuk
jogha = macam belagak gak la
sighu = penin
loghat - sibuk, penyibuk
cth: awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..
punggai - baling,membaling
tongkoi – tongkol kayu
ayat:mat bed kena punggai dengan tongkoi kayu..padan muka dia.
keleboq - lumpur
ayat:ghebau pak chaq jatuh dalam keleboq kat bendang pagi tadi...
meghela - gatai,suka dok kacau orang
ayat:awat yang hang dok meghela sangat ni?
lengai - mat ngot,lembab
ayat:atoi ni lengai la.suruh buat gheja apa pun tak buleh...
belengaih - melekat bergetah
ayat:Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.
pengkaq - kaki kenkang
ayat:kaki mat din pengkaq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.
bedengkoi -....
ayat:urat perut pak leh "bedengkoi" sebab dia mengeliat.  
heghot petot susunan atau urutan tak sama / lintang pukang / senget
ayat: Mat Dengkoi maghah kat anak penakan dia sbb susun bata heghot petot
ghelin-menjeling
ayat:awek tu gheja dok ghelin kat aku je...minat kot? 
Nghenyek – keadaan yg remuk / hancur
Nangoi – budak² mentah..