Sunday 27 October 2013

Rupa2nyer si comel itu...

16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI




dah nama baby...kejer lain takde...tido,tido and tido...



1... tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2... tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3... mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. ..empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5.... mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6...mempunyai penglihatan yang kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7...rambutnya   yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8...secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9... mempunyai deria rasa yang masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10...ada jantung yang berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11...bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12... berat badannya bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13.. apabila mendengar muzik klasikal boleh menambah kepintarannya  apabila dewasa.

14...tidur 15-20 jam sehari.

15... cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16... mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.




tapi tetap comel..kannnn...




abih tu kalau yang kuat tido tu boleh dipanggil baby laa?Owh tidak...



Thursday 24 October 2013

Zon Bahaya


Jom Kira Waktu Subur....

1. Kiraan Waktu Subur Bagi Wanita Haid Teratur

Majoriti wanita mempunyai kitaran haid 28 hari. Perkara pertama yang harus dilakukan ialah catat jadual haid anda. Pertengahan waktu subur ialah hari ke- 14 ( 28:2) Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur, waktu suburnya akan berlangsung selama 14 - 3 /14 + 3. Ini bermaksud masa subur 3 hari sebelum hari ke 14 iaitu hari ke-11 (14-3) dan 3 hari setelah hari ke-14 ialah hari ke-17 (14+3).Oleh itu, masa subur berlangsung pada hari ke-11 sampai hari ke-17(7 hari) dari satu kitaran haid yang normal.

Contoh : Seorang wanita yang datang bulan pada tanggal 1, maka masa suburnya ialah pada tanggal 11 (14-3) sampai tanggal 17 (14 + 3) pada bulan tersebut.

Note : Masa Subur ialah masa terbaik untuk terjadinya persenyawaan. Oleh itu, di luar masa subur juga  tidak menutup kemungkinan untuk wanita boleh hamil. Apatah lagi dalam keadaan kitaran pertama, sperma mampu bertahan selama tujuh hari di dalam rahim wanita.

P/s : software yang saya guna untuk catat waktu subur. 



 



2. Bagi kitaran haid yang tidak teratur

Bagi wanita yang mepunyai kitaran haid yang tidak teratur, perkara pertama yang harus dicatat ialah panjang kitaran haid iaitu sekurang-kurangnya 6 kitaran.

Senaraikan 6 kitaran haid dan ambil kitaran haid terpanjang dan kitaran haid yang terpendek.Kitaran terpanjang dikurangkan dengan 11 manakala kitaran haid yang terpendek kurangkan dengan 8, maka diperolehi hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Misalnya,kitaran haid panjang 31 hari manakala kitaran haid pendek biasanya kurang dari 26 hari. Maka masa subur = 31-11 = 20 dan 26-8 = 18. Oleh itu masa subur berlangsung pada hari ke 18 sampai hari ke-20.

Rumusan :

Hari pertama masa subur = jumlah kitaran pendek -8
Hari pertama masa subur = jumlah kitaran terpanjang -11

Bagi wanita yang haidnya tidak teratur(kitaran kurang dari 28 hari), maka masa subur dikira dari jadual menstruasi yang akan datang.

Jika kitaran haid anda tidak teratur, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk mencari penyebab dan melakukan rawatan agar dapat diketahui masa suburnya.





Photo: Sambungan...Kiraan masa subur untuk haid tidak teratur

2. Bagi kitaran haid yang tidak teratur

Bagi wanita yang mepunyai kitaran haid yang tidak teratur, perkara pertaa yang harus dicatat ialah panjang kitaran haid iaitu sekurang-kurangnya 6 kitaran.

Senaraikan 6 kitaran haid dan ambil kitaran haid terpanjang dan kitaaran haid yang terpendek.Kitaran terpanjang dikurangkan dengan 11 manakala kitaran haid yang terpendek kurangkan dengan 8, maka diperolehi hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Misalnya,kitaran haid panjang 31 hari manakala kitaran haid pendek biasanya kurang dari 26 hari. Maka masa subur = 31-11 = 20 dan 26-8 = 18. Oleh itu masa subur berlansung pada hari ke 18 sampai hari ke-20.

Rumusan :

Hari pertama masa subur = jumlah kitaran pendek -8
Hari pertama masa subur = jumlah kitaran terpanjang -11

Bagi wanita yang haidnya tidak teratur(kitaran kurang dari 28 hari), maka masa subur dikira dari jadual menstruasi yang akan datang. 

Jikaa kitaran haid anta tidak teratu, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk mencari penyebab dan melakukan rawatan agar dapat diketahui masa suburnya.
pening jugak nak kira ni ...hu hu hu... terpaksa...avoid accident!




Monday 21 October 2013

Rehatkan minda...tenangkan hati...

Ciptaan Allah paling indah




hai...



wekkkk....




tidor dah...syyyy





lenanya dia tidor...








mimpi yang indah2...







uittt...hisap jari...






sedapnyer...





puting pulak...hmm





geng la kita...






opppps...jaga dah...cakkk!





setenang air di lautan...







...kau ilhamku...


 


Friday 11 October 2013

Jadilah seperti...




1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.

Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.





                               
 

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.

Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

                                                                          
                    
                                                    


 3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.

Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

                                


 4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.

Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.



                                                                                        


 5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.

Maksudnya : Selalu bersikap adil.

                                   



6. Jadilah cili

Semakin tua semakin pedas.
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana





hmm...tapi kalau pisang boleh berbuah banyak kali lagi untung kan..he he













Wednesday 9 October 2013

Alahai...janganlah sampai jadi camni ya...

Gabra semasa nikah.
                   

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri satu majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti di kampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan di ruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2  jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar...

Tok Kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok Kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawab kencing baby yang kecik2 lagi. 
Tok Kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok Kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling. Aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu. Bukannye susah, jawapannya anjing ngan b@b! je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi dia.

Tok Kadi mula senyum. Aku sebut kuat2  moga2 dia dengar 'anjing ngan b@b! la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada di sekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang. Aku pun sama gak.

Masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik,dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya. Aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa Tok Kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi...

Tapi bila pengantin tu jawab...

"Taik Gajah"

Suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan. Nak control macamana... taik gajah. Besar tuuu.... 
 
ikhsan facebook
 
kihkihkih...adoii laa..sakit perut makcik!
 
 
 

Adehh...ganggu ni kalau dah jadi...

Petua atasi sembelit dengan 9 jenis makanan yang mudah didapati.


1. Betik

 Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit.

2. Strawberi
 
Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja cantik dan enak dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.

3. Cincau

Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.

4. Timun
 

 Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.

5. Kucai
 
 Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.


6. Pisang
 

 Pisang mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat.

7. Temulawak
 Sembelit juga boleh diatasi dengan menggunakan batang dan rizom (ubi) muda temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorriza. Caranya:

1. Ambil bahagian batang dan rizom (ubi) muda temu lawak.
2. Bersihkan, kemudian rebus hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan tadi ke dalam gelas.
4. Jika mahu, biarkan ia suam seketika dan minumlah secara perlahan-lahan.

Sehari sekurang-kurangnya boleh diminum sebanyak dua hingga tiga kali. Boleh juga diminum walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi masalah najis berdarah.

8. Ciku
 

 Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama pengambilan sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.

9. Lobak Merah
 
 Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah

Sumber:rossacalla.blogspot
 
Bolehlah cuba...InsyaAllah...