Monday 24 February 2014

Sesuci Khadijah dan Harga Sebuah Pengorbanan





Sewaktu melafazkan aqad, si suami dengan penuh perasaan cinta dan kasih yang membunga menyatakan bahawa akan menjaga si isteri dengan sebaik-baiknya, malah di saat si suami menyarungkan cincin perkahwinan kepada si isteri, di situlah bermulanya ikatan yang menghubungkan kedua-dua suami dan isteri sebagai satu ikatan, satu nyawa, satu hati dan satu cinta. 


Benarlah Allah itu maha membolak-balikkan hati, serapi dan sesempurna mana perancangan manusia sekalipun, Allah bisa mengubahnya. Kun Fayakun. Jadi Kata Nya, maka Jadilah! Inilah yang harus di fahami sebagaimana Firman Allah di dalam surah Al Imran. Di situ Allah menegaskan bahawa perancanganNya adalah yang terbaik! Maka, tiada siapa yang berhak atau mampu menghalang susunanNya waima sekuat manapun cinta seseorang itu kepada isteri atau suaminya.




  muhammad 



Betapa luhurnya kasih seorang isteri yang sanggup berkorban buat suaminya, Rasulullah S.A.W. Siapakah wanita yang sangat istimewa ini sehinggakan di saat Rasulullah bersama ister-isterinya yang lain, namanya masih menjadi sebutan dan kerinduan abadi Rasulullah? Namanya Saidatina Khadijah Binti Khuwailid.Pasti nama ini tidaklah asing terutamanya di kalangan orang-orang Malaysia. Bahkan, di kampung-kampung panggilan ini telah menjadi lebih glamour dengan nama timangan Mak Jah, Mek dijah dan sebagainya. Tak kurang juga ianya di komersialkan dengan nama Deja, Khaty dan bermacam-macam lagi. Haha, agak meremangkan di buatnya.



Khadijah adalah bukan sahaja Isteri, tetapi adalah nyawa kepada Rasulullah, Muhammad S.A.W. Ya. Dia adalah Cinta Rasulullah, dia adalah Kasih Rasulullah, dia adalah Penawar Rasulullah dan dia adalah lambang fitrah Rasulullah kepada seorang makhluk bernama wanita.



Di saat usianya mencapai puncak keagungan, hartanya melimpah ruah, rupa parasnya cantik dan elok, pekertinya luhur, keturunannya mulia bahkan seluruh Makkah mengagumi Khadijah, Khadijah pula bertindak cukup di luar jangkaan ramai.




rasulullah 


Allah mencampakkan kasih dan cinta di hati Khadijah ketika itu. Allah membutakan Khadijah daripada ketampanan dan kemewahan jejaka-jejaka Arab yang lain dan menyediakan diri Khadijah sebagai seorang pembantu dan teman setia bagi seorang Rasul yang akan menggegarkan dunia sepanjang zaman, Muhammad S.A.W.




Sewaktu ditanya Rasulullah tentang siapakah yang akan mengikuti dan menyahut seruan Islam yang di bawanya di dalam peristiwa kenabian, Khadijah dengan lantang dan yakin menyahut ”Sayalah orangnya! Yang sanggup mendengar dan menerima seruan kanda, dakwahlah saya sebelum kanda berdakwah kepada yang lain. Saya tetap rela menyerah kepada kanda, mempercayai kerasulan kanda dan beriman dengan Tuhan Kanda!”



Di saat Bani Hasyim mengenakan kepungan dan sekatan ekonomi terhadap Rasulullah dan Muslimin yang lain, Khadijahlah orang yang menyalurkan paling banyak bantuan bagi membantu perjuangan Islam ketika itu.



Subhanallah..Khadijah telah memaparkan satu contoh pengorbanan yang tiada taranya kepada isteri-isteri dan wanita yang ada di dunia zaman ini! Ya, demi cinta kepada Allah, Khadijah sanggup berkorban, berkorban harta, jiwa dan segalanya demi Rasul Allah ini. 




Khadijah membuka mata kita tentang harga sebuah pengorbanan. Betapa demi cinta kepada Allah, Rasulullah dan Islam, kita harus berkorban. Berkorban segalanya. Dengan pengorbanan inilah, kita mengharapkan maghfirah dan pengampunan dari Allah S.W.T.



Dialah wanita mukmin sejati.

Dialah wanita yang pemurah dan setia kepada kekasih hatinya, Rasulullah.

Dialah wanita yang berani dan bijaksana fikirannya.

Dialah wanita yang menolak dunia demi akhiratnya.

Dialah Siti Khadijah binti Khuwailid, kekasih Rasulullah.



Terima kasih Khadijah kerana memberi erti cinta dan pengorbanan yang sangat tepat!



Terima kasih Khadijah! Barakallahu alaik ya ummi!





Tuesday 18 February 2014

dwihati



Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan
Penuh warna
Penuh seni
Tak layak ku miliki

Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Di antara kita
Suka sama suka
Aku pasti kau punya hati
Ingin bersama jua

Oooo

Tidak semestinya
Semua cerita cinta
Kan berakhir sesempurna
Seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

La la la la
La la la la





Wednesday 12 February 2014

Suka pilih cikgu sebagai isteri...

Mengapa?

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan.

Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual.

Kalau kita tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala.

Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table). Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?



Cikgu jer yang boleh buat camni dgn budak-budak


2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas.

Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan.

Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.




jawab Cikgu...jgn tak jawab...


Pernah tak kita dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu kenalah komited.

Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?


 
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.........

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.


4. Terapi melepaskan tekanan (stress)

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop).

Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah.

Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru.

Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.


5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.



Di rumah dia ibu...di sekolahpun dia ibu.


Pengalaman peribadi, kawan-kawan saya yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu saya carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Saya : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Saya : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Saya : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Saya : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Saya : Amboi kau.

 
6. Penampilan.

Kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. 



....cikgu ayu....


Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah cikgu itu

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"



Cikgu Ros....dari dulu2 lagi cikgu2 mmg cun...


Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.

Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu.

Jadi, bukan suatu masalah dan kita tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan....kan?


shared Islam Agamaku's status

 
                         
                   ....oppppps....no comments...sbb aku sendiri cikgu...heeeeeeee....


 

Monday 10 February 2014

Rahsia ais

Ramai orang kata tak elok minum ais, lebih elok minum air panas.. namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.






Teruskan membaca untuk lebih memahami. Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya. ~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan di dalam keburukan. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. 



Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. 



Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.



 Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam.


 
Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. 

 
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. 

 
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. 


Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

 
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. 


Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. 

 
Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. 


Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. 


Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.







Friday 7 February 2014

Jom minum jus




7 Jenis Jus Buah Yang Berkhasiat


1. Jus Delima

Manfaat :
Membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.

Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta asid folate yang penting pada tahap awal kehamilan.

 


2. Jus Oren

Manfaat :
Untuk sistem kekebalan, proteksi terhadap anemia. Sumber yang paling baik dari vitamin C dan juga sumber asid folate, sehingga wanita hamil sebaiknya meminumnya dalam jumlah yang cukup banyak.

Minum jus oren dengan makanan meningkatkan ambilan besi untuk perlindungan terhadap anemia. Penelitian baru menyarankan minum segelas jus oren/hari, ternyata juga membantu mencegah terjadinya radang sendi (arthritis).


3. Jus Grapefruit

Manfaat :
Untuk sistem kekebalan. Kaya akan vitamin C, buah grapefruit merupakan sejenis oren dan oleh kerana itu kaya akan beta-karoten. Ini membantu melindungi kulit dari kerusakan oleh radikal bebas.

Tetapi penggunaannya tidak digalakkan jika anda sedang mengambil ubat tertentu. Ini kerana us grapefruit mengandung suatu substansi yang dapat memperlambat pemecahan beberapa jenis ubat.

Hal ini menyebabkan peningkatan jumlah ubat dalam aliran darah, sehingga meningkatkan kesannya.


4. Jus Epal

Manfaat :
Untuk energi; perlindungan kepada jantung.� Kaya akan flavonoid yang membantu melindungi jantung. Memiliki 1/3 kadar vitamin C jus oren. Mengandung banyak gula fruktosa.

Tetapi penggunaannya dihindari pada anak-anak, kerana dapat menyebabkan keluhan gangguan gastrik. Tapi dalam batas-batas tertentu masih dapat diterima, yang penting tidak berlebihan.

 

5. Jus Nanas

Manfaat : untuk pencernaan. Buah ini mengandung enzim bromelain, yang membantu mencerna protein dan buah ini juga mengandung gula alamiah untuk meningkatkan energi. Mengandung 11 mg vitamin C/100 ml.


6. Jus Tomato

Manfaat :
Untuk menguruskan badan; kesihatan jejaka. Jus untuk menguruskan ini hanya mengandung 50 kalori/250 ml. Jus tersebut juga mengandung bioflavonoid yang membantu memperkuat pembuluh darah kapileri, jadi tidak menimbulkan kebocoran pada pembuluh darah dan pembentukan ruang yang mengandung air pada kulit yang menyebabkan selulit. Dan kandungan likopen dalam tomato telah dikaitkan dengan penurunan risiko terjadinya kanser prostat.

Tetapi penggunaannya sebaiknya dielakkan pada individu yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, kerana jus tomato mengandung kadar garam yang tinggi.


7. Jus Cranberry

Manfaat :
Mencegah terjadinya baru karang. Proanthocyanidin dalam jus cranberry menghentikan perlekatan bakteria yang berbahaya pada dinding buli-buli, dengan demikian menurunkan risiko terjadinya infeksi saluran kencing.

Jus ini mengandung vitamin C dalam kadar yang sangat tinggi, dan jus ini dijual dengan penambahan gula, kerana rasanya pahit tanpa penambahan gula tersebut.

Penggunaannya dihindari pada pesakit-pesakit yang menggunakan ubat anti pembekuan darah iaitu� warfarin. Hal ini dikemukakan oleh The Committee on Safety of Medicines, kerana dapat meningkatkan risiko terjadinya perdarahan.








(Sumber:panduanpercuma.info)




Thursday 6 February 2014

Koleksi Petua Orang Melayu







Menghilangkan demam campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).


Karipap lebih rangup
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.


Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.


Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.


Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.


Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.


Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.


Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.


Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.


Mempercepatkan pembekuan agar-agar
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.


Mengelak kain batik daripada luntur
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.


Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.


Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.

Menghilangkan bau nasi hangit

Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit – tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.


Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.


Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.


Kacang hijau cepat empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.


Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.






(Sumber:Selangor2u.com)



Saturday 1 February 2014

...dari Darjah 1

 Pencuri 

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita


Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku


Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu


Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati


Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu
Aku suka kamu...