Hari ini hari ke - 12 Ramadan.Seperti hari2 sebelumnya aku akan mula melangkah ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa menjelang waktu Asar.
Keluargaku tidak cerewet dalam memilih hidangan berbuka puasa.Apa yang aku hidang,itulah yang mereka jamah.Alhamdulillah....namun ada juga beberapa jenis masakan seperti lauk- pauk atau kuih muih yang menjadi kegemaran suamiku.Hidangan kegemaranku?Itu tidak penting kerana aku boleh menyediakan sendiri seandainya aku teringin menikmatinya.
Suamiku gemar kuih muih yang bertemakan kelapa sebagai juadah berbuka.Yang paling digemarinya buah melaka.Tidak menjadi masalah bagiku untuk menyediakannya kerana aku faham benar seleranya.Dulu dia selalu membelinya di Bazar Ramadan.Hampir setiap hari namun kebelakangan ini dia enggan membeli lagi.Tak sedap...katanya.Mama buat lagi sedap...
Mungkin benar alasan itu kerana aku sendiri ,malah anak2 seakan tidak berselera dengan juadah yang dibeli di bazar ramadan.Sudahlah mahal,seakan tidak berbaloi dengan kualiti yang diterima.Huh...lebih baik aku masak sendiri,puas hati.Inilah rupa kuih buah melaka kesukaan suamiku.