Wednesday, 15 May 2013

Andai lelaki tahu

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya
di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Tuhannya

Lagu persembahan Hari Guru kelas Farah

Selamat Hari Guru kami ucapkan
Buat semua guru yang kami sayang
Sesungguhnya kami berterima kasih
Kerana mengajar sepenuh hati

Guru Besar orangnya tegas
Cikgu Zul selalu cerita pasal tandas
Sesenyum manis Ustaz Ibrahim
Cikgu Linda yang baik hati

Putih-putih Cikgu Surida
merah-merah Cikgu Naziroh
Semua cikgu yang baik hati
Pasti banyak dapat hadiah

Selembut-lembut Cikgu Norazah
Segarang-garang Cikgu Rozita
Sekalut-kalut Ustazah Fathonah
Ustaz Abu boleh tahan juga

Semanis-manis Cikgu Asmahan
Secantik-cantik Cikgu Rohana
Si hitam manis Cikgu Aziz
Ustaz Zahirudin asyik ketawa
hahahaha...

Sebelum kami mengundur diri
Maafkan kami,jika terasa hati
Ini hanya untuk suka-suka...sahaja
Selamat Hari Guru...

....Secantik-cantik Cikgu Rohana....wow....perasanlah pulak....hi hi hi...yang sebenornya ini adalah lagu untuk persembahan Hari Guru kelas Farah.Kejer Cikgu Siti lah ni...anyway thanks...kerana memuji....ha ha ha...dan lagu yang sebenarnya adalah lagu yang tengah meletop2 sekarang ni...Putih Melati....

 Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima
Ulang Chorus 


Tuesday, 14 May 2013

20 tips berguna untuk para isteri

jom buat


@[196657350479927:274:Kau Jodohku]

Bunga Larangan


Sekuntum bunga larangan
Tidak tercapai tangan
Haruman bunga semalam
Terlerai sudah

Inginku memilikimu
Duri yang bisa menghalangnya
Inginku menyayangimu
Sayangku insan tak punya apa

Aku musafir hina
Kini terluka di taman cinta
Engkau yang aku sayang
Bunga larangan
Sudah suratan takdir Tuhan
Mekarmu sayang di jambangan orang

Terpaksa kau kutinggalkan
Dalam sejarah cinta
Tinggallah bunga tersayang
Dalam kenangan
Engkaulah bunga larangan


Bunga larangan?Hmmm....layanzz sampai zzzz....istimewa untuk orang yang mudah zzzzz....macam aku....





Sunday, 5 May 2013

Doa dan cara penyembuh rabun mata


Jom amalkan !

sumber Kurangkan rabun dalam 3 minggu 
Teringin nak cuba tak Yang...suamiku rabun dekat...aku pulak rabun jauh...sama2 rabun...ok la tu baby carrots je...rasanya takla teruk sangat.Kalau lobak putih...ha ha...tak tertelan den...

Langkawi lagi

Langkawi...sapa yang tak kenal ya...antara lokasi percutian paling popular kat Malaysia nih.Kalau geng makcik2...he he...mcm aku ni apalagi...tempat shopping pinggan mangkuk la yg best sekali.Bebas cukai la katakan...semua yg import punya.Tapi aku pinggan mangkuk ni kurang sikit gilernya...lagipun my hubby warning dah...kalau beli..guna...jgn buat pameran lak...tu yang malas beli tu...lagipun jenuh heret nak naik feri...berat tuh...
Tapi kalau cikgu2 kat Kedah ni kena kursus kat Langkawi memang dah jadi perkara biasa.Aku sendiripun sejak transfer ke Kedah ni dari Jay Bee sejak tahun 2000 kalau dikira dgn jari memang dah dekat cukupla 10 jari tuh...belum lagi Family Day...dan pi bercuti dengan family...hmmm...kira Jetty Point Kuah tu dah cam la muka aku nih...hi hi
Ni pun aku baru je heret beg bagasi yg glamer yg of course beli di Langkawi laa...balik dari mesyuarat kat sana...nak wat camna dah tugas rasmi kena pi la jugak walaupun kena pi hari Jumaat dan balik hari Sabtu...hu hu...tak cuti lagi!Hotelnya....aaaa...Langkasuka lagi....dah kali ketiga ni dok hotel tuh...tapi takpalah.... ok gak hotel tu sebab kembar dengan tempat shopping...he he
Tengahari Jumaat tu my hubby and anak2 hantar ke jeti Kuala Kedah.Dekat je dengan rumah...dalam 20 minit drive sampai dah...seb baik tak jam.Kalau tak kena tinggal feri lah aku...

Kaunter tiket kat Jeti Kuala Kedah

Kelam kalibut beli tiket feri...dapat tiket pkl 1.30 pm...ok lah sebab daftar masuk di hotel pun pkl 2-5pm...so dalam pkl 3 sampailah kat Jetty Point Kuah.Feri yang ni namanya My Ferry 2...eh...feri baru ke?Rasanya tak pernah lagi aku naik feri ni...tu dia...besarnya...lega...sbb aku takut kalau dapat feri yang kecik...kecut perut aku kalau melambung kat tengah2 laut...

Ni la My Ferry 2...besar kan..


Oleh sebab dah kerap sangat ke Langkawi aku pun tak toleh kiri kanan lagi...lepas berucap Selamat Jalan dan Selamat Tinggal kat family...hu hu...mama nak merentas laut nih...menonong je aku sorang2 heret beg ke jeti dan masuk ke perut feri.Oh ya...tambang feri bagi dewasa RM23...rasanya first time aku kena kursus kat Langkawi ni tambangnya baru RM15...7 tahun lalu...hi hi

Ruang dalam feri...luas dan selesa...




Perjalanan ke Jetty Point Langkawi lebih kurang 1jam setengah...bergantung kepada keadaan laut...kalau berombak kuat...mungkin lewat sikit...Syukur laut agak tenang sepanjang perjalanan ku ini...seat aku ok gak...depan sekali...sebaris dengan tv...boleh tengok pemandangan luar dengan jelas...tapi 10 minit je aku sempat menikmati pemandangan laut yang indah itu...selebihnya aku menikmati mimpi sebab dah zzzzz....lena sungguh didodoi ombak...he he he
Bila aku sedar...dah nampak pulau2 kecil kat pesisiran Langkawi...maknanya dah nak sampailah tuh...huh..dah boleh menggeliat lah ni...mata masih kabur sbb baru bangun dari lena yang panjang...amboi...nyenyak sungguh...bukan selalu lena dibuai ombak kan...sedang kat rumah tak ada ombak membuai pun aku boleh tidur lena mcm baby,ini kan pulak kat dalam feri...ha ha ha

Dah sampai pun...Pulau Bebas Cukai...


 Sampai juga akhirnya di Jetty Point,Kuah Langkawi.Dari sini aku akan tahan teksi untuk ke Hotel Langkasuka.Kalau teksi jenis van biasanya cuma bayar RM2 je seorang tapi kalau sebuah teksi biasanya RM 8 utk satu perjalanan.Oleh sebab aku malas nak tunggu sampai cukup orang untuk satu teksi jenis van,aku pun ambil sebuah teksi terus untuk aku seorang...senang cerita...


Inilah Jetty Point Kuah...
Perjalanan ke Hotel Langkasuka hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit dari Jetty Point Kuah.Terletak di Pokok Asam,hotel ni antara hotel kegemaran JPN Kedah sebagai tempat penginapan pegawai2nya yang berkursus di Langkawi.Bayangkan,aku sendiripun dah masuk kali ketiga nih.

Ni la Hotel Langkasuka...yg tengah2 tu..kiri kanannya tempat shopping weh...Langkawi Parade..




Kat atas pulak pintu masuk Hotel Langkasuka.Jangan pulak masuk kat tempat yang ada rak coklat2 import...itu supermarket.Tak kan nak tido kat situ kot...he he he
Masa aku nak check in,rupanya roommate aku dah check in dulu.Berdua sebilik...tapi mana pulak dia.Dah naik ke bilik ke...rupanya dah lepas ke Haji Ismail Group...shopping...Amboi...tak menyempat2...habis tu aku camna... nak masuk bilik tak boleh sbb dia lupa nak tinggal kunci kat key drop...terpaksalah aku tunggu dia balik shopping...hmmm...nasib...nasib..
Tapi daripada aku melangut kat ruang tamu hotel tu sementara tunggu roommate aku balik shopping,lebih baik aku round2 dulu kat kompleks bebas cukai sebelah tu...kononnya nak window shopping je...terangkut jugak beberapa jenis coklat yang sungguh menggoda iman...dekat RM100 tu...tak sampai
pun 5 minit round..hi hi hi
Owh...roommate aku call...dah sampai pun dia...laa...eh!Macam biasa tengok la...kat mana ya...kata dia tapi aku tak cam pun dia...PPGUUM ke...Kohort 1....ha ha ha....rakan sama belajar di UUM rupa2nya...malu aku sebab dia cam aku tapi aku tak...aduhhh...sesuatu yang selalu terjadi pada aku....

Bilik kami...oklah untuk tidur semalaman sementara nak balik esok..hi hi
Sebut sesuatu yang selalu terjadi pada aku itu merujuk pada situasi yang kerapkali aku alami apabila aku pergi mesyuarat,kursus atau mana2 tempat yang baru aku pergi atau sudah lama tidak aku kunjungi....akan ada seseorang yang menyapa...eh,macam pernah jumpalah...kat mana ya...pernah kursus tak di....tapi yang peliknya biasanya memang aku tak pernahpun jumpa atau pergi ke tempat yang dinyatakan.Sah...salah orang ni...pelandok dua serupa kot...tapi hairan jugak sebab dah terlalu kerap sangat terjadi...
Tapi orang selalu cakap kan ada 7 orang dalam dunia ni yang berwajah sama macam kita termasuk diri kita sendiri...tapi rasanya dah lebih sangat dah ni....Sampai satu masa ada sorang kawan tu kata..muka sama...nama sama...suara sama tapi orangnya tak sama...Aduhhh...ramainya orang dalam dunia ni yang macam aku ya...hu hu hu
Balik ke kisah Langkawi nih..
.
Bilik Mesyuarat tempat taklimat...bengkel...zzzzz...hi hi hi
Petang tu taklimat oleh Pn Pauziyah...boss PBS le sapa lagi...Habis je taklimat aku dgn roommate aku  sempat cabut sat ke rumah jiran sebelah(supermarket tu la...).Rasanya semua benda yang orang cari kat Langkawi ni ada kat situ...tak yah dah nak ronda tempat lain.Lagipun memang tak sempat sbb esok nak balik dah...slot penuh sampai tengah hari.Apa yang selalu orang cari kat Langkawi?Tak tau?

Hah....tarrrrraaaa....

Pinggan mangkuk laaa...jenama apa nak?Semua ada....

Dan yang ni jugak....rambang mata weiiiii....

Kalau bab pinggan mangkuk ni tempat yang selalu sangat orang pi atau cari ada dua tempat.Pertama Haji Ismail Group...

Kalau kaler hijau tu....sahlah HIG...he he
Ada banyak cawangan HIG di Langkawi ni.Nak cam orang yang dah buat lawatan sambil berbelanja...hi hi...kat HIG ni senang je...cuba tengok beg plastik yang diaorang bawak.Kalau kaler hijau2 belaka sahih la tu dah shopping sakan kat HIG...

Satu lagi lagi tempat shopping pinggan mangkuk yang tak kurang glamernya adalah Idaman Suri...


Yang ni pulak trademark beg plastiknya warna biru....so kalau korang pi Langkawi nampak sesiapa yang korang kenal mengheret beg2 plastik kaler biru pastu dia cakap tak pi pun Idaman Suri...hmmm...sah2 tipu sbb beg2 plastiknya memang kaler biru yang menawan tu....

Hah...lain dari pinggan mangkuk apa pulak benda lain yang orang cari kat Langkawi?Yang ni aku suka banget....aduh ampunnn...COKLAT....tak namanya ke Langkawi kalau tak borong coklat tauu...coklat apa nak?Semua ada untuk diborong bawak balik sampai senget feri...hi hi hi
Camnapun aku pasti kalau orang yang first time datang Langkawi dan nak beli coklat semesti mestinya rambang mata kan.Hu hu hu...kalau dah satu kedai penuh coklat...pegang tu,ambil ni,pilih pulak yang lain...dan akhirnya...terbeli yang lain pulak...hi hi...kisah benar tau...

Macamanalah tak rambang mata kalau masuk kat dalam kedai ni...

Kat sini pun dah pening...he he
Pastu yang ini pulak...

hu hu...tolonggg...semua rasa nak borong...
Dan yang ni jugak...

Waaaa...coklat mata hitamku...ha ha ha



Tapi bila dah banyak kali  borong memborong coklat ni dapat aku simpulkan sebenarnya ada beberapa jenis coklat saja yang jadi favourite sapa2 lah yang pi sana.Maksudnya kalau pi sana mesti beli coklat jenis ini...

 Cadbury...favourite aku sebenarnya....he he
Sebabnya ni lah satu2 coklat  yang boleh dimakan terus kalau baru dikeluarkan dari fridge...yang lain tu kalau terus gigit boleh patah gigi....teramatlah kerasnya...kena tunggu jap baru boleh makan...ha ha ha


Daim...luar coklat tapi dalamnya gula2...

Fames sungguh Daim ni...sebabnya kalau nak ke Langkawi saja akan adalah hamba Allah yang nak kirim beli coklat ni.Boleh tahan lah sedap jugak tapi aku kurang suka gula2 kat dalam dia...aku suka coklat luarnya saja...abih tu sapa nak habiskan gula2nya kan...hi hi

Yang ni lak sapa yang tak kenal memangla buta coklat...

Memang jadi buruan kat Langkawi ni...sebabnya harganya jauh lebih murah dari di tanah besar dan banyak pilihan pulak tu...tapi...aku tak berapa sukalah...banyaklah aku punya tak suka...suka hatilah kalau orang lain suka pun kan...ada aku kesah...ha ha ha

Kisses...yang silver tu kosong...yang gold ada almond kat dalam dia...
Haaa...yang ni favourite aku.Sedap tau coklat ni...rasa2nya kalau dibiarkanlah aku sorang2 mengadap coklat ni boleh langsai sebungkus besar aku kerjakan...he he he...tapi memang sedap.Tak percaya cubalah sendiri....

Dan ada beratus lagi jenama coklat yang lain...tak laratla aku nak upload gambar.Kena pi dan cuba sendiri tapi kalau yang kat atas tu tak beli...memang rugi....

Tapi dalam pada tu berhati2 jugaklah ya...sbb kebanyakkan coklat2 tu manis2 belaka...karang tak pasal2 kena kencing manis pulak angkara terlalu banyak sangat makan coklat.So sebaik2nya pilihlah coklat jenis dark chocolate yang kurang manis.Memang rasanya agak pahit tapi aku suka...hi hi hi...yang penting kesihatan kena jaga jugak kan...nanti boleh kita borong coklat lagi ...ye tak?

Hah...apa lagi yang orang cari kalau mai Langkawi ni?