Monday, 10 June 2013

Mutiara kata inspirasi

“Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.”

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.”

Mutiara Kata Inspirasi

“Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.”

“Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.”

“Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.”

“Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.”

“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.”

“Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.”

“Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.”

“Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.”

“Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

...Semoga memberi inspirasi...

Permata untuk isteri


Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



...untuk kau hargai dengan kasih sayang.....

Petua memulihkan sakit mata

Daun Bunga Melati

Daun bunga melati

1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).

2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.

3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.

4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.



Daun sirih

Daun sirih
1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.

2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.

3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.

4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.

5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.

6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali.

Kaedah ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.




Daun Sirih 11
1. Ambil beberapa helai daun sirih.

2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.

3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.

4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.

5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.

Anda boleh lakukan cara ini sebanyak 3 kali sehari. Buatlah sehingga sakit mata anda beransur pulih.

Sunday, 9 June 2013

Punca rabun jauh

Isu keselamatan, kesibukan ibu bapa, tarikan televisyen dan permainan moden (yang berkaitan dengan komputer) membuatkan ramai kanak-kanak membesar dalam persekitaran sempit dan terkurung. Maka tidak hairanlah jika kini semakin ramai kanak-kanak memerlukan cermin mata pada umur yang sangat muda iaitu ketika berada di sekolah rendah.
Kebaikan bermain atau melakukan aktiviti di luar rumah tidak terhad kepada kanak-kanak saja kerana kajian juga menunjukkan orang dewasa yang masih belum menghadapi masalah penglihatan juga akan mendapat manfaatnya bagi mengurangkan perkembangan miopia. Ini kerana di kalangan orang dewasa, rabun jauh juga adalah masalah biasa terutama di kalangan individu yang mempunyai kerjaya memerlukan penglihatan jarak dekat termasuklah mereka yang duduk di depan komputer sepanjang hari.
Dianggarkan satu pertiga penduduk Amerika Syarikat mempunyai masalah rabun jauh yang disebabkan faktor genetik dan persekitaran (akibat kerja). Menurut Pengarah Penyelidikan Kolej Optometri New England, Jane Gwiazda, masalah rabun jauh lebih tinggi pada penduduk Asia termasuklah negara kita.

Dalam kajian yang membabitkan 191 kanak-kanak dengan purata umur 13 tahun, peserta ditanya berapa lama mereka menghabiskan masa untuk menggunakan komputer, membaca (bukan buku pelajaran) dan menonton televisyen. Pada masa sama penglihatan kanak-kanak berkenaan diperiksa setiap tahun. Hasil kajian mendapati kanak-kanak yang mengalami rabun jauh lebih banyak menonton televisyen (12.5 jam seminggu) berbanding hanya 8.4 jam pada kanak-kanak yang tiada masalah penglihatan. Gwiazda berkata aktiviti di luar rumah boleh ‘menghalang’ isyarat untuk perkembangan rabun jauh.
Apabila terbabit dengan aktiviti di luar rumah, cahaya matahari akan menyebabkan pupil (anak mata) mengecil bagi mengurangkan kemasukan cahaya ke dalam mata. Keadaan ini membuatkan mata bertindak balas dengan ‘memanjangkan’ titik fokus yang membolehkan imej dilihat lebih jelas. Titik fokus yang pendek (jatuh di depan retina) membuatkan seseorang mengalami rabun jauh.
Dalam perkataan lain, mata kita boleh melihat lebih jelas di luar rumah dengan adanya cahaya matahari dan mengelakkan berlakunya masalah rabun jauh. Dalam kajian berkenaan, kanak-kanak yang menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah juga memperuntukkan masa yang agak lama menonton televisyen, menggunakan komputer dan membaca – tetapi tidak mengalami masalah penglihatan.
Bagaimanapun manfaat melakukan aktiviti di luar rumah tidak sekadar pada penglihatan saja kerana ia juga mampu mengurangkan masalah kegemukan yang semakin tinggi di kalangan kanak-kanak di negara kita. Ia mendekatkan kanak-kanak dengan pelbagai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan strok. Semua ini adalah penyakit orang dewasa tetapi kanak-kanak juga boleh menghidapnya jika mereka terlalu gemuk dan kurang aktiviti fizikal. Selain itu aktiviti luar juga membolehkan kanak-kanak mendapat Vitamin D yang tidak dapat diperoleh secukupnya daripada makanan. Badan memerlukan Vitamin D untuk membentuk tulang yang sihat dan kuat serta mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi apabila mereka dewasa kelak.
Vitamin D juga penting untuk membantu badan menyerap kalsium daripada makanan atau minuman dan mengawal kandungan renin serta protein yang mempunyai kaitan rapat dengan tahap tekanan darah. Aktiviti cergas yang dilakukan ketika di luar rumah akan membuatkan kanak-kanak tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Malah aktiviti yang memerlukan mereka berlari, melompat, mendaki, menuruni tangga, ketawa atau menjerit gembira amat baik untuk membina otot kecil dan besar, menguatkan tulang, memperbaiki fungsi paru-paru dan meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan.
Pada masa sama kanak-kanak ini akan mendapat manfaat sosial dan emosi kerana mereka belajar untuk berinteraksi, berkongsi, bertolak ansur, meneroka perkara baru dan memahami keperluan rakan sebaya. Dalam kajian lain mendapati aktiviti cergas juga boleh membantu meningkatkan prestasi akademik kanak-kanak kerana ia merangsang keyakinan dan daya tumpuan di dalam kelas. Sebagai ibu bapa, apa yang anda perlu lakukan ialah memastikan anak-anak supaya tidak terlalu leka bermain sehingga tidak mempunyai masa untuk mengulang kaji pelajaran.
Bahkan kanak-kanak hiperaktif dan mengalami gangguan tumpuan (ADHD) juga memberi tindak balas positif dari segi gejala apabila mereka dibawa ke luar untuk menikmati alam sekitar – yang menjadi sebahagian daripada rawatan. Kajian Universiti Illinois ke atas kanak-kanak ADHD berumur lima hingga 18 tahun mendapati ‘terapi hijau’ ini mampu membuatkan mereka lebih tenang dan kurang tekanan. Malah ia dikatakan ‘ubat berkesan’ yang mampu menyelamatkan kanak-kanak ADHD yang tidak menunjukkan tindak balas positif terhadap ubat.
Jadi jika anak anda sudah mula menunjukkan masalah berat badan berlebihan, jangan biarkan masalah itu terus melarat. Ajak dan galakkan mereka untuk terbabit dalam aktiviti cergas supaya berat badan mereka boleh dikurangkan secara sihat dan perlahan-lahan. Dalam perkembangan terbaru, kanak-kanak lelaki yang obes baligh lebih lewat berbanding rakan sebaya mereka. Sebaliknya bagi kanak-kanak perempuan yang obes, mereka akan cepat datang haid. Ini adalah perkara yang tidak normal dan ia boleh membuatkan anak anda berasa tertekan kerana ‘berbeza’ dengan rakan lain. Selain memberi peluang untuk anak bebas bermain di luar, anda juga boleh menjadikan aktiviti berkebun untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Gunakan peluang ini untuk pendidikan tidak formal dengan menceritakan kepentingan cacing kepada tanah dan tumbuh-tumbuhan, kitaran hidup sejenis pokok atau serangga yang anda temui. Rasa ingin tahu kanak-kanak memang tinggi dan inilah masanya untuk anda memenuhinya dengan pelbagai maklumat berguna mengenai alam dan kehidupannya. Ia bukan saja boleh menarik minat terhadap alam sekeliling malah turut membantu mereka lebih memahami apa yang dipelajari di dalam kelas.
Berkebun bukan saja memberi ketenangan kepada orang dewasa tetapi kanak-kanak akan turut merasainya melalui pergerakan bangun, duduk, berjalan dan sentiasa bergerak yang boleh disifatkan sebagai senaman. Kanak-kanak yang turut membantu menanam sayur-sayuran akan berasa teruja apabila melihat ia tumbuh dan membesar. Ketika inilah anda boleh menerangkan kepadanya hubung kait antara cahaya, air, tanah dan penjagaan yang perlu diberikan. Semua ini tidak dapat dipelajari jika hanya terperuk di depan komputer atau televisyen.

Wednesday, 5 June 2013

Khasiat air kelapa muda

ANTARA KHASIAT AIR KELAPA MUDA!~

1 Rendah karbohidrat
2.Rendah lemak, 99% bebas lemak
3.Rendah gula 
4.Menjaga agar tubuh tetap sejuk dan berada pada suhu yang tepat
5.Membantu mengatasi batu ginjal dan batu di saluran kencing
6.Minuman untuk bayi yang menderita gangguan usus
7.Berfungsi sebagai minuman isotonik untuk semua usia
8 Kandungan saline dan albumen di dalamnya membantu mengatasi jangkitan kolera
9 Mempertahankan kadar cairan dalam tubuh
10.Efek elektrolit dari air kelapa membantu penyerapan ubat yg dimakan serta memudahkan ubat ke dalam aliran darah
11.Air kelapa menjadi pengganti plasma darah akibat steril, tidak menghasilkan panas,tidak
merosakkan sel-sel darah merah serta mudah diterima oleh tubuh badan
12.Membunuh cacing di usus
13.Sesuai sebagai minuman ketika sedang menenangkan diri, meditasi, makan,
berlari,aerobik,bekerja, berolahraga, atau jenis aktivitas lainnya
14.Membantu tubuh melawan virus penyebab flu, herpes, dan AIDS
15.Membantu mencegah osteoporosis
16.Membantu mengontrol diabetes
17.Memudahkan buang air besar
18.Menguatkan kesihatan fungsi tiroid
19.Membantu membunuh cacing keremi
20.Membantu membunuh parasit Giard21. Memperbaiki pencernaan
22.Sumber tenaga mudah dan cepat
23.Meredakan stres pankreas dan sistem enzim tubuh
24.Membantu mengtasi penyakit kandung empedu
25.Membantu mengatasi infeksi jamur Candida
26.Mencegah pertumbuhan mycoplasma
27.Membantu mengatasi eksem
28.Membantu menjaga kelembutan dan kehalusan luaran kulit,terutama dibahagian wajah
ANTARA KHASIAT AIR KELAPA MUDA!~

1 Rendah karbohidrat
2.Rendah lemak, 99% bebas lemak
3.Rendah gula
4.Menjaga agar tubuh tetap sejuk dan berada pada suhu yang tepat
5.Membantu mengatasi batu ginjal dan batu di saluran kencing
6.Minuman untuk bayi yang menderita gangguan usus
7.Berfungsi sebagai minuman isotonik untuk semua usia
8 Kandungan saline dan albumen di dalamnya membantu mengatasi jangkitan kolera
9 Mempertahankan kadar cairan dalam tubuh
10.Efek elektrolit dari air kelapa membantu penyerapan ubat yg dimakan serta memudahkan ubat ke dalam aliran darah
11.Air kelapa menjadi pengganti plasma darah akibat steril, tidak menghasilkan panas,tidak
merosakkan sel-sel darah merah serta mudah diterima oleh tubuh badan
12.Membunuh cacing di usus
13.Sesuai sebagai minuman ketika sedang menenangkan diri, meditasi, makan,
berlari,aerobik,bekerja, berolahraga, atau jenis aktivitas lainnya
14.Membantu tubuh melawan virus penyebab flu, herpes, dan AIDS
15.Membantu mencegah osteoporosis
16.Membantu mengontrol diabetes
17.Memudahkan buang air besar
18.Menguatkan kesihatan fungsi tiroid
19.Membantu membunuh cacing keremi
20.Membantu membunuh parasit Giard21. Memperbaiki pencernaan
22.Sumber tenaga mudah dan cepat
23.Meredakan stres pankreas dan sistem enzim tubuh
24.Membantu mengtasi penyakit kandung empedu
25.Membantu mengatasi infeksi jamur Candida
26.Mencegah pertumbuhan mycoplasma
27.Membantu mengatasi eksem
28.Membantu menjaga kelembutan dan kehalusan luaran kulit,terutama dibahagian wajah.


Memang sedap....

Johor negeriku



Rindu...hu hu hu

Doa dimudahkan segala urusan


Foto