Wednesday, 19 June 2013

Di sebalik rahsia cinta

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci


Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restuMu oh Tuhan…


Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerana leka dengan kepalsuan

Tersesat kita dalam perjalanan

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta



Lagu2 lama jugak yang menambat hati...sekadar menghiburkan hati sendiri sambil melayani mata yang separuh terbuka separuh tertutup....ngantuklah weh....zzzzzzz  jugak akhirnya aku...

Nak awet muda....jom makan ikan!

MAKAN IKAN MEMBANTU ANDA KELIHATAN LEBIH MUDA !

Kajian terbaru menemui kebaikan Omega-3 dalam ikan mampu untuk mengesan masalah DNA rapuh atau telomeres sekaligus membantu anda untuk kelihatan lebih muda. Masalah telomeres adalah satu keadaan yang berkaitan dengan proses penuaan yang berlaku secara semulajadi.

Stress, kanser dan kurang melakukan aktiviti sihat luaran seperti berlari, bersenam dan berolahraga juga boleh menyebabkan proses kerosakan sel-sel tubuh berlaku dengan lebih cepat.

Bagi mengelakkan masalah ini, Omega-3 yang ditemui dalam ikan adalah penyelamat anda. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ohio State University, para saintis berpendapat Omega-3 dalam ikan seperti salmon perlu diambil dalam setiap menu makan anda. Sama ada menu makan malam anda, siang atau semasa anda menikmati hidangan luar rumah.

"Researchers at Ohio State have explored the ability of omega-3 fatty acids to fight aging at a molecular level. That is, they found that these essential fatty acids can help preserve portions of the DNA, called telomeres, in white blood cells."

KELEBIHAN MAKAN IKAN.

✔ Khasiat ikan dapat menekan risiko stroke dan serangan jantung, hal ini kerana ikan mengandungi asam lemak dan omega-3 yang sangat diperlukan oleh otak. Memakan ikan secara rutin dan teratur setiap hari dapat mengelakkan daripada risiko penyakit jantung pada lelaki ataupun perempuan.
✔ Rendah lemak, khasiat ikan yang satu ini adalah rendah lemak kerana sebagian besar ikan memiliki kandungan lemak yang paling rendah dibandingkan sumber protein dalam haiwan yang lainnya terutama ikan tuna sirip kuning.
✔ Sumber protein, vitamin, dan mineral, khasiat ikan ini adalah mampu menyerap nutrisi yang terdapat dalam ikan kerana ikan memiliki kandungan vitamin A, vitamin D, fosfor, magnesium, selenium, yodium dan kalsium. Pada hakikatnya ikan memiliki protein haiwan yang sama dengan daging sapi, tapi kelebihan ikan adalah tidak memiliki lemak yang tinggi.
✔ Khasiat ikan dapat mengurangi kolesterol LDL (kolesterol jahat), ini kerana ikan memiliki kandungan lemak yang paling sedikit berbanding dengan protein haiwan yang lainnya seperti daging ayam, udang ataupun lobster dan kelebihan lemak ini memiliki peranan penting untuk menaikan kadar kolesterol jahat dalam darah.
✔ Khasiat ikan dapat mengurangi peradangan dan sakit sendi, hal ini kerana ikan memiliki kandungan asam lemak omega-3 ikan tuna, salmon, makarel ataupun sarden yang bisa menghilangkan risiko peradangan dan sakit sendi.
✔ Khasiat ikan dapat menambah nutrisi otak, hal ini kerana ikan mengandung asam lemak omega-3 yang sangat penting untuk otak. Asupan nutrisi ini sangat diperlukan untuk meningkatkan stamina otak.

Oleh itu sekiranya anda ingin mengamal diet serta pemakanan sihat anda perlu memikirkan bagaimana hendak memasukkan menu hidangan berasaskan ikan untuk kesihatan anda dan juga keluarga anda. Telah diketahui melalui kajian yang dilakukan Omega-3 dalam ikan bukan sahaja dapat membantu anda untuk kelihatan lebih muda, malahan ia juga dapat membantu mengelakkan masalah penglihatan, lupa, kesihatan jantung dan mencegah osteoarthritis.

Bagi mereka yang tidak suka memakan ikan, dapatkan permakanan tambahan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi ataupun mana kedai makanan kesihatan yang berdaftar.


MAKAN IKAN MEMBANTU ANDA KELIHATAN LEBIH MUDA !

Kajian terbaru menemui kebaikan Omega-3 dalam ikan mampu untuk mengesan masalah DNA rapuh atau telomeres sekaligus membantu anda untuk kelihatan lebih muda. Masalah telomeres adalah satu keadaan yang berkaitan dengan proses penuaan yang berlaku secara semulajadi.

Stress, kanser dan kurang melakukan aktiviti sihat luaran seperti berlari, bersenam dan berolahraga juga boleh menyebabkan proses kerosakan sel-sel tubuh berlaku dengan lebih cepat.

Bagi mengelakkan masalah ini, Omega-3 yang ditemui dalam ikan adalah penyelamat anda. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ohio State University, para saintis berpendapat Omega-3 dalam ikan seperti salmon perlu diambil dalam setiap menu makan anda. Sama ada menu makan malam anda, siang atau semasa anda menikmati hidangan luar rumah.

"Researchers at Ohio State have explored the ability of omega-3 fatty acids to fight aging at a molecular level. That is, they found that these essential fatty acids can help preserve portions of the DNA, called telomeres, in white blood cells."

KELEBIHAN MAKAN IKAN.

Khasiat ikan dapat menekan risiko stroke dan serangan jantung, hal ini kerana ikan mengandungi asam lemak dan omega-3 yang sangat diperlukan oleh otak. Memakan ikan secara rutin dan teratur setiap hari dapat mengelakkan daripada risiko penyakit jantung pada lelaki ataupun perempuan.


Rendah lemak, khasiat ikan yang satu ini adalah rendah lemak kerana sebagian besar ikan memiliki kandungan lemak yang paling rendah dibandingkan sumber protein dalam haiwan yang lainnya terutama ikan tuna sirip kuning.


Sumber protein, vitamin, dan mineral, khasiat ikan ini adalah mampu menyerap nutrisi yang terdapat dalam ikan kerana ikan memiliki kandungan vitamin A, vitamin D, fosfor, magnesium, selenium, yodium dan kalsium. Pada hakikatnya ikan memiliki protein haiwan yang sama dengan daging sapi, tapi kelebihan ikan adalah tidak memiliki lemak yang tinggi.


Khasiat ikan dapat mengurangi kolesterol LDL (kolesterol jahat), ini kerana ikan memiliki kandungan lemak yang paling sedikit berbanding dengan protein haiwan yang lainnya seperti daging ayam, udang ataupun lobster dan kelebihan lemak ini memiliki peranan penting untuk menaikan kadar kolesterol jahat dalam darah.


Khasiat ikan dapat mengurangi peradangan dan sakit sendi, hal ini kerana ikan memiliki kandungan asam lemak omega-3 ikan tuna, salmon, makarel ataupun sarden yang bisa menghilangkan risiko peradangan dan sakit sendi.


Khasiat ikan dapat menambah nutrisi otak, hal ini kerana ikan mengandung asam lemak omega-3 yang sangat penting untuk otak. Asupan nutrisi ini sangat diperlukan untuk meningkatkan stamina otak.

Oleh itu sekiranya anda ingin mengamal diet serta pemakanan sihat anda perlu memikirkan bagaimana hendak memasukkan menu hidangan berasaskan ikan untuk kesihatan anda dan juga keluarga anda. Telah diketahui melalui kajian yang dilakukan Omega-3 dalam ikan bukan sahaja dapat membantu anda untuk kelihatan lebih muda, malahan ia juga dapat membantu mengelakkan masalah penglihatan, lupa, kesihatan jantung dan mencegah osteoarthritis.

Bagi mereka yang tidak suka memakan ikan, dapatkan permakanan tambahan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi ataupun mana-mana kedai makanan kesihatan yang berdaftar.


Dulu masa kecik2 tak suka makan ikan.Salah satu sebabnya ikan banyak tulang.Sekarang pun kurang jugak makan ikan walaupun duduk di tempat yang mudah dapat ikan dan berharga agak murah kecuali beberapa jenis ikan tertentu....tapi suka pulak makan ikan bilis...hi hi...camnapun tetap rindu  asam pedas ikan kembong campur nanas mak aku...hu hu hu...masak sendiri tak sedap!

Tuesday, 18 June 2013

Memori duka


Secara tiba-tiba aku mengingati mu
Di kamar sepi di malam syahdu
Inikah katanya rindu
Sengsara tiada terhingga
Setelah perpisahan pun berlalu

Terdengar lagu cinta membawa kesayuan
Membangkitkan hasrat yang terluka
Lalu aku terdiam pada lena yang panjang
Terurailah rahsia yang terpendam

* Bertahun dalam derita
Tanpa mu aku melara
Berbekas saat mimpi ku di perjalanan ini
Pemergian diri mu putuslah cinta yang lama
Menghentam diri ku dalam memori

** Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun hilang
Jika tersua lagi mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang musnah


                                                                                            
...lalu aku terdiam pada lena yang panjang....terurailah rahsia yang terpendam....zzzzz...jom tidur!

Friday, 14 June 2013

Doa untuk ibu bapa

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

#Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh dan solehah sentiasa mendoakan dan mengingati ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

#Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh dan solehah sentiasa mendoakan dan mengingati ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.


Kita tak sedar semua tu sehinggalah akhirnya kita sendiri menjadi ibu dan bapa...

Ada apa dengan lesung...pipit

Comel kan baby2 kat atas tuh...dah nama baby mestilah comel.Tapi apakah yang membuatkan baby2 tu tambah comel berbanding dengan baby2 lain...apa persamaan diaorang ya...cuba tengok betul2...dah dapat?Haaa...tak lain dan tak bukan adalah tu...yang lekuk kat kedua2 pipi diaorang tu...omputeh kata dimples...tapi lidah Melayu kita panggil lesung pipit...

Lesung pipit tak ada kena mengena dengan lesung batu ke lesung tangan atau lesung kaki...ha ha ha tapi tentu ada di antara kita yang dianugerahkan Tuhan keindahan ini semenjak dilahirkan lagi...termasuklah aku..hi hi hi...tapi ini taklah bermakna yang ia jadi lesen untuk riak atau takbur pulak.

Tidak sesekali pernah terniat begitu cuma tak salahkan kalau kita menyelami dan meluaskan pengetahuan dengan mengenali apakah yang sebenarnya si lesung pipit ini dan kenapakah tak semua orang memilikinya.Jom kita cari jawapannya...

Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic.





Tulang ini terbahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.

Lesung pipit atau lekuk kecil yang ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan. Tapi tidak semua orang memiliki lesung pipit di wajahnya.

Kenapa ada orang yang memiliki lesung pipit dan ada juga yang tidak? Sesetengah masyarakat percaya dengan mitos bahawa lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan  hujung cili ke pipi bayi.

Tapi ternyata mitos tersebut tidaklah benar kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan pada otot pipi. Lesung pipit boleh muncul di kedua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya akan terlihat dengan jelas di wajah seseorang ketika sedang tersenyum,makan(mengunyah), bercakap atau tertawa.


Kedapatan mereka yang  memiliki lesung pipi yang dalam dan sangat terlihat, sedangkan yang lainnya hanya samar-samar. Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan perlukan gen lesung pipit yang dominan.

Jika salah seorang ayah atau ibu memiliki lesung pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yang terlahir dari salah seorang ibu bapa yang berlesung pipit akan memiliki kebarangkalian sebesar 25-50%.

Seperti dipetik dari NCTimes, Rabu (29/12/2010) Dr Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam majalah yang diterbitkan jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, merumuskan pembentukan lesung pipit disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama.

Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat kesan penarikan kulit tersebut. Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.

Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika seseorang sedang diam, kerana otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam.Malahan ada yang hanya memiliki lesung pipit ketika masih kanak2 atau remaja.

Hal ini kerana seiring waktu otot wajah ini secara perlahan akan meregang yang membuat lesung pipit memudar atau hilang.
Untung la siapa ada lesung pipit...kononnya...





Owh...kecacatan otot rupa2nya...hi hi hi...tapi janganlah sampai kerana terlalu inginkan anak yang berlesung pipit sanggup pulak tusukkan hujung cili kat pipi baby tu...kesian baby kan...dia bukan tahu apa2 pun...tak ada beza apa2 pun antara si pemilik lesung pipit dengan yang tak memilikinya...semuanya sama saja di sisi Yang Maha Esa...Bersyukurlah dengan apa yang kita ada...





Tuesday, 11 June 2013

Bercintalah berkali-kali




Melalui pengalaman, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah anak-anak dan urusan rumah tangga yang terus bertambah dan bertambah – perjuangan yang tidak selesai-selesai. Manakala lelaki yang dulunya, ceria dan banyak cakap, perlahan-lahan menjadi pendiam (ada kalanya muram) apabila beban penanggungan keluarga semakin bertambah.

Ya, jika tidak dikawal, ujian dan beban rumah tangga akan menyebabkan suami isteri menjadi semakin “bisu”. Isteri mungkin sibuk bercakap itu dan ini dengan anak-anak tetapi kehilangan suara dan kata bila berdepan dengan suami. Suami apatah lagi, jika di luar rumah pun sudah semakin pendiam di dalam rumah lebih-lebih lagi. “Mati kutu” memanjang.

Pernahkah kita kehilangan kata-kata apabila bertemu dengan isteri atau suami? Bukan hendak menyebut kata-kata sayang, cinta dan kasih lagi, malah sekadar untuk bertanya khabar pun sudah terlalu berat. Lidah jadi bungkam. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan lagi. Lalu rumah tangga menjadi sepi. Masing-masing leka dengan hal sendiri. Seolah-olah sudah tidak ada apa lagi yang boleh dikongsi.

Kekadang perasaan itu datang kerana kerap kali apabila suami bersuara hendak meluahkan masalah, isteri membalasnya dengan selamba. Ah, masalah aku lebih besar. Atau terdetik di hati, balik-balik yang itu juga. Bosan. Begitu juga bagi pihak suami, sudah lali mendengar “siaran ulangan” yang kerap diperdengarkan isteri. Masalah anak, masalah kesihatan, masalah wang… tidak ada cerita baru!

Ada kalanya duduknya rapat-rapat, tetapi sudah tidak bertemu lagi. Masing-masing menonton TV, dari awal rancangan hinggalah tamat siaran, tetapi tidak ada yang dibualkan. Tidak ada yang dapat dikongsikan. Boleh jadi dalam kereta, sisuami sibuk memandu, di sebelahnya isteri membisu. Muram tanpa reaksi atau respons. Mujur masih ada anak-anak yang menjadi “mediator” secara tidak rasmi, terhubung jugalah kata-kata atas apa yang ditimbulkannya. Bila anak tiada, keadaan pun menjadi sepi semula.

Oh, maaf… saya tidak bercakap tentang “orang baru” yang masih berbulan madu, ketika itu segala-galanya indah sahaja. Perkara yang kecilpun boleh menjadi topik perbualan yang berjela-jela. Sejak senja melabuh tirainya hingga terkuak mentari pagi, cerita tidak habis-habis lagi. Ini cerita orang lama. Apakah kehilangan kata-kata menunjukkan kehilangan cinta? Mana yang lebih tepat, cinta yang melahirkan kata-kata atau kata-kata yang melahirkan cinta?

Bagi saya, kedua-duanya betul dan patut dipraktikkan. Benar, sewaktu mula bercinta dahulu, cintalah yang melahirkan kata-kata, tetapi apabila cinta telah lama bermula dan ingin diperbaharui semula, kata-katalah yang perlu diluahkan untuk mengharumkan cinta. Ingat kita bercinta bukan hanya sekali tetapi kita perlu bercinta berkali-kali.

Apa maksudnya? Maksudnya, kita perlu bercinta berkali-kali dengan orang yang sama (isteri kita). Cinta itu perlu diperbaharui. Perbaharuilah cinta dengan luahan kata-kata yang baik. Jangan membisu, jangan menjadi tuli. Sentiasa jadi lidah yang menuturkan kata-kata yang baik dan telinga yang sentiasa terbuka mendengarnya.

Kata bijak pandai, the first duty of love is to hear – tugas cinta yang pertama ialah untuk mendengar. Itu betul, tetapi jika tidak ada apa yang hendak diperkatakan apa pula yang hendak kita dengarkan? Jadi untuk menjadi pendengar, mesti ada “penuturnya”. Kata-kata yang baik umpama sedekah, kita mesti ringan mulut untuk memulakannya. Ada kalanya berdiam diri tidak terpuji, apatah lagi jika sudah ke tahap menimbulkan sangsi.

Ada orang yang petah dan becok bercakap dengan orang lain di tempat kerja, tetapi bertukar jadi pendiam di dalam keluarga sendiri. Sikap peramahnya boleh bertukar jadi pemarah bila di rumah. Marah yang tertahan itulah kekadang menimbulkan diam yang panjang. Lama-kelamaan, jika tidak diuruskan baik, marah terpendam akan menjadi dendam. Dendam itulah yang akan mewujudkan diam yang panjang!

Di dalam ilmu pengurusan komunikasi ada hukum yang dinamakan “hukum 24 jam”. Hukum ini menyatakan jangan dibiarkan krisis yang berlaku antara rakan sekerja melepasi temph 24 jam. Mesti ada di antara mereka (seelok-eloknya kedua-duanya) bertindak memecahkan kebuntuan itu dengan mengambil inisiatif menegur, memandang atau memberikan sebarang reaksi atau petunjuk ingin berbaik-baik semula.

Jangan malu alah untuk memulakan. Justeru, jika tempoh 24 jam sudah berlalu, dan tidak ada sebarang inisiatif dilakukan, maka peluang untuk berbaik-baik semula akan menjadi lebih sukar. Maka begitulah dalam sebuah rumah tangga, teguran dan percakapan yang pertama untuk mengujudkan kemesraan semula setelah lama membisu adalah sangat mahal harganya. Percayalah inilah termasuk dalam tuntutan menghubung silaturahim yang sangat besar pahalanya di sisi Islam. Dalam Islam, siapa yang memulakan langkah untuk memberi satu kebaikan sesungguhnya mendapat ganjaran yang lebih besar daripada pihak yang menerimanya. Sebab itu, orang yang datang berziarah lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang diziarahi.

Maka begitulah dalam rumah tangga. Untuk bercinta lagi, luahkanlah kata-kata yang baik untuk mencairkan prasangka, meleburkan curiga dan memadamkan dendam. Cari-carilah topik yang menarik untuk diperbualkan.

 Antara kaedahnya ialah:
• Berdoa untuk Allah ilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan.
• Menerima dan berkongsi hobi dengan pasangan.
• Ulas apa yang anda dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumah tangga.
• Sekali-sekala masak bersama resipi kesukaannya.
• Jangan prasangka dan curiga dengan selalu memaafkan selagi pasangan tidak melanggar syariat.
• Amalkan peraturan 24 jam. Jangan biarkan “gencatan suara” melebihi masa 24 jam. Mujahadahlah untuk meminta maaf secara resmi atau tidak resmi.
• Tempoh-tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan hendaklah diisi dengan amalan habluminallah seperti solat, munajat dan taubat. Jangan selesaikan masalah dengan satu masalah lain.


Pernah satu ketika seorang Sahabat memberitahu Rasulullah s.a.w. akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas, Rasulullah pun berkata, “Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.”

Jika anda menyayangi seseorang, nyatakanlah. Dalam rumah tangga, seorang suami harus menyatakan kasih sayang kepada isterinya. Begitulah sebaliknya. Tetapi saya kurang setuju jika perkataan “sayang” itu diluahkan berulang-ulang. Pernah saya terdengar seorang suami memarahi isterinya dengan perkataan sayang. “Yang, dah berapa kali saya bagi tahu jangan buat macam ni. Kenapa awak degil lagi?” Begitulah herdik sisuami sambil menjegilkan mata dan meninggikan suara. Bagaimana? Apakah panggilan sayang sebegitu masih romantik lagi?

Kasih sayang ini boleh dinyatakan dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian keadaan dan masa. Pertama, secara tindakan, kedua secara lisan. Sayang yang dilahirkan dalam bentuk tindakan itu lebih besar impaknya berbanding secara lisan. Jangan menanam tebu di mulut tetapi menyembunyikan racun di hati. Buktikan sayang, dengan perbuatan kerana cinta itu perbuatan (love is a verb) bukan perkataan. 

Namun, alangkah indahnya jika perbuatan yang baik diiringi juga dengan perkataan yang baik.
Sayangnya, ramai suami atau isteri telah melakukan kesilapan. Kesilapan mereka bukannya tidak menyayangi pasangan, tetapi tidak ataupun semakin kurang meluahkan rasa sayang itu dalam bentuk perbuatan ataupun kata-kata. Kita tersilap kalau beranggapan sekali bercinta, tetap cinta selamanya. Yang sebenarnya, cinta yang kekal abadi ialah cinta yang dibuat berkali-kali. Berkali-kali bercinta, baru cinta itu abadi. Bukankah bijak pandai mengingatkan bahawa satu kebaikan (termasuk cinta) perlu dimulakan berkali-kali.

Benar, setelah usia perkahwinan meningkat, kalimat-kalimat cinta seperti “I love you” atau “Saya sayangkan awak” sudah semakin kurang kedengaran. Ramai beranggapan, mereka sudah terlalu tua untuk mengucapkan kalimat-kalimat yang lazimnya diucapkan sewaktu mula-mula berkahwin dahulu. Tetapi apakah kita sudah terlalu tua untuk menyatakan cinta dalam bentuk tindakan dan percakapan?
Sebenarnya, banyak perkataan yang boleh masih boleh dipilih untuk menggantikan kalimat-kalimat romantik yang susah dirasakan malu dan segan untuk diucapkan sewaktu usia tua. Mungkin perkataan itu biasa-biasa sahaja tetapi intonasi dan bahasa badan yang mengiringinya mampu mencipta kesan yang luar biasa.

Kata-kata baik wajar diiringi oleh belaian fizikal. Katakanlah isteri kita membuat sesuatu perkara yang baik, maka kita pun membelai rambutnya atau menepuk bahunya sebagai tanda sokongan dan penghargaan. Ini adalah salah satu bentuk sentuhan fizikal yang sering diabaikan terutamanya oleh pasangan suami isteri yang berusia 40 tahun ke atas. Sedangkan, semakin bertambah usia perkahwinan, sewajarnya semakin banyak belaian fizikal yang tidak dibauri oleh keinginan seks.

Selain daripada itu, kasih sayang juga mesti dibuktikan dalam bentuk tindakan pembelaan. Katakanlah isteri menghadapi krisis dengan keluarganya atau kawan-kawan di tempat kerja, maka kita sebagai suami perlu membelanya. Membela di sini bukan bermaksud membenarkan sahaja sikap isteri walaupun kita tahu dia bersalah. Tetapi membela dalam ertikata bersimpati dan empati terhadap krisis yang mereka alami.
Juga dengan memberi jalan penyelesaian ataupun panduan-panduan untuk mereka bertindak dalam menyelesaikan sebarang persengketaan peribadi tersebut. Jangan sekali-kali kita menempelak, menyindir atau membiarkan mereka keseorangan. Buktikan, kita sentiasa di sisi isteri ketika dia menghadapi “serangan” orang lain. Walaupun ada kalanya (menerusi penilaian kita) dia yang bersalah… jangan dipersalahkan, cuma perbetulkan sahaja!

Sumber: Artikel iluvislam.com (www.genta-rasa.com)

...renung2kan fikir2kan...

Keroncong untuk Ana


Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu
Ke mana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama

Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Ana... Ana...
Ana... Ana.

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku



Nak jawab ke tidak...nak jawab ke tidak..ha ha ha...dah orang panggil nama kan...alahai mengantuknya lagu ni...layanzz jelah...zzzzzzz