Sunday, 7 July 2013

Asyik



Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
CintaMu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepadaMu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu




Asyik betul dengar balik lagu ni...waktu tak terasa...rindu tak terkata...asyiknya cinta...kena paham betul2...asyiknya cinta pada Yang Satu...bukan yang lain...


Saya orang Johor


Siapa kat sini orang Johor, sila angkat tangan?!


Fakta menarik tentang Johor:

1. Johor negeri pertama yang mempunyai
tentera sendiri dan dibiayai oleh kerajaan
Johor sendiri sehingga kini.


2. Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka
Jalur Gemilang berasal daripada Johor.


3. Penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang
merupakan orang Johor.


4. Orang Johor ada dialek tersendiri. Kalau
selimut dipanggil gebor. Kalau almari
dipanggil gerobok atau gobok.Kalau
makanan ringan dipanggil jajan.


5. Orang Johor banyak menggunakan perkataan
'eekk' di belakang ayat.


6. Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'.
Contohnya : "Orang nak pergi makan."
walaupun nama sebenarnya Aminah atau dll.


7. Orang Muar pulak ada cara speaking yang
tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir
dengan 'o' tapi bukan semua perkataan.

8. Huruf 'R' seperti silent untuk orang Johor
jika huruf R dibelakang kerana orang Johor
takkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO.
Bukan MUAR tapi MUO.

9. Orang Johor jugak akan menukarkan
perkataan yang akhirnya 'AR' dengan 'O'
contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak .

10. Orang Johor tak sebut SAYA tapi SAYE. Bukan
KITA tapi KITE. Perkataan yang ditambah
huruf 'E' dan dibuang huruf 'A' juga terkenal
dengan panggilan 'bahasa pasar'.

11. Orang Johor sebut menguap tu sebagai
sangap

12. Orang Johor sebut berdating tu sebagai
berendut.

13. Bila orang Muar kata nak pergi Johor,
maknanya dia nak pergi Johor Bahru a.k.a
JB.

14. Negeri Johor ialah negeri terakhir yang
mendapat Residen.

15. Telur pindang adalah makanan orang Johor.

16. Orang Johor suka sebut 'Anu'.
Contohnya:-
Si A: kau tengah anu ape tu ?
Si B: aku tengah anu moto ni.



...bila aku balik Johor dan bercakap dengan orang Johor selalunya akan timbul pertanyaan ini...ni asal mana ni?...alamak...dah hilangkah KEJOHORANku....hu hu hu
Siapa kat sini orang johor, sila angkat tangan?!

Fakta menarik tentang johor:

1. Johor negeri pertama yang mempunyai
tentera sendiri dan dibiyai oleh kerajaan
Johor sendiri sehingga kini.
2. Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka
Jalur Gemilang berasal daripada Johor.
3. penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang
merupakan orang Johor.
4. Orang johor ada dialek tersendiri. Kalau
selimut dipanggil gebor. Kalau almari
dipanggil gerobok atau gobok.Kalau
makanan ringan dipanggil jajan.
5. Orang Johor banyak menggunakan perkataan
'eekk' di belakang ayat.
6. Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'.
Contohnya : "Orang nak pergi makan."
walaupun nama sebenarnya Aminah atau dll.
7. Orang Muar pulak ada cara speaking yang
tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir
dengan 'o' tapi bukan semua perkataan.
8. Huruf 'R' seperti silent untuk orang johor
jika huruf R dibelakang kerana orang johor
takkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO.
Bukan MUAR tapi MUO.
9. Orang johor jugak akan menukarkan
perkataan yang akhirnya 'AR' dengan 'O'
contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak .
10. Orang Johor tak sebut SAYA tapi SAYE. Bukan
KITA tapi KITE. Perkataan yang ditambah
huruf 'E' dan dibuang huruf 'A' juga terkenal
dengan panggilan 'bahasa pasar'.
11. Orang Johor sebut menguap tu sebagai
sangap
12. Orang Johor sebut berdating tu sebagai
berendut.
13. Bila orang muar kata nak pergi Johor,
maknanya dia nak pergi Johor Bahru a.k.a
JB.
14. Negeri Johor ialah negeri terakhir yang
mendapat Residen.
15. telur pindang adalah makanan orang Johor.
16. Orang Johor suka sebut 'Anu'. 
Contohnya:-
Si A: kau tengah anu ape tu ?
Si B: aku tengah anu moto ni.

#ProudToBeJohorean



Friday, 5 July 2013

Doa penawar duka

Seringkali hati merasa sedih & sakit... tetapi terkadang kita lupa akan hikmah disebalik kesedihan itu... terkadang pula kita menyalahkan takdir yg menimpa diri... percayalah sahabat2, setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmahnya... insafilah & bermuhasabahlah atas segala apa yg berlaku pada diri kita...

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendalah Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”


...terus2an bersedih tidak akan mengubah apa-apa.Lemparkan kesedihan itu jauh2 ke laut...senyum....

Beberapa sangkaan tentang puasa


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.



Mandi Masa Puasa
Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”




Memasukkan Ke Rongga
Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.
Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

Tidak Mandi Junub
Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).


Muntah
Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).
Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.


Imsak
Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh. Firman Allah: (maksudnya)
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187). Sabda Nabi s.a.w pula: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Musafir
Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa. Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w:
“Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketia musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).

Tidak Sengaja
Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al-Bukhari).
Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minoriti ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal.
Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa.

* Artikel ini tersiar di “Kolum Dr Asri – Yahoo News Malaysia”

Thursday, 4 July 2013

Opps...ye ker?

lelaki vs wanita


SITUASI PERTAMA 
Dari wanita :

"awak, hensem kan mamat tu", "muka mamat tu macam imam muda la awak, suci", "rambut mamat tu stylo la", "smart gile mamat tu", "bla bla bla bla bla......."

Kepada lelaki :

jika kekasih/ isteri/buah hati/ buah jantung/ buah pepejal hempedu atau yang sama waktu dengan nya, memuji lelaki lain di hadapan mata, kepala, telinga, kening mahupun misai anda..sila la JANGAN take it serius sangat, sampai rasa perlu membuat pembedahan plastik! 

Jujurnya...98% dari pada pujian yang di beri itu adalah sekadar di mulut dan pandangan mata wanita...bukan di HATI nya! Percaya atau tidak, perempuan yang menyayangi pasangan nye, tidak akan pernah mampu memuji lelaki laki melebihi dari pasangan nya..sesungguhnya anda yang TERHEBAT di hati nya.

Ye ke???? Ya! "Abis tu, isteri aqu asyik puji orang lain je...kalau nak dengar dia puji aqu memang kiamat la..", Ini kerana.....kajian menunjukan bahawa, pujian wanita melalui kata-kata hanya 40% kebenaran nya, tetapi pujian wanita melalui sentuhan @ dengan kata lain perbuatan adalah 100% benar. "pujian melalui perbuatan???? ada ke????" =.= banyak tanye, SILA BELAJAR BAHASA TUBUH!

SITUASI 2
Dari lelaki :

"cantik la pempuan tu...", "pandai pempuan tu berfesyen", "rambut perempuan tu cantik la", "bla bla bla bla....."

Kepada wanita :

Percaya atau tidak, sesungguhnya pujian dari lelaki terhadap wanita lain walaupun di hadapan atau di blakang kiri mahupun kanan anda adalah 98% benar! Tepat, mereka bermaksud dengan kata-kata tu! walaupun perit untuk di terima, tapi itu kenyataan nya! 

"Ye ke camtu??". Ya! sesungguhnya lelaki lebih gemar jujur berbanding wanita yang lebih gemar menggunakan teknik cakap berkias-kias, sebab tu lah potensi wanita mendapat markah awesome dalam subjek BM adalah tinggi! Kajian jugak menunjukan, lelaki memuji bukan sekadar di mulut dan pandangan mereka tetapi jugak di HATI!

"Eh tak caye la...". Mengapa anda tidak percaya??? Sedangkan bukti sudah d depan mata??? "bukti??? mane??" Ha...anda perasan tak wahai kaum hawa, bile pasangan anda memuji wanita lain di hadapan anda dengan selamber dog tak de perasaan nya...mata mereka akan focus point pada wanita itu sahaja tanpa melihat memik muka anda yang dah berubah jadi seperti tenuk nak terkam harimau (tenuk boleh ke terkam harimau??? itu satu lagi persoalan) Dan bila lepas 10 min berlalu, baru la diaorang sambung ayat "erk...tapi isteri abang lagi hebat". Ya! selepas 10 min berlalu! (itu pun kalau dia masih berperasaan nak puji anda -.-")

Kerana apa??? Seperti yang saya katakan tadi, kaum adam lebih gemar bersikap jujur dan berterus terang... mungkin bukan niat mereka untuk memuji lebih wanita lain berbanding anda, tetapi sikap "kejujuran" mereka itu yang membuatkan mereka tidak mampu untuk tidak memuji wanita lain.=.=" 

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi apa kesimpulan nya??? kesimpulan nya mudah...terima je la.........laki sape??? laki kau jugak..... bini sape??? bini kau jugak.............. semua manusia tu tak sempurna, sebab tu Allah ciptakan kita saling berpasangan supaya kita saling menyempurnakan^____________^


 

* petikan blog ` Suana '


....perlu kajian mendalam nih sebelum buat kesimpulan...sebab aku tak pulak rasa macam tu.Berterus terang kan lebih baik daripada menanam tebu di pinggir bibir...kedengarannya manis tetapi BOHONG...usah memuji jika tidak ikhlas!

Tuesday, 2 July 2013

Tak kata boleh percaya...

RAHSIA TARIKH LAHIR ANDA .

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
....tetap no.1...no.1...dan no.1...he he

Ampuni dosa-dosaku...

Jom sama2 baca..dan cuba amalkan setiap hari,selepas solat,time drive or sambil2 online pon boleh #

by:@[100000160585815:2048:Hezree]-