Friday, 6 September 2013

Kalaulah semua anak muda Melayu macam dia...

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...
A MALAYSIAN LEGEND - FIND YOUR TURNING POINT

Siapakah lelaki muda, multi millionaire berusia 33 tahun di bawah ini? Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau. Tetapi semalam adalah hari yang sangat mengujakan saya. Saya berpeluang untuk beliau yang saya sifatkan sebagai a Malaysian Legend, A Living Legend.

Nama beliau adalah Wan Nazri Wan Aria. Apa hebatnya beliau?

Royal Clock Tower, Makkah yang disifatkan sebagai the Miracles of Modern Engineering. (Boleh tonton pelbagai video berkenaan pembinaan Royal Clock Tower itu di Youtube). Dinyatakan di pelbagai tempat bahawa Clock Tower it dibina oleh sebuah syarikat terkemuka di German, SL Rasch.

Selain itu, projek pembesaran Masjidil Haram agar dapat memuatkan 10 juta jemaah haji juga telah disiap dirangka dan dirancang.

Berdasarkan kajian dilakukan, dapat diketahui bahawa individu yang dilantik selaku ketua untuk menjalankan projek Clock Tower berkenaan serta bertanggungjawab merangka pelan pembesaran Mekah adalah seorang anak muda dari Malaysia, bernama Wan Nazri Wan Aria.

Kebetulan dia sedang berada di Malaysia, maka kesempatan itu digunakan saya untuk bertemu beliau.

Kehebatan sebelum ini memang diketahui berdasarkan kajian. Tetapi setelah duduk berbual, banyak lagi perkara hebat diketahui mengenai individu ini.

Beliau berasal dari sebuah keluarga yang susah dan menetap di sebuah kawasan belum membangun di Kuala Lumpur. Bukan lulusan mana mana sekolah hebat. Hanya bersekolah biasa di Segambut. Kemudian menyambung pelajaran dan berjaya lulus Degree di dalam engineering dari UiTM dan pada mulanya bekerja di sebuah syarikat tempatan. Pada usia 25 tahun, beliau berasa tidak puas dan ingin mencabar diri.

Maka beliau meletakkan jawatan dan bertekad menyambung belajar peringkat Master di Germany menggunakan wang sendiri.

This is what i always said "all successful people had their turning point some point in life. We just have to make ours.

Mengapa Germany? Sebab beliau merasakan bahawa di situlah tempat paling utama dan paling mencabar untuk seseorang engineer di Dunia. Walaupun pada mulanya tidak pandai berbahasa Germany, beliau telah memaksa diri untuk belajar segera. Sebab semua pelajaran adalah di dalam bahasa berkenaan. Belajar Engineering dah susah, belajar peringkat Master dah susah, belajar bahasa german dah susah, apatah lagi belajar kesemuanya serentak!

But he did. And he did very well. Selepas berjaya mencapai keputusan yang cemerlang, pelbagai syarikat besar terutamanya di dalam otomobil berebut menawarkan beliau kerja. Namun semuanya ditolak beliau di atas minat beliau kepada Structural Engineering. Maka beliau telah memohon kerja di sebuah syarikat SL Rasch, sebuah syarikat Germany yang terkenal di dalam bidang structural engineering.

Pada mulanya, syarikat berkenaan tidak minat untuk mengambil beliau kerana mereka tidak percaya akan kebolehan engineer bukan dari Germany atau Eropah. Kerana bagi mereka, orang Germany paling pandai di dalam bidang engineering dan mereka sudah mempunyai ramai German Engineers.

Namun, the boss opened the door for him. "Impress me in 6 months or you have to go", he said. Impress him he did. Dia terus ditawarkan kerja berkenaan.

Kemudian syarikat berkenaan telah berjaya mendapatkan tender membina Royal Clock Tower di Mekkah, melalui design yang dibuat oleh Wan Nazri. Atas kejayaan itu, SL Rasch telah menghantar Wan Nazri sebagai ketua konsultan untuk projek berkenaan bagi mengawasi pembinaannya dari A - Z.

Engineer Arab sangat skeptikal terhadap Engineer dari Asia juga. Tetapi memandangkan Wan Nazri datang dari German, beliau sangat dihormati, apatah lagi beliau memperlihatkan kecekapan dan kepakaran beliau. Sehingga ada syarikat besar di arab menawarkan gaji ratusan ribu sebulan untuk memancing beliau.

Kini beliau ada di Malaysia dengan tujuan kata beliau adalah untuk mencari bakat - bakat baru di Malaysia dan melatih mereka bagi mengenengahkan mereka di peringkat dunia. Beliau tidak mencari engineer yang berpengalaman, tetapi beliau mengumpulkan ramai anak muda yang baru graduate dan mempunyai potensi besar.

Beliau kata, the world is a different game altogether. Before accepting any project outside to give to my fellow Malaysian, i need to prepare them first.
Seorang world player, tetapi tidak lupa untuk kembali ke negara asal bagi memberi ruang dan peluang kepada anak muda lain. Kata beliau, "my boss at SL Rasch helped to open the door for me, now i am helping to open the door for others. I am just returning the favour".

Bila diterangkan kepada beliau mengenai projek yang sedang kami usahakan, beliau sangat supportive dan berjanji memberi apa jua bantuan yang boleh beliau berikan.

Soalan terakhir saya, "Encik Wan, boleh cakap melayu tak?"

"Sudah tentu, saya orang Melayu"


( copy fb )

 

...tabik dengan adik ni.Tetap ingat dia orang Melayu dan tak malu mengaku Melayu...

 

Tuesday, 3 September 2013

Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiul’awal yang cerah
Dua puluh April Tahun Gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putera yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putera yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia








...dari zaman kecik2 dulu sampailah sekarang tetap kekal teguh dalam ingatan melodi dan lirik nasyid ni...aku merindui...kota kelahiranmu Junjungan Mulia...Semoga doa kami untuk menjadi tetamunya dimakbulkan Allah...InsyaAllah


 

Taubat Seorang Hamba

 Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan
Dosa dosa yang kulakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

Kuakui kelemahan diri
Kuinsafi kekurangan ini
Kukesali kejahilan ini
Terimalah 

Terimalah
Terimalah taubatku ini

Telah aku merasakan

 Derita jiwa dan perasaan
 Kerna hilang dari jalan
 Menuju redha Mu Ya Tuhan
 
Di hamparan ini kumeminta
Moga taubatku diterima...









              ...telah aku merasakan
              derita jiwa dan perasaan
              kerna hilang dari jalan...
              menuju redhaMu Ya Tuhan...




Pantun loyar buruk le...

Pantun sakit hati nih...layan je lah

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .




Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..


 

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

 

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.





Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..



Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu



Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.



 

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

 



Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belum masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan...





Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.


 



Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan


 


Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.


 


Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water




 

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit





Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena



 

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

 





Toksah layanlah pantun2 nih...meraban punya pantun.Saja suke2 je....Pantun yang asal memang dah cukup cantekkk....so boleh bace jangan ikut yea....


 

Monday, 2 September 2013

Memang nak tempah maut...

CONTOH surat rasmi utk tambah kuota

 
 
Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.

Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,

30.6.2013

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Rose Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan pihak puan dan tandatan gan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suamimu...

Kredit : Hizat Hassan (copy dari fb)
 
Hmm...tak taulah aku kalau2 ada isteri2 di luar sana yang dengan senang hatinya meluluskan permohonan mcm ni tanpa banyak soal.Yang selalunya...LANGKAH MAYAT AKU DULU!!!!

Indah dari segala yang indah


Ya Allah berilah aku kesabaran , keikhlasan, ketaqwaan dari menjalankan tugas harian supaya hati ku tenang mengerjakanmu ya allah dan senyum ceria dan x mementingkan diri bila jlnkan tugas supaya dapat Menolong sesiapa sja x Mengira tenaga dan usaha amin. Allah lebih mengetahui perjlanan hidup seharian kta. 


Segala yang indah itu datang dari Allah jua.
  

Durian...takde lah teruk sangat kan...

FAKTA DURIAN!!!  
  





1) Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. 

Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat.


2) Tinggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.


3) Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus.

 

4) Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat).

 

5) Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.

 

6) Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.

 

7) Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman.

 

Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.

 

9) Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.

 

10) Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah teruk sangat...









sumber: kevinzahri.com