
1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.
2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.
3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi
dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin
tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.
4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.
5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua
seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.
6. Jadilah cili
Semakin tua semakin pedas.
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana
hmm...tapi kalau pisang boleh berbuah banyak kali lagi untung kan..he he
Gabra semasa nikah.
Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri satu majlis akad nikah
kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti di kampung dia. Jadi bila ada
kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.
Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan di ruang tamu. Ramai orang aku
tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok
majlis macam nih.
Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2
untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok
kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar...
Tok Kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan
lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok Kadi tanya lagi, bagi
contoh2 najis kecil, dia pun jawab kencing baby yang kecik2 lagi.
Tok Kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok Kadi tanya
lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling
kanan, mula tengok syiling. Aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin
tu. Bukannye susah, jawapannya anjing ngan b@b! je,..tapi mamat tu dah
mula berpeluh jantan keluar kat dahi dia.
Tok Kadi mula senyum.
Aku sebut kuat2 moga2 dia dengar 'anjing ngan b@b! la hoi', tapi
rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi
selepas itu kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada
di sekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman
tu terkena baju ramai orang. Aku pun sama gak.
Masa tu aku tengah
minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik,dah kene member kat tepi2,
kecoh jadinya. Aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku
ingat masa Tok Kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu
keadaan senyap sunyi...
Tapi bila pengantin tu jawab...
"Taik Gajah"
Suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan. Nak control macamana... taik gajah. Besar tuuu....
ikhsan facebook
kihkihkih...adoii laa..sakit perut makcik!
Petua atasi sembelit dengan 9 jenis makanan yang mudah didapati.
1. Betik
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan
serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa
yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan
harian bagi individu yang mengalami sembelit.
2. Strawberi
Buah berwarna merah yang
berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja cantik dan enak
dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit di samping
bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan
gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.
3. Cincau
Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu
meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit
birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari
zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.
4. Timun
Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia
juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah
sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.
5. Kucai
Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang.
yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan
menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus
selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya
pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut,
penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
6. Pisang
Pisang mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan makan
pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang
bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan
minum petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat.
7. Temulawak
Sembelit juga boleh
diatasi dengan menggunakan batang dan rizom (ubi) muda temulawak atau
nama saintifiknya Curcuma Xanthorriza. Caranya:
1. Ambil bahagian batang dan rizom (ubi) muda temu lawak.
2. Bersihkan, kemudian rebus hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan tadi ke dalam gelas.
4. Jika mahu, biarkan ia suam seketika dan minumlah secara perlahan-lahan.
Sehari sekurang-kurangnya boleh diminum sebanyak dua hingga tiga kali.
Boleh juga diminum walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai
langkah pencegahan. Selain sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi
masalah najis berdarah.
8. Ciku
Individu yang mengalami
masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur
sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama pengambilan sedikit
air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.
9. Lobak Merah
Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu
menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil,
meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa
sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan
memakannya secara mentah
Sumber:rossacalla.blogspot
Bolehlah cuba...InsyaAllah...