Wednesday, 20 November 2013

Ajaibnya air mata

Sedih...nangis.Suka ...nangis.Frust...nangis.Takut...nangis...ish rimaslah orang kuat nangis ni kan.Ha ha ha...terasa aku...nak wat camna dah pemurah dengan air mata.Layan jerlah...tapi jangan tak tau pulak.Untung tau orang yang mudah mendermakan air mata nih....habis dak pun...he he he....mata maintain cantik aper.Tak caya?Cuba baca ni...kelebihan air mata.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.




2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.



3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.




syahdunyer...kalau dah berlinangan begini.Tapi tetap comel kan...

6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam sebaliknya menangislah sepuas-puasnya....yang ni aku suka sebab selepas tu aku boleh tidur dengan lena...tak semua orang dapat nikmat ni kan...hi hi




         ...tapi aku tak nangis depan orang...malu...hu hu hu


Thursday, 14 November 2013

Yang kan terjadi tetap terjadi



Di ketika ini keadaan

 tiada mengizinkan
untuk ku lafazkan kata-kata
 meluah perasaan
tapi ku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Usah ada gesaan

 apalagi suatu paksaan
Kau tahu diriku serba tiada

 ku ingin lebih bersedia

Lalu di atas nama cita-cita

 kau ku tinggalkan sementara
Dengan percaya engkau akan mengerti

dan sabar menanti...
Berdoa-berdoalah sayang

sepenuh keyakinan
Bukan berjanji bukan bersumpah

cuma percaya...
Ku kan pulang padamu jua... (dinda)

Apa yang terjadi kan terjadi

dengan keizinan Illahi
Aku meyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Aku meyakini yang kan terjadi tetap terjadi

ketentuan... di Azali...

...tiba2 jer teringat lagu nie.One of my favourite songs...satu masa dahulu...masih lagi pd masa skrg...dan mgkn jugak pada masa akan dtg...tangkap lena lah pulak...zzzzz...






Saturday, 9 November 2013

Merah-merah delima...



Cun kan buah nie...

Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita.Buahnya yang berisi butiran merah menawan itu ternyata mempunyai banyak kelebihan yang telah diakui sejak dahulu lagi.Apa agaknya khasiat buah delima ya...
  • Buah delima  mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi antioksidan ialah ia dapat melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit menyerang termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima   dapat melindungi jantung kita.Kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri.Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang minum jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 18%.
  • Buah delima juga dapat  menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus.Ia menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser.Buah delima memiliki khasiat untuk mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima berupaya menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiakkan sel-sel yang sihat. Buah delima juga terbukti dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima.Tikus-tikus ini berupaya melakukan tugas-tugas mental dengan lebih baik.

  •  Sebiji  buah delima mengandungi sekitar 40 % vitamin C yang memenuhi keperluan harian untuk orang dewasa selain folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi.
  • Kandungan gula dalam buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  •  Buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya sangat mudah.Ambil kulit buah delima.Jemur sehingga kulitnya kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga  menjadi serbuk.Simpan dalam bekas. Apabila hendak digunakan ambil sedikit serbuk tadi.Tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah.Biarkan ia kering barulah dibasuh.
Khasiat buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima membantu melindungi otak bayi semasa kelahiran.Satu kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan  minum jus buah delima sepanjang kehamilan,ia dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan oleh ibu mengandung. Kandungan asid folik yang tinggi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit serta bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela atau merekah. Buah delima boleh bertahan selama enam bulan kalau disimpan dalam peti sejuk.

  • Cara makan buah delima adalah terlebih dahulu kupas kulitnya dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian.Mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk dan apalagi... nikmatilah keenakannyer…hi hi
Fakta mengenai buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang berdiameter sekitar7-12 sentimeter , bergantung kepada  jenis dan berbentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima mengandungi sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.  

Friday, 1 November 2013

Kenapa mengidam?


adehhh...naya je klu ngidam cam nie...


hahaha...jangan gelak...bayangkan kalau terjadi pada diri kita sendiri camner?Sedih tau...sebagai ibu yang berpengalaman mengandung dan telah melahirkan empat orang anak,aku sendiri pernah dilanda ombak mengidam yg agak parah jugak...sebabnyer aku yang duduk di Alor Setar,Kedah ni mengidam nak makan sesuatu yang cuma ada kat Johor.Hah...ambik kau....kalau teringin masa cuti sekolah ok lah jugak boleh balik kampung tapi kalau bukan dalam cuti sekolah camna aku nak balik...hu hu hu...menangis tak berlagu lah aku...tapi kira bernasib baik jugalah sebab aku masih dapat mengawal diri hinggalah tibanya cuti sekolah.Jadi dapatlah aku merasa apa yang aku idamkan sangat tu.Ala...bukan apa sangat pun.Cuma teringin nak makan nasi lemak je...




bungkusnyer camni tapi sambalnya dalam daun pisang...

Haaa...nasi lemak je...memanglah kat mana2 pun berlambak orang jual nasi lemak kan.Anytime boleh cari.So apa masalahnyer...beli jelah.Nak berapa banyak...selori...dua kontena...borong semua... (kasarlah tu).Masalahnyer yang buat suami aku tension masa tu ialah aku tak nak nasi lemak Kedah.Aku nak nasi lemak Johor yang sambalnya dok dalam daun pisang...teringat la tu masa kecik2 dulu kalau beli nasi lemak sambalnya dok dalam dua lembar daun pisang berbentuk segiempat yang ditangkup.Hah ambik hang!Mana nak cari tuuu...he he he...nak wet camner...kena layan jugaklah kerenah aku kan sebab aku mengidam....hu hu hu...


Kehamilan berikutnya (anak keempat)aku mengidam lagi.Kali ini teringin sangat pulak nak makan tapai ubi...yang dok dalam daun pisang jugak.Adehhh...pening sekali lagi suami aku.Maklumlah kalau kat Kedah ni yang namanya tapai ubi memang mcm emas.Apa lagi yang dalam daun pisang macam nie...



tiba2 lak rasa mengidam balik walaupun tak mengandung...hu hu

Dari Kedah sampai ke Johor Bahru akhirnya kutemui juga ia di pasar sehari di Air Hitam...itupun kerana kepantasan mata mak aku menangkap dan menyambarnya cepat2 sebelum habis semuanya dibeli orang.Sudahla  bersusah payah mencarinyer satu hal.Pastu bila dah dapat kotlah aku nak makan sampai dua tiga bungkus sebab teringin sangat lagaknya...malangnya yang aku jamah cuma sejurai je pun.Selebihnya aku bagi orang lain habiskan...hu hu hu...kategori dahsyat jugak mengidam aku kan... 

Itu cerita aku...cerita orang lain...mak2 buyung yang mengidam ni memang selalu sangat kita dengar.Macam2 cerita sampai tahap mengidam gaban pun ader.Kadang2 macam tak logik pun yer jugak...tapi sebagai ibu aku tak adalah sampai kata si mak2 buyung yang nampak macam over ni mengada2...sebabnyer...(ini pengalaman aku lah...)selagi tak dapat apa yang kita nak tu selagi itulah terasa sangat tak puas hatinya...pada siapa?Pada suamilah...of course...siapa lagi kan.Nasib awaklah encik2 suami...layan jerlah...
kalau awak sayang isteri...he he

Tapi apa sebenarnyer ya yang menyebabkan para ibu ini mengidam sampai begitu teruk sekali.



jangan mengidam nak makan teddy bear tu sudah...ha ha


 Para penyelidik telah cuba menentukan sama ada wanita yang mengidam makanan tertentu kekurangan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebabnya dan puncanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya.Yang itu aku setuju.Sebabnya aku tak mengidam apa2 pun semasa kehamilan pertama dan kedua tetapi tiba2 mengidam tahap yang agak kronik pada kehamilan ketiga dan keempat.





Gambar Sumber :Google

Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan tersebut.


Kebanyakan wanita mengandung mengidam makanan daripada coklat,buah2an,kuih muih yang hanya boleh didapati di tempat tertentu sehinggalah nasi beriani yang dijual di kedai mamak tertentu sahaja. Kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2, 3 pagi (kesian suami…).Kalau yang nie belum pernah jadi lagi pada aku tapi pernah berlaku pada kawan aku yang menangis2 minta dibelikan mee goreng pada jam 3 pagi.Nasib baik nak mee goreng jer yang boleh dibeli kat kedai makan yang beroperasi 24 jam...kedai mamak la tu.Dibuatnya mengidam yang lebih spesifik...nak mi bandung Muar jugak...tak ke haru...kena pergi Muar jugaklah pagi2 buta tu...


Mengidam boleh mendatangkan masalah apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti tepung jagung atau benda yang bukan makanan seperti tisu, tanah liat dan sebagainya. Walaupun tepung jagung adalah makanan, pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan anda terlalu kenyang, mengganggu sistem penghadaman dan menyekat selera anda untuk mengambil makanan berkhasiat. Mengidam benda yang bukan makanan atau “pica” pula harus dielakkan kerana ia mungkin akan memudaratkan bayi dan ibunya. Jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk mengambil sesuatu yang pelik atau bukan makanan, berjumpalah doktor untuk langkah seterusnya.




Ada jugak yang sampai mengidam ini...tak kira sapa yang jual.Camne tu...


Cuba elakkan daripada mengambil makanan yang disenaraikan di bawah walaupun setinggi mana keinginan anda untuk memakannnya kerana ia boleh memudaratkan kandungan anda:

1. Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna ( sushi, telur kampong mentah, rare @ medium steak).

2. Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur ( Mexican cheese, unpasteurised milk)
Jus buah atau sayur yang tidak dipasteur.

3.Teh herba

4 Alkohol

Mengidam sebenarnya tidak akan mendatangkan masalah selagi ibu mengandung mengambil diet yang seimbang. Walau bagaimana pun, berhati-hati jika  menggemari makanan yang berkalori tinggi seperti makanan manis dan berlemak kerana ia akan meningkatkan risiko kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung.


Cara untuk mengatasi mengidam semasa mengandung adalah seperti di bawah:

Jadikan pemakanan anda seimbang apabila anda mengidamkan makanan yang tinggi kalori. Contohnya, lebihkan aneka buah-buahan dalam ais krim anda supaya seimbang nutriennya.

Fokuskan pemakanan anda pada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt dan oat meal bar.
Jika  mengidam makanan yang tinggi kalori, beli saiz yang lebih kecil supaya mengelakkan pemakanan yang berlebihan.

Jika mengidam ‘menguasai’ hidup anda, cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama suami dan menonton wayang.

Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak jatuh yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Cuba makan makanan seimbang 6 kali sehari.

Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.

Ambil makanan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.

Sokongan moral amat penting kerana emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, sedangkan pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung.Yang ni aku tak pasti...mungkin ya mungkin tidak...


Aku sendiri berpendapat mengidam ni sebenarnya adalah salah satu luahan emosi secara halus oleh ibu hamil kerana setiap ibu mengalami pengalaman yang berbeza di antara satu sama lain malah mungkin juga kesukaran yang berlainan pada setiap kehamilan.Sudah semestinya setiap ibu mahukan orang yang rapat dengannya terutama suami dan keluarga terdekat memberi lebih perhatian kepadanya sepanjang waktu kehamilan sehinggalah saat melahirkan.


Kehamilan pertama dan kedua ketika aku masih tinggal di negeri kelahiranku sendiri dan dekat dengan keluarga tetapi apabila aku berpindah jauh ke negeri lain dan berjauhan dari keluarga pada kehamilan berikutnya menyebabkan perasaan rindu itu diterjemahkan secara tidak langsung kepada mengidam...hmm...mungkin jugak.Tapi itu aku.Ibu2 lain tak pasti pulak dan tak berani rasanya aku membuat kesimpulan sendiri... 



Sunday, 27 October 2013

Rupa2nyer si comel itu...

16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI




dah nama baby...kejer lain takde...tido,tido and tido...



1... tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2... tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3... mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. ..empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5.... mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6...mempunyai penglihatan yang kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7...rambutnya   yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8...secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9... mempunyai deria rasa yang masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10...ada jantung yang berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11...bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12... berat badannya bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13.. apabila mendengar muzik klasikal boleh menambah kepintarannya  apabila dewasa.

14...tidur 15-20 jam sehari.

15... cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16... mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.




tapi tetap comel..kannnn...




abih tu kalau yang kuat tido tu boleh dipanggil baby laa?Owh tidak...



Thursday, 24 October 2013

Zon Bahaya


Jom Kira Waktu Subur....

1. Kiraan Waktu Subur Bagi Wanita Haid Teratur

Majoriti wanita mempunyai kitaran haid 28 hari. Perkara pertama yang harus dilakukan ialah catat jadual haid anda. Pertengahan waktu subur ialah hari ke- 14 ( 28:2) Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur, waktu suburnya akan berlangsung selama 14 - 3 /14 + 3. Ini bermaksud masa subur 3 hari sebelum hari ke 14 iaitu hari ke-11 (14-3) dan 3 hari setelah hari ke-14 ialah hari ke-17 (14+3).Oleh itu, masa subur berlangsung pada hari ke-11 sampai hari ke-17(7 hari) dari satu kitaran haid yang normal.

Contoh : Seorang wanita yang datang bulan pada tanggal 1, maka masa suburnya ialah pada tanggal 11 (14-3) sampai tanggal 17 (14 + 3) pada bulan tersebut.

Note : Masa Subur ialah masa terbaik untuk terjadinya persenyawaan. Oleh itu, di luar masa subur juga  tidak menutup kemungkinan untuk wanita boleh hamil. Apatah lagi dalam keadaan kitaran pertama, sperma mampu bertahan selama tujuh hari di dalam rahim wanita.

P/s : software yang saya guna untuk catat waktu subur. 



 



2. Bagi kitaran haid yang tidak teratur

Bagi wanita yang mepunyai kitaran haid yang tidak teratur, perkara pertama yang harus dicatat ialah panjang kitaran haid iaitu sekurang-kurangnya 6 kitaran.

Senaraikan 6 kitaran haid dan ambil kitaran haid terpanjang dan kitaran haid yang terpendek.Kitaran terpanjang dikurangkan dengan 11 manakala kitaran haid yang terpendek kurangkan dengan 8, maka diperolehi hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Misalnya,kitaran haid panjang 31 hari manakala kitaran haid pendek biasanya kurang dari 26 hari. Maka masa subur = 31-11 = 20 dan 26-8 = 18. Oleh itu masa subur berlangsung pada hari ke 18 sampai hari ke-20.

Rumusan :

Hari pertama masa subur = jumlah kitaran pendek -8
Hari pertama masa subur = jumlah kitaran terpanjang -11

Bagi wanita yang haidnya tidak teratur(kitaran kurang dari 28 hari), maka masa subur dikira dari jadual menstruasi yang akan datang.

Jika kitaran haid anda tidak teratur, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk mencari penyebab dan melakukan rawatan agar dapat diketahui masa suburnya.





Photo: Sambungan...Kiraan masa subur untuk haid tidak teratur

2. Bagi kitaran haid yang tidak teratur

Bagi wanita yang mepunyai kitaran haid yang tidak teratur, perkara pertaa yang harus dicatat ialah panjang kitaran haid iaitu sekurang-kurangnya 6 kitaran.

Senaraikan 6 kitaran haid dan ambil kitaran haid terpanjang dan kitaaran haid yang terpendek.Kitaran terpanjang dikurangkan dengan 11 manakala kitaran haid yang terpendek kurangkan dengan 8, maka diperolehi hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Misalnya,kitaran haid panjang 31 hari manakala kitaran haid pendek biasanya kurang dari 26 hari. Maka masa subur = 31-11 = 20 dan 26-8 = 18. Oleh itu masa subur berlansung pada hari ke 18 sampai hari ke-20.

Rumusan :

Hari pertama masa subur = jumlah kitaran pendek -8
Hari pertama masa subur = jumlah kitaran terpanjang -11

Bagi wanita yang haidnya tidak teratur(kitaran kurang dari 28 hari), maka masa subur dikira dari jadual menstruasi yang akan datang. 

Jikaa kitaran haid anta tidak teratu, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk mencari penyebab dan melakukan rawatan agar dapat diketahui masa suburnya.
pening jugak nak kira ni ...hu hu hu... terpaksa...avoid accident!




Monday, 21 October 2013

Rehatkan minda...tenangkan hati...

Ciptaan Allah paling indah




hai...



wekkkk....




tidor dah...syyyy





lenanya dia tidor...








mimpi yang indah2...







uittt...hisap jari...






sedapnyer...





puting pulak...hmm





geng la kita...






opppps...jaga dah...cakkk!





setenang air di lautan...







...kau ilhamku...