Kenangan bersamamu kasih Seumpama mimpi di dalam mimpi Terasa engkau di sisi Menemaniku saban hari Pabila kupejamkan mata Akan terasa hangatnya asmara Walaupun sekian lama Telah terpadam cinta kita Luka yang tak terasa Mengalir darah yang tak berwarna Bagai jeritan tanpa Suara Tangisan dalam ketawa Sedu sedan menjadi syair cinta Terasa ingin ku sentuh Bayanganmu Walau hanya seketika cuma Agar hilang rindu dan dahaga Agar pulih semangat kasih dan mesra Seperti baru kenal cinta Kenangan bersamamu kasih Membakar gedung fikiranku kini Terasa hidupku ini Umpama mimpi dalam mimpi
Berhantu jugak lagu ni masa zamannya sedang memuncak~zaman rock kapak laa...layannnnzz je...sesekali..he he...
1.
Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan
(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak
sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4.
Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang
kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8.
Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,
dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22.
Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap
kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan
suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di
dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan
tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat
cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan
dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27.
Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin
lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28.
Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan
mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan
yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
Alhamdulillah kalau cantik....segalanya milik Allah yang dipinjamkan buat sementara...
• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari jerrrr.
• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.
• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…
• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin… • Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.
• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…
• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..
Antara sebab sebab lelaki memasak: • Malas nak pegi kedai • Hampir hampir pokai • Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired • Mental theraphy • Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan • Buang tebiat…
Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki.. betul x??
Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni! Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke? Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Kalau
perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi
satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku
adil. Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil,
aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.