Sunday, 28 July 2013

Tanda malam lailatulqadar

Sepuluh malam terakhir merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.
Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t


malam lailatul qadar tanda malam lailatul qadar


Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar

Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya,
Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu

Pendapat Ulama – Malam LailatulQadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan

Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu

Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :

  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21

Sebagai kesimpulannnya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini.

Wallahualam

 

Thursday, 25 July 2013

Shhh..She's Got a Little Secret!

Rahsia Isteri Menawan 

 



Queen yang bermaksud RATU diadun menggunakan herba-herba mewah dan terpilih khusus bagi membantu menyelesaikan berbagai masalah dalaman dan luaran wanita. U-Queen adalah minuman kesihatan yang kaya dengan nilai khasiat,vitamin dan bahan-bahan antiseptik untuk merawat dan memelihara kesihatan tubuh wanita secara total.

U-Queen Berkesan Untuk :
- membekalkan tenaga luaran dan dalaman
- membantu mengatasi masalah keputihan dan sengugut
- membantu menguat dan merapatkan otot vagina
- membantu mengatasi masalah faraj longgar dan berair
- membantu mengencang payudara
- membantu mengangkat punggung
- membantu menaikkan seri pada wajah dan awet muda
- membantu melewatkan menopause
- membantu mengeratkan hubungan suami isteri
- membantu mengecutkan fibroid, cysts dan endometriosis
- membantu melancar / membersih darah serta peranakan.
- membantu membuang toksin, lemak dan angin dari badan
- membantu mengatasi masalah berat badan
- membantu mencerahkan kulit dari dalam





Di antara Bahan-Bahan Utama U-Queen:

1.    Betel Piper / Sireh:
Daun sireh atau ‘Piper Betle’ mengandungi bahan-bahan aktif seperti Flavornoid dan Polyphenol yang boleh menegangkan kulit dan mengelakkan kedut-kedut di muka yakni membawa kesan awet muda. Khasiat astrigen dan antiseptic daun sireh pula berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan membunuh kuman. Ia juga membantu menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina serta mengatasi masalah keputihan.
Sireh juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.
2.    Lycium Barbarum / Goji:
Selain antioksida, buah goji juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis bahan mineral seperti zink, germanium dan protein serta vitamin B1, B2, B6 malah vitamin E dalam sebiji buah goji adalah bersamaan dengan 500 biji buah oren.
Antara khasiat Goji adalah memanjangkan usia, menghalang diri daripada tua sebelum masanya menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), ‘hormon remaja” Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat. Goji mengurangkan risiko kanser Goji mengurangkan kolestrol Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual Goji membantu mengurangkan berat badan.

3.    Nigella Sativa / Habbatus Sauda:
Nigella Sativa atau Habatus Sauda digunakan untuk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat. Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM(biological response modifier) yakni ia mampu menghalang pertumbuhan kanser. Ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.

4.    Labisia Pumilia / Kacip Fatimah:
Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina mengandungi elemen antioxidan dan phytoestrogen yang mana ia mampu mencegah pembiakkan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan.
Kacip Fatimah juga membantu wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk pukul angin dan cirit-birit.

5.    Buah Manjakani:
Antara khasiat manjakani yang diketahui umum ialah ia dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita. Manjakani juga sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. Ia dapat mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga. SIfat antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.

6.    Betik:
Betik kaya dengan pelbagai nutrien antioksida. Khasiat dan nutrien yang terkandung di dalam betik seperti karotena, vitamin B dan C, flavonoid, potasium, magnesium serta serat dipercayai dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit. Selain kandungan nutrien-nutrien tersebut buah ini juga mempunyai banyak kompaun aktif biologi seperti kimopapain dan papain yang berkemampuan membantu sistem pencernaan manusia. Keunikan betik yang mempunyai papain telah melabelkan nya sebagai antiseptik terbaik yang pernah ditemui di dunia.

7.    Psyllium Husk:
Psyllium husk merupakan Serat semulajadi bertindak sebagai laksatif (laxative) pembersih usus. Ia dikenali secara universal sebagai sumber utama diet fiber. Ia juga merupakan rawatan untuk kegemukan dan makan berlebihan dengan menyebabkan kita merasa kenyang sentiasa. Ia memainkan peranan untuk menseimbangkan kandungan gula dalam badan dan merawat hypoglycemia, hemorrhoids, dan kencing manis dan mengawal berat badan. Psyllium husk telah lama dikenali berpotensi untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.

8.    Puerira Mirifica / Ubi Bidadari Putih:
Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara dan punggung. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon.
Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara.

9.    Hibiscus Sadarifa / Rosselle:
Roselle merupakan sumber utama vitamin C dan kandungannya 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau citrus. Pengambilan roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas. Roselle menjadikan wajah muda dan berseri. Roselle juga membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekali gus mengelak terjadinya penyakit tekanan darah tinggi. Roselle turut membantu mengawal stress dan mengatasi masalah sukar tidur.

10.   Acerola Cherry:
Buah Ceri Acerola ini mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi serta kaya dengan vitamin dan mineral. Didalam buah tersebut ada lebih 150 jenis unsur-unsur nutrient.
Selain itu, ia juga mempunyai kandungan anti-fungus yang kuat serta mempunyai keupayaan untuk merendahkan tahap kolesterol. Bukan ini sahaja, buah ceri ini juga mempunyai keupayaan menentang proses penuaan sel-sel badan, membantu menghidratkan kulit & mempergiatkan fungsi kapilari.

11.   Tamarindus Indica / Asam Jawa:
Manfaat asam Jawa antara lain untuk menyembuhkan asma, menyembuhkan batuk, demam, reumatik (nyeri sendi), nyeri haid, alergi, sariawan dan menurunkan berat badan.

12.   L-Glutathione:
Glutathione berperanan untuk menukarkan eumelanine atau pigmentasi gelap kepada phaeomelanin atau pigment yang lebih cerah. Eumelanin yang menyebabkan kulit gelap terjadi secara semulajadi, glutathione yang berkualiti pula berperanan menukarkannya kepada phaeomelanin yang membuatkan kulit lebih cerah hari demi hari. Ia diperlukan dalam pemecahan lemak oxidized dan dalam metabolism karbohidrat. Jika glutathione dalam badan tidak mencukupi keperluan, sel akan cepat mati dan membuatkan sesetengah orang kelihatan lebih tua dari usia dan terdedah kepada toksin yang boleh menyebabkan kanser.
Ia juga berperanan sebagai anti-toksin yang menghalang radikal bebas didalam tubuh. Glutathione bertugas untuk memproses toksin di dalam badan agar dapat dikumuhkan dengan mudah dari badan.

13.   Guarana:
Guarana amat berkhasiat kerana ia mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat galian dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Zat –zatnya mudah diserap oleh sel-sel badan dan dapat membantu memulihkan struktur sel badan kita, memelihara organ-organ badan dengan baik dan seterusnya membantu kita awet muda dan hidup hingga berusia lanjut.
Guarana berkesan dalam menguatkan fungsi kencing, perut dan usus, menurunkan kepanasan badan, memperbaiki system penghadaman dan struktur tisu organ dalaman, meningkat proses metabolisme dan serapan khasiat oleh badan serta merangsangkan keupayaan seks.

14.   Honey Bee:
Madu mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 serta tembaga, sodium dan zink, juga beberapa jenis hormon. Ia kaya bahan anti oksidan yang menghalang radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser.
Madu terkenal sebagai sumber tenaga asli bagi tubuh. Ia meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan, membunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa. Madu juga mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan.

15.   Tomato:
Tomato mengandungi asid folik, asid panthotenik, biotin, vitamin K dan vitamin E. Asid utama yang terdapat pada tomato dan menyebabkan ia mempunyai rasa masam ialah asid sitrik. Karetenod, B-karotin dan licopin pula menentukan warna pada tomato. Alkohol yang diektstrak dari tomato mempunyai ciri-ciri penahan sakit dan mengurangkan tekanan.
Tomato mampu menjadi agen untuk anti penuaan dan mengembalikan keserian kulit terutamanya pada muka.

16.   Nanas:
Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera disamping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.
Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Enzim Bromelin di dalam nenas juga membantu mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

17.   Kolagen Marin:
Kolagen Marin adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan kolagen yang hilang dari badan. Ia membantu memperbaiki tekstur kulit dari dalam (menghaluskan dan mencerahkan kulit, mengurangkan parut, menghilangkan garis kedutan, menganjalkan kulit badan), menaikkan seri wajah agar kelihatan lebih muda, dan menegangkan payudara. Ia juga berkesan untuk menangani masalah rambut, kuku, dan gigi, disamping menjaga kesihatan ligamen, tulang dan sendi dengan menghalang atritis dan osteoporosis.

Dengan U-Queen, anda pasti dapat melihat perubahan diri anda dan dapat memikat dan menambat hati suami anda. Anda juga dapat melihat reaksi orang lain terhadap bentuk tubuh badan anda, terutama suami anda. Hubungan mesra antara anda dengan suami akan menjadi lebih bermakna dengan U-Queen.
Malahan tanpa anda sedari ia sedikit sebanyak mempengaruhi segala aspek kehidupan anda
  • Perasaan anda bila berhadapan dengan cermin, bentuk badan yang kurang menarik…
  • Perasaan anda bila berhadapan dengan orang yang lebih lawa, kalau lah aku boleh jadi lebih lawa atau lawa macm dia…
  • Mata suami melilau ke arah perempuan lain dan anda tertanya-tanya adakah aku tidak cukup lawa?
Cara Penyediaannya:
  • Tuangkan kandungan satu sachet U-Queen (25g) ke dalam segelas air suam (40°C – 60°C)  sebanyak 150ml
  • Kacau hingga sebati dan sedia untuk diminum
  • Dicadangkan diambil satu jam selepas makan pada waktu malam
Cara Penyimpanan:
  • Simpan ditempat dingin dan kering di bawah suhu tidak melebihi 30C
  • Jauhkan dari kanak-kanak





 

 

Testimoni u-queen 

 

 




Lynn, Putrajaya (36 tahun).
Sebelum ini saya pernah mencuba beberapa minuman herba dan kolagen yang berada di pasaran untuk kelihatan muda dan bertenaga, tapi semuanya tidak menjadi. Malahan ia menimbulkan  alahan pada kulit saya dan saya masih kekal tidak bermaya. Selepas mengambil u-queen kulit saya menjadi lebih bersih, cerah dan berseri dan saya rasa lebih bertenaga dari biasa. Suami juga menegur bentuk badan saya yang semakin menawan dan pejal. Pada saya, hanya U-Queen pilihan saya. Terima kasih U-Queen.





Norhayati Ariffin (45 tahun). 
Dengan usia yang semakin meningkat, saya cepat terasa penat dan tertekan. Wajah pula kelihatan kusam, kering dan tidak bermaya. Berat badan mudah naik walau pun tidak mengambil makanan berat. Selepas seminggu mengambil U-Queen, saya merasa lebih bertenaga dan tidak lagi tertekan. Badan terasa ringan dan berat badan menurun sebanyak 2kg. Kulit wajah semakin lembab dan warna kulit muka menjadi sekata. Kulit wajah menjadi semakin berseri dan kemerah-merahan. Wajah kusam dan kering kini tiada lagi! Ramai kawan-kawan berkata bahawa saya kelihatan lebih muda dari usia! 




Norzinani, Selayang (35 tahun).
Saya menghadapi masalah berat badan yang tidak seimbang dengan ketinggian saya. Haid saya juga tidak teratur selepas mengambil pil perancang keluarga. Ini mengakibatkan saya cepat penat dan lesu, malahan cepat marah dan sensitif. Selepas sebulan mengambil U-Queen, berat badan turun sebanyak 4 kg dan badan menjadi cergas. Emosi semakin stabil dan tenang. Suami juga memuji kulit saya yang kelihatan bersih, cerah dan berseri. Hubungan suami isteri juga menjadi semakin intim. Saya pasti selepas ini haid saya akan kembali teratur. U-Queen memang pilihan tepat untuk wanita!




Nor Hana (51 tahun).
Saya telah diperkenalkan kepada U-Queen oleh adik saya. Selepas mengambil U-Queen selama 10 hari, berat badan saya turun kepada 72kg dan perut terasa kempis dan badan semakin ringan. Saya juga semakin cergas dan tidak lagi kepenatan seperti dulu. Payudara pula menjadi mengkal. Yang paling best, bila bersama, suami kata mcm anak dara dan saya sendiri terasa ‘kembali muda’  Untuk U-Queen : THUMBS UP!




 
 Sabrina Binti Hj Harun, Rawang (37 tahun).
Saya menghidapi penyakit endometriosis dan telah menjalani pembedahan pada tahun 2007. Ekoran dari itu saya tidak boleh membuat kerja berat , sering keguguran serta sakit pinggang. Dua bulan lepas, setiap kali period, saya mengalami kesakitan yang amat sangat. saya merasakan penyakit endometriosis saya berulang semula kerana doktor pakar yang merawat saya mengatakan bahawa endometriosis boleh berulang walau setelah di buat pembedahan. Saya tidak mahu membuat pembedahan kali kedua lalu mencari alternatif lain dengan mencuba produk kesihatan yang banyak di pasaran. Pelbagai produk telah saya cuba walau mahal harganya, namun kesannya tidak seberapa sehinggalah pada suatu hari saya terbaca dalam akhbar harian metro mengenai produk ini. Saya tertarik untuk mencuba setelah meneliti kandungan bahan dalam produk ini selain harganya yang lebih murah berbanding produk lain.

Setelah seminggu saya mencuba produk ini, saya dapati ia memberi kesan yang sangat baik; badan rasa ringan, lebih bertenaga, tidur lena, melawaskan , berat badan pun berkurangan 2 kg dan period saya kembali normal dengan tiada kesakitan sebagaimana dua bulan lepas. Apa yang menakjubkan adalah sakit pinggang yang saya deritai bertahun-tahun lamanya akibat penyakit endomeriosis dan sering keguguran hilang dengan sekelip mata. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah kerana dipertemukan dengan produk keluaran bumiputra yang bertaraf antarabangsa ini. Nasihat saya semua kaum wanita patut menjadikan produk ini sebagai makanan tambahan untuk kesejahteraan keluarga yang disayangi. Dengan u-queen anda pasti jadi "ratu".



AMARAN: 
WANITA MENGANDUNG, PERIOD DAN WANITA DALAM PANTANG DILARANG MENGGUNAKANNYA.


 


Shhh...it's my secret too...

Wednesday, 24 July 2013

Kita serupa....tapi berbeza?

Rumahtangga Dan Keluarga Muslim


















Beza Antara Lelaki & Wanita
--------------------------------


Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

------------------------------
---------

Wanita

- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
- Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Menerima pusaka kurang dari lelaki.
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... Sayangnya ALLAH pada wanita ....

Tuesday, 23 July 2013

Friday, 19 July 2013

BerGalaxylah pulak...

Samsung Galaxy Grand -belasah je lah...


[Update 7-Mac-2013] Samsung Galaxy Grand telah masuk ke pasaran tempatan pada harga RM 1,299 seunit.

Samsung hari ini mengumumkan siri Galaxy terbaru mereka, Samsung Galaxy Grand. Jika kebiasaannya, skrin besar atau phablet (phone + tablet) dikaitkan dengan hardware high-end seperti Galaxy Note II, tetapi Galaxy Grand hadir dikalangan smartphone mid-range.

Menggunakan skrin besar bersaiz 5 inci dengan resolusi WVGA, bermakna pixel nya agak besar iaitu 187 pixel per inci. Selain itu, ia dikuasakan oleh processor 1.2GHz dual-core bersama 1GB RAM. Kamera utama 8 megapixel mampu mengambil video 1080p dan kemara depan dengan sensor 2 megapixel untuk video chat. Untuk menyimpan data, Galaxy Grand menawarkan storage 8GB dengan slot micro SD untuk storage tambahan sehingga 32GB. Fungsi-fungsi lain seperti Bluetooth 4.0, wifi, GPS, accelerometer, compass, dan sensor gyroscopic.

Samsung Galaxy Grand akan dijual dalam 2 varian, I9080 untuk versi 1 kad SIM dan I9082 untuk versi 2 kad SIM. Dengan OS Android Jelly Bean, Galaxy Grand menggunakan kelebihan skrin besarnya dengan menawarkan Multi Window, fungsi yang sebelum ini hanya terdapat pada Note, Note 2 dan S III untuk memaparkan 2 apps dalam 1 skrin. Smartphone ini juga dilengkapkan dengan apps Samsung seperti Direct Call, Popup Video, Smart Alert, dan S-Voice.

Selain dari skrin besar bersaiz 5 inci dan storage 8GB, spec Galaxy Grand seakan-akan sama seperti Galaxy S II. Kemungkinan besar harganya akan berada di lingkungan harga RM1500.

 



ha ha ha...satu apa pun aku tak faham benda2 kat atas tu...cuma yang aku tau skrin dia besar..best...sesuai untuk orang yang rabun tapi liat nak pakai cermin mata macam aku.Lagipun rasa nak try Samsung pulak lah setelah sekian lama setia dengan Nokia.Huh...Nokia aku tu bukannya rosakpun cuma ...saja gatal...hi hi...nak tunggu Nokia tu rosak baru tukar phone baru jawabnya sampai bertanduklah...eh!Yelah...dah tiga telefon Nokia aku guna sebelum ni rupa2nya...satupun tak ada yang rosak.Cuma...ada yang hilang entah ke mana aku tak tau...kena kebas pun ada...nak tergelak bila teringat masa beli Nokia yang latest tu...rupanya simcard aku tupun dah terbelah dua...he he...alah membeli menang memakai betul...

Actually masa on the way ke kedai phone tu kat kepala otak aku ni dah terbayang Galaxy S3...Galaxy S3...masa tu Galaxy  S4 baru keluar tapi fuhhh...2 ribu lebih beb...hish...tak mampulah aku...rasa mcm tak berbaloi je dengan keperluan aku.Apalah sangat yang aku boleh buat dengan supersmartphone mcm tu...kalau setakat call...sms...mms...tupun suami aku selalu komplen sbb selalu call dia aku tak layan...he he...sorry bang...handphone dalam handbag...tak dengarlah...

Tapi bila dah sampai kat kedai phone City Plaza tu apa yang dah ada kat kepala otak aku ni tiba2 terbang entah ke mana.Sebabnya...mata aku ni asyik mengintai phone Galaxy jenis lain pulak masa suami aku tengah sembang dengan adik jurujual kat kedai tu.Yang ni lebih besar...best kot...nama pun Grand...mesti grand...nak yang nilah...

ha ha ha...tulah aku...fikiran dan pilihan aku ni boleh berubah serta merta dalam keadaan dan persekitaran tertentu walaupun aku ni jenis yang setia sebenarnya...boleh caya ke?Last2 Galaxy Grand nilah yang aku bawa balik...duos...dual sim?Nak buat apa ek sampai dua sim...mungkin ada gunanya nanti...

La ni dah lebih sebulan aku usung phone ni tapi kecekapan aku guna semua aplikasi yang canggihlah kononnya amatlah menyedihkan...tak sempatlah nak explore semuanya.Yang sempat aku belek...alamak banyaknya game...aku bukan jenis gila game malah game2 dalam semua handphone yang aku guna sebelum nipun tak pernah aku sentuh...daripada aku layan game lebih baik aku update blog aku kat lappy...boleh jugak aku baca balik bila2 aku free...pelan2 lah kan...cuma yang pastinya suami aku tetap komplen even aku dah tukar ke handphone yang kononnya lebih canggih nih...sebabnya...he he...aku lupa nak aktifkan wifi...sudahnya 5 sms Viber  yang dia hantar semalam  baru hari ni masuk kat handphone aku...sapa yang tak sakit jiwa eh...sorry....





Ni lah rupa Galaxy Grand tu...





Sebiji macam aku punya tuh...hi hi
 

Berapa kerat jer yang sedar...


kisah buat suami biar reti baser sikit..ingat bini kuli ke hoii

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam

LIke N Share


kisah buat suami biar reti baser sikit..ingat bini kuli ke hoii

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gu
lai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam



...masalahnya masih ramai lagi yang tak sedar...ego pulak tu...tulah dulu suruh pi sekolah agama ponteng memanjang...

Suatu keajaiban...ambil kisah sebelum parah

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan
memberi beberapa maksud tertentu.
Kebanyakan orang salah faham akan perkara
ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda
memahaminya. Info di bawah ini antara info
yang terbaik.


Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan
berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan
diri anda kerana informasi ini cukup bagus
sebagai bahan rujukkan.
 Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepatlah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi
paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah
menandakan badan kita sedang dalam proses
pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada
waktu pagi. Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.
 
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah,
pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga
menunjukkan badan mengandungi asid
berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang
bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan
perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan
yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat
dengan paru-paru dan kerongkong).


a) Selesema : Proses pembuangan toksin di
bahagian kerongkong. Badan mengandungi
asid berlebihan (biasanya suhu badan
meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi
toksin yang berlebihan. Proses
menyeimbangkan masalah alahan hidung.

b) Bersin

i) Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan
hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang
toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi
toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat
keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku
pada orang yang banyak merokok atau
terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin
sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah
tanda bahawa badan kita memerlukan banyak
air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras
keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem
penghadaman)

a) Bibir pucat

i) Sistem penghadaman yang lemah.

ii) Perut mengandungi angin.

iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem
penghadaman yang kurang sempurna dan
mengakibatkan kekurangan zat besi.

Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman
dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi
banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi
jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah,
seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi
lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain
lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-
pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi
asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan
fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang
mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah
pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki
terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu
hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan
asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin
melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan
toksin yang berlemak dan toksin yang tidak
larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses
menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu
banyak memakan ubat yang mengandungi
bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses
pembuangan toksin yang larut dalam
air.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah
pinggang yang lemah. Selepas proses gugur,
rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat
dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di
bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda
penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh
(rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan
saluran darah telah menjadi keras dan fungsi
metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di
bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-
tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa
kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan
kekal di sana, ini menandakan serangan sakit
jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian
bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah
pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan
fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat
lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk
(Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas
yang berlaku di bahagian kepala mempunyai
kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung
dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis)
akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG
KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit
tekanan darah tinggi.

b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan
penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan
darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI
TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda
pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-
kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda
kurang darah atau pengaliran darah tidak
lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.
Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah
rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah
rosak di bahagian perut; misalnya penyakit
ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda
sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses
pembuangan toksin dari kerongkong akibat
jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah
pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan
penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan
buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
Menandakan proses pembuangan toksin sedang
berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu
karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus
besar. 

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus
kecil.

c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau
barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan
proses pembuangan toksin di bahagian usus
sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala
kesakitan badan adalah disebabkan saluran
darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan
urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam
badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan
urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ
badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan
pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .
Badan mengandungi asid yang berlebihan.
Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan
mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air
untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan
badan segar dan proses awet muda sedang
berlaku


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi
buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati
lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-
paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA
SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem
penghadaman yang lemah.


Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis
 
 
...cukup risau dengan no.24...andai rasa seronok dengan tiba2...bahaya tuh!