Menghilangkan demam campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi
minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh
dicampur dengan air).
Karipap lebih rangup
Ramai suri
rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras.
Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama
tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan
minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan
tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan
rangup dan enak.
Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji
kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang
hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda
tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca
serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air
bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh
direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.
Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita.
Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi
kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan
tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu
akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi
cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan
terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin
memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan
mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan
sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan
terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya
ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau
panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan
berulang kali sehingga berasa selesa.
Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik,
bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang
kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut
hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini
dapat mengatasi demam anak.
Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa
keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak
gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa
menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi
direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan
masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat
kegatalan.
Mempercepatkan pembekuan agar-agar
Puding
sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya.
Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti
sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya.
Pasti hasilnya amat memuaskan.
Mengelak kain batik daripada luntur
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar,
eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak
baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama
air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam
semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain
itu tidak akan luntur lagi.
Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa
dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian
sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah
petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah
sebu perut.
Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada
panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba
petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada
tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.
Menghilangkan bau nasi hangit
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai
daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit –
tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan
pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air
panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu
itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak
lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.
Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku
pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil
sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg
berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.
Kacang hijau cepat empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam
periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada
banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan
setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah
masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.
Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik?
Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya.
Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur
dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya
bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua
ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.
(Sumber:Selangor2u.com)