Saturday, 20 April 2013

Aku Anak Felda

Ni senarai felda2 di johor. So sape yg duduk kat felda ??? Felda mana ?
Yang ni aku copy paste dari Fb SOJ kat atas tu.Laa...ye ke semua2 ni felda2 yang ada kat Johor  eh...hi hi...teruknya aku...sebab ada yang aku tak pernah dengar pun.Kat mana lagilah aku tak tau...Oh Johor negeri tanah tumpah darahku....
Saya duduk kat felda....Pemanis 2. 
Ni senarai felda2 di johor. So sape yg duduk kat felda ??? Felda mana ??

-rj-

Friday, 19 April 2013

Thursday, 18 April 2013

Sekadar renungan

Psikologist mengatakan:

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa
terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
yang langsung tidak lucu dan kelihatan
bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia
org yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
dalam berbicara, bermakna dia menyimpan
seribu rahsia.


4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
airmata, dia seorang yg lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda
yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati
lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun
perkara sekecil kuman, itu bermakna dia
perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain,
selepas kita memahami diri kita sendiri.
Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit
kebenarannya disitu....
Yang kuning tu akule....hi hi

Oh Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )

Ibu...

 

Padaku inilah lagu rock terhebat...

Doa Memperbaiki Diri

Jom amal

Monday, 15 April 2013

Permata Hati


Permata hatiku...jantungku...nyawaku....kalian segala2nya buatku...
Fikri-Fatin-Fatiha-Farah....and..Fuad....hi hi...aku kat mana eh...sebab tak 'F'...but my little princess Farah said...Mama tak F lah sebab bukan anak abah pun...ha ha ha...pandai....
Sekelip mata kurasakan putera puteriku sudah menginjak usia dewasa...masakan tidak...dua puteri dan putera tunggalku kini menetap di asrama...berdikari menjalani dunia persekolahan masing2...Kakak,puteri sulung kini di KISAS sementara puteri kedua dan puteraku di SMKA Yan.Sebelum diterima masuk ke KISAS,Kakak juga warga SMKA Yan dan merupakan antara 8 pelajar cemerlang PMR sekolah itu yang bertuah dapat menjejakkan kaki ke KISAS,sekolah berprestij idaman pelajar aliran agama.
Mengapa semua putera puteriku dihantar ke sekolah beraliran agama dan menetap pula di asrama pada usia yang muda? 
Selalu kami diajukan persoalan sebegini...dalam menentukan pendidikan terbaik untuk anak2...aku sependapat dengan suami.Harus seimbang dunia dan akhirat...harus berdikari bagi membina jati diri.SMKA Yan,antara sekolah rebutan ibu bapa di Kedah atas rekodnya pernah melahirkan pelajar paling cemerlang SPM 20 A1 yang belum terpecah lagi setakat ini pada peringkat kebangsaan.Bukan mudah mendapat tempat di sekolah ini.Alhamdulillah ketiga2 putera dan puteriku diizinkan Allah menimba ilmu dunia dan akhirat di sini...kuberharap puteri bungsuku Farah juga bertuah untuk melanjutkan pengajiannya di sini...Insya Allah...
 Fatiha Maisarah...puteri sulungku lahir 16 tahun yang lalu sewaktu kami menetap di Skudai,Johor.Zaman kecilnya bagaikan 'puteri duyung ' yang membesar dengan linangan air mata.Aku dan suami benar2 diuji dengan tingkah lakunya yang sukar diduga...menangis..menangis...dan menangis...itulah senjatanya setiap hari sehingga mati akal kami untuk memahami kemahuan dan kehendak sebenar puteri ini sehingga seringkali menimbulkan perselisihan kami suami isteri.Namun ujian Yang Maha Esa itu rupa2nya adalah anugerah terindah buat kami.Ternyata puteri ini sentiasa menggenggam kecemerlangan dalam semua bidang sebaik sahaja memulakan alam persekolahannya.Baginya tiada apa yang mustahil...semua beres...

 Fatin Amira...puteri kedua...juga lahir di Johor Bahru 14 tahun yang lalu...penuh dengan ciri2 kewanitaan  sejati...lemah lembut dan amat tenang.Ibarat pancuran air dalam cuaca panas yang amat terik,puteri inilah penawar jiwa penyejuk hati tatkala amarahku tiba2 meluap2.Namun adakalanya jiwa yang lembut itu bertukar sekeras batu...empat bulan memberontak membantah tindakan kami menghantarnya tinggal di asrama dan enggan meneruskan pengajian di sekolah beraliran agama.Namun Alhamdulillah...puteri ini akhirnya mengerti dan memahami niat suci kami.

 Fikri Haziq...putera tunggalku...satu2nya anak yang lahir di Kedah...13 tahun yang lalu.Juga mengikut jejak kakak2nya meneruskan pengajian ke sekolah beraliran agama.Buah hati abahnya...tapi seperti tidak mewarisi ciri2 abahnya langsung.Seperti langit dengan bumi kedua beranak ini...berbeza personaliti dan citarasa...

Farah Nur Irdina...puteri bungsu...lahir 8 tahun yang lalu.Lahir dengan paras yang sangat comel dan menjadi pujaan staff wad bersalin Hospital Segamat,tempat puteri ini dilahirkan.Namun aku masih trauma apabila mengingatkan saat2 mengandung dan melahirkannya.Penuh dengan ujian dan dugaan...namun antara aku dan suamiku ternyata dia lebih trauma...dan keberatan untuk aku melahirkan lagi...hmmm...
 

Sunday, 14 April 2013

Penawar Jiwa Penyejuk Hati

.
Yang penting ialah yakin dengan Allah SWT dan faham bahawa ayat tidak punya apa-apa yang memakbulkan itu Allah jua…
Kongsikan dan sebarkan sebab dengan ilmu yang disebarkan itu anda mungkin dimasukkan ke syurga. Amin.
Sumber:
~ Facebook Dr. Hj. Tengku Asmadi ~