Permata hatiku...jantungku...nyawaku....kalian segala2nya buatku...
Fikri-Fatin-Fatiha-Farah....and..Fuad....hi hi...aku kat mana eh...sebab tak 'F'...but my little princess Farah said...Mama tak F lah sebab bukan anak abah pun...ha ha ha...pandai....
Sekelip mata kurasakan putera puteriku sudah menginjak usia dewasa...masakan tidak...dua puteri dan putera tunggalku kini menetap di asrama...berdikari menjalani dunia persekolahan masing2...Kakak,puteri sulung kini di KISAS sementara puteri kedua dan puteraku di SMKA Yan.Sebelum diterima masuk ke KISAS,Kakak juga warga SMKA Yan dan merupakan antara 8 pelajar cemerlang PMR sekolah itu yang bertuah dapat menjejakkan kaki ke KISAS,sekolah berprestij idaman pelajar aliran agama.
Mengapa semua putera puteriku dihantar ke sekolah beraliran agama dan menetap pula di asrama pada usia yang muda?
Selalu kami diajukan persoalan sebegini...dalam menentukan pendidikan terbaik untuk anak2...aku sependapat dengan suami.Harus seimbang dunia dan akhirat...harus berdikari bagi membina jati diri.SMKA Yan,antara sekolah rebutan ibu bapa di Kedah atas rekodnya pernah melahirkan pelajar paling cemerlang SPM 20 A1 yang belum terpecah lagi setakat ini pada peringkat kebangsaan.Bukan mudah mendapat tempat di sekolah ini.Alhamdulillah ketiga2 putera dan puteriku diizinkan Allah menimba ilmu dunia dan akhirat di sini...kuberharap puteri bungsuku Farah juga bertuah untuk melanjutkan pengajiannya di sini...Insya Allah...
Fatiha Maisarah...puteri sulungku lahir 16 tahun yang lalu sewaktu kami menetap di Skudai,Johor.Zaman kecilnya bagaikan 'puteri duyung ' yang membesar dengan linangan air mata.Aku dan suami benar2 diuji dengan tingkah lakunya yang sukar diduga...menangis..menangis...dan menangis...itulah senjatanya setiap hari sehingga mati akal kami untuk memahami kemahuan dan kehendak sebenar puteri ini sehingga seringkali menimbulkan perselisihan kami suami isteri.Namun ujian Yang Maha Esa itu rupa2nya adalah anugerah terindah buat kami.Ternyata puteri ini sentiasa menggenggam kecemerlangan dalam semua bidang sebaik sahaja memulakan alam persekolahannya.Baginya tiada apa yang mustahil...semua beres...
Fatin Amira...puteri kedua...juga lahir di Johor Bahru 14 tahun yang lalu...penuh dengan ciri2 kewanitaan sejati...lemah lembut dan amat tenang.Ibarat pancuran air dalam cuaca panas yang amat terik,puteri inilah penawar jiwa penyejuk hati tatkala amarahku tiba2 meluap2.Namun adakalanya jiwa yang lembut itu bertukar sekeras batu...empat bulan memberontak membantah tindakan kami menghantarnya tinggal di asrama dan enggan meneruskan pengajian di sekolah beraliran agama.Namun Alhamdulillah...puteri ini akhirnya mengerti dan memahami niat suci kami.
Farah Nur Irdina...puteri bungsu...lahir 8 tahun yang lalu.Lahir dengan paras yang sangat comel dan menjadi pujaan staff wad bersalin Hospital Segamat,tempat puteri ini dilahirkan.Namun aku masih trauma apabila mengingatkan saat2 mengandung dan melahirkannya.Penuh dengan ujian dan dugaan...namun antara aku dan suamiku ternyata dia lebih trauma...dan keberatan untuk aku melahirkan lagi...hmmm...
No comments:
Post a Comment