Friday, 26 April 2013

Dahlia... lah pulak

Dahlia....rangkaian drama terbaru di Mustika HD 134...entah berapa puluh episod pulaklah kali ini selepas Sehangat Asmara dan yang telah mencetuskan fenomena Adam dan Hawa.Sejujur2nya aku kurang ghairah dengan dua2 drama  tu sbb ia adaptasi novel...biasalah cerita pun jadi macam kurang logik tapi Dahlia lain sikit.First time tengok dah rasa WOW!...ada kelainan lah drama ni...kena tengok ni...tapi tulah...mcm biasa... tengok episod 1,missed episod 2,tengok episod 3...tertidoq masa episod 4...hmm....tapi takper...bukan namanya ASTRO kalau tak ulang...dan ulang...dan ulang...tayang...hi hi hi....so jommm tengok....

Mengalah bukan bererti kalah


kadang2, anda perlu mengalah demi untuk menyelamatkan hubungan anda..

oleh @[498914383499029:274:Nikah Collection] (Jom Like)
Follow twitter nikah - https://twitter.com/SelepasNikah

kadang2, anda perlu mengalah demi menyelamatkan hubungan anda..
tapi kalau asyik mengalah memanjang pun lama2.. lelah...jugak...so berpada2lah...

Wednesday, 24 April 2013

Zikir harian



Amalan Zikir Harian

Amalan zikir membawa ketenangan hati . Zikir ini merupakan amalan Imam Ghazali, di bukakan barakah Ilahi mohon syafaat para Nabi .

ZIKIR HARI JUMAAT
YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH
"Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan meras kelazatan zikrullah"

ZIKIR HARI SABTU
LAA ILA HA ILLALLAH
"Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya"

ZIKIR HARI AHAD
YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM
"Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita."

ZIKIR HARI ISNIN
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM
"Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya"

ZIKIR HARI SELASA
ALLAH HUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LAA AALII MUHAMMAD
"Mendapat rahmat Alalh dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat"

ZIKIR HARI RABU
AS TARG FIRULLAH HAL A’ZIM
"Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberikeampunan hambaNya."

ZIKIR HARI KHAMIS
SUBHA NALLAH HIL A’ZIMI WA BI HAMDIH
"Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah"

Jangan ada benci

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku



Monday, 22 April 2013

Senyum lagi...

Jangan lupa untuk senyum ^______^
Jangan lupa untuk senyum ^______^

Ramalanku benar belaka

Hingga ke saat ini
Berbagai persoalan
Tak henti melanda
Buntu ku memikirkannya

Kau memilih diri ku
Di atas dasar apa
Apakah kerna cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan Yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang

Apakah semua itu
Akan terjadi pada ku
Andainya benar
Maka tepatlah apa yang diramalkan

Waktu bersama mu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilangan mu

Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain dihati mu bertakhta

Waktu bersama mu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilangan mu

Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain dihati mu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah yang dulu
Kesudahan aku parah
Kesudahan aku parah





 Lagu ni fuhhh...memang antara lagu yang menarik untuk didengar,dihayati dan dinyanyikan sekali sbb melodinya terasa mcm naik turun bukit.Lagu hit kump.Umbrella nyanyian Zarul ni memang top pada zamannya...zaman rock kapak tahun 90an...tapi sekarang kalau dengar pun tetap sedap sama mcm dulu.Sesekala layanzzzz...ok apa...

Ceriakan hari anda

Pujangga pernah berkata, "Senyum itu kelopak, ketawa itu bunga, dan yang sempurna itu kembangnya." Jom ceriakan setiap hari anda dengan senyuman.^^
       
                 
Comel kan kalau senyum.....