Berbagai persoalan
Tak henti melanda
Buntu ku memikirkannya
Kau memilih diri ku
Di atas dasar apa
Apakah kerna cinta
Atau pelepas sepi cuma
Seumpama dedaunan Yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu
Akan terjadi pada ku
Andainya benar
Maka tepatlah apa yang diramalkan
Waktu bersama mu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilangan mu
Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain dihati mu bertakhta
Waktu bersama mu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilangan mu
Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain dihati mu bertakhta
Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan Detik-detik terindah yang dulu
Kesudahan aku parah
Kesudahan aku parah
Lagu ni fuhhh...memang antara lagu yang menarik untuk didengar,dihayati dan dinyanyikan sekali sbb melodinya terasa mcm naik turun bukit.Lagu hit kump.Umbrella nyanyian Zarul ni memang top pada zamannya...zaman rock kapak tahun 90an...tapi sekarang kalau dengar pun tetap sedap sama mcm dulu.Sesekala layanzzzz...ok apa...
No comments:
Post a Comment