Senarai Isteri Rasulullah SAW dan Sebab Baginda Menikahi Mereka
ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW
1. Siti Khadijah binti Khuwailid.
Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat
Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita
paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan
kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.
2. Saudah binti Zam'ah.
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65
tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga
anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.
3. Aisyah binti Abu Bakar.
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah
mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar.
Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam
pengetahuan agamanya.
4. Hafsah binti Umar.
Untuk
merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan
suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika
berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.
5. Zainab binti Khuzaimah.
Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam
Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau
digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang
dan kelembutannya terhadap mereka.
6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok
permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan
kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan
akal pintar.
7. Zainab binti Jahsy.
Seorang yang sangat
kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin.
Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan
Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.
8. Juwairiyah binti Al-Harith.
Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan
kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan
Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.
9. Safiyyah binti Huyai.
Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda
ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap
benar.
10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
Berusia
31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan
Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya
meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.
11. Maimunah binti Al-Harith.
Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar
Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.
12. Mariah binti Syam'un.
Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.
ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah, kecuali yang
ketujuh. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)
ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)
Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd
Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah
saw' oleh Ustaz Johari Yaman. Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment