Gelisah di jiwa
Aduh! Sayang
Resah merindu
Berdodoi lara
Aduh!lara
Hambalah seorang
Dalam sepi
Menanti tuan sayang
Tuanlah seorang
Hendaklah belayar
Aduh! sayang
Ke laut madu
Bahtera cinta
Aduh! Lara
Karamlah di pantai
Belum kembang
Layarnya kembang
Sayang tidaklah berkembang
Rindu-rindu aduh! sayang merindu
Jauh-jauh orang sudah menjauh
Kasih-kasih aduh! sayang berkasih
Bukan-bukan hamba orang terpilih
Kiri duri kanan pun berduri
Arah mana ke mana
Hendak hamba melangkah
Nasib diri begini nasib diri
Rela hamba terima
Walaupun jiwa parah
Gelisah alah resah
Rindu diamuk sakit rindu
Mengenang alah kenang
Junjungan kalbu
Hibur alah tuan
Nak berhibur lagu rindu
Rindu merindu
Minat gilerrr dengan lagu nih...ala2 zapin gitu...kena betul suara Fauziah Idris dengan lagu ni....tapi selepas lagu ni tak tau pulak aku ke mana perginya Fauziah ni...dah pencen gamaknya...layannnnzzz jelah...
No comments:
Post a Comment