Tuesday 27 May 2014

Di bawah tapak si pemilik rahim...


RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA...


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.

Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Di situ anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kasihan. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga ada di bawah tapak si pemilik rahim.
   

Tuesday 20 May 2014

Bukan budak sekolah jer ada jadual waktu


Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am


Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.


 

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

 





7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.



9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.



Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.



Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

 

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.


Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.




Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia. Tak pasti pula sejauh mana kebenarannya
tetapi bolehlah jadikan sebagai panduan am kehidupan seharian.





...masalahnya aku ni ni klu dah nak terlelap bukan kira waktu pun...huhu


Tuesday 22 April 2014

Seha & Freedom - Kerana Rindu Ini


Musim-musim berlalu
Ku masih menantimu
Walau lama terpisah
Tiada khabar berita
Kau tetap jua di hati ini bertakhta
Ku ingin melupakan
Pahitnya pengalaman
Tetapi hati ini amat degil sekali
Wajahmu jua yang datang menghampiri
Semenjak terjadinya perselisihan
Engkau pergi tanpa sepatahpun perkataan
Kerana bimbang diri hilangmu tak kucari
Sekalipun aku merinduimu tiap hari
Bila pemergianku tak kau peduli
Sangkaku kau senangi perpisahan ini
Kerana harga diri ku tak bertanya lagi
Sekalipun kau tetap ku sayangi
Kerana rindu ini
Sombongku terketepi
Mengatasi segala ialah cinta kita
Terpelihara dengan restu Yang Esa




Saturday 19 April 2014

Lahar Cinta - Finalist

Tersingkaplah tirai cintaku yang lalu
Hangatnya bagai lahar yang membakar bumi
Sehinggakan aku menggelupur kelecuhan
Bila engkau pergi tak kembali

Kala itu sayangnya engkau padaku
Dan kutelani segala kata indahmu
Kerana kusangka kau kan terus bersamaku
Tapi hanya sekadar waktu

Seluruh cintamu itu hidup segar di jiwaku
Masih kuterasa
Tak layu ditelan waktu
Tak pudar kasih hatiku
Dan kau masih lagi kusayangi

Walaupun engkau tiada
Namun cintamu terasa
Membendung rinduku sejak dulu hingga kini
Indahnya kukenang dan pahitnya dah kutelan
Begitu kasihku kepadamu

Ingin aku mengulangi saat indah waktu dulu
Tapi bagaimana dapatkah berulang lagi
Bersamalah kita jadikan pengajaran
Betapa pedihnya oh perpisahan

Mengapa di waktu ini
Aku teringat kembali segala kenangan
Adakah engkaupun sama masih ingat kepadaku
Seolah kita tak pernah berpisah








Monday 14 April 2014

7 perkara...tapi kenapa rahsia?





7 PERKARA YANG SUAMI RAHSIAKAN DARI ISTERINYA.


Berikut adalah 7 perkara atau rahsia yang tidak diberitahu suami kepada isteri. Kepada para isteri gunakan rahsia ini untuk faedah dan manfaat diri anda. Jangan manipulasi suami menggunakan kaedah ini. (Kami tidak bertanggungjawab).huhuhu


Terdapat perbezaan antara budaya orang barat dan budaya orang timur. Terutama sekali dalam perhubungan rumah tangga. Orang timur, khasnya orang Melayu biasanya tidak berbincang atau memberi tahu perkara ini kepada isteri mereka.

Justeru itu, timbul perkara yang menyebabkan kecelaruan komunikasi dan hubungan antara suami isteri. Berikut adalah 7 perkara yang tidak diberitahu oleh suami kepada isteri secara terus terang tetapi sangat mendambakan perkara tersebut.

1. Suami berkeinginan untuk dihormati.
---------------------------------------------
Jika dipilih antara cinta atau rasa dihormati bagi lelaki dan suami. Maka suami akan memilih untuk rasa dihormati berbanding rasa dicintai. Ini adalah sangat berbeza bagi wanita yang mana mahu dicintai.

Lelaki terutama sekali lelaki Islam, telah diajar bahawa suami meruapakan ketua rumah tangga. Ketua rumah tangga ini telah dididik dan diajar sejak kecil lagi bahawa merekalah yang akan menanggung keluarga.

Adalah amat susah bagi lelaki untuk pulang ke rumah yang mana dirinya tidak dihormati. Justeru, isteri perlulah meletakan rasa hormat kepada suami sebagai asas dan prioriti dalam rumah tangga.

Tiada hormat maka tiadalah cinta yang dapat diberikan oleh suami. Amat sukar bagi seorang suami yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga dan apabila pulang kerumah tiada rasa hormat diberikan kepadanya.

-(Surah An-Nisa , Ayat 34)
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا


Maksudnya : Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

2. Suami ingin memiliki isteri yang setia.
---------------------------------------------
Apabila dikatakan memiliki isteri yang setia bukanlah bermakna memiliki isteri yang tidak curang. Namun, sifat curang pasangan merupakan cara yang paling cepat dan mujarab untuk menghancurkan sesebuah rumah tangga.

Suami memerlukan isteri, atau wanita dalam hidupnya. Walaupun, ada suami yang menyangka bahwa dia boleh hidup tanpa wanita. Namun, hakikatnya lelaki amat memerlukan isteri.

Justeru, berilah apa yang suami inginkan, kesetiaan. Kesetiaan bermaksud memiliki isteri yang sentiasa ada bersama mereka ketika susah dan senang.

Lelaki sering memikirkan sama ada isteri mereka akan tetap bersama mereka jika berlaku masalah kewangan, kehilangan kerja, dilanda penyakit yang menyebabkan kehilangan mata pencarian. Kegagalan dalam perniagaan atau suami terpaksa berhenti kerja untuk sambung belajar atau ketika suami difitnah dan menyebabkan nama baiknya tercalar.

Kesetian merupakan asas dalam perhubungan bagi suami. Jika isteri setia pada suami, maka kesetian jugalah yang akan diberikan oleh suami kepada isteri.

3. Suami sentiasa mahu keperluan sex dipenuhi.
---------------------------------------------------------
Setuju atau tidak, sex merupakan satu keperluan bagi suami. Walaupun, perkara ini tidak dibincang secara terbuka. Namun, fisiologi dan biologi suami amat memerlukan sex sebagai salah satu perkara yang diinginkan daripada suami.

Menolak atau mencari alasan untuk tidak bersama suami merupakan salah satu yang menyebabkan suami rasa di reject.

Hadis:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:”Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.”


Jadi, usahalah sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak suami. Jika berada dalam keadaan uzur atau tidak sihat. Maka, tolaklah dengan cara baik dan beritahu masa lain untuk bersama. Isteri juga boleh mengambil inisiatif untuk bersama suami. Ini akan menambahkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga.

Keinginan sex ini juga berkait rapat dengan 2 perkara di atas iaitu rasa hormat dan memilki isteri yang setia.

4. Suami secara semulajadi memikirkan ttg perempuan.
----------------------------------------------------------------
Eh, mana boleh suami fikirkan wanita lain selain isteri. Okay, maksud suami sentiasa memikirkan tentang perempuan bermaksud seperti mana perempuan bercerita mengenai lelaki bergitu jugalah lelaki akan bercerita mengenai perempuan. Cuma beza adalah dari segi kekerapan.

Maksud berfikir tentang perempuan bukanlah bermaksud suami curang kepada isteri, atau suami berfikir untuk kahwin dua, atau suami berfantasi dengan perempuan lain.

Cuma itu adalah lumrah dan sifat lelaki dan perkara ini dirahsiakan dan tidak diberitahu kepada isteri. Ini adalah lumrah atau cara otak lelaki berfikir secara langsung atau tidak langsung.

Untuk mengelakan suami daripada berfikiran seperti ini.

Berikan 3 perkara asas yang disebutkan tadi. 1. Hormat 2. Setia 3. Sex

Insyallah, suami akan teragak-agak untuk cari lain jika 3 perkara ini dipenuhi dan akan suka dan berusaha untuk mengembirakan hati isterinya. Contohnya: Beri duit lebih, bawa makan angin, beri hadiah mahal dan akan lebih mahu mendengar dan memenuhi permintaan isteri mereka.

5. Suami suka mengembirakan hati isteri.
------------------------------------------------
Suami secara semulajadi mahu dan ingin mengembirakan hati isteri. Cara suami mengembirakan hati isteri adalah dengan berkerja kuat untuk mencari duit untuk isteri dan keluarga. Kenapakah suami berkerja kuat? Bukankah untuk mengembirakan hati isteri?

Kadang kala suami sanggup mengambil risiko berniaga untuk menambahkan pendapatan kelurga. Kenapa suami sanggup bersusah payah? Bukankah untuk memenuhi keperluan isteri.

Suami juga suka dan berusaha untuk memberi hadiah kepada isteri. Jadi pakailah dan hargailah pemberian suami.

Walaupun demikian, isteri janganlah mengungkit dan mencari kesalahan suami tentang apa yang dia tidak buat untuk isteri. Atau mencari jalan untuk mengagalkan usaha suami untuk mengembirakan hati isteri. Contohnya dengan mempertikaikan harga barang yang dihadiahkan suami.

Ini akan menyebabkan suami kecewa dan rasa tidak dihormati. Rasa hormat merupakan perkara pertama yang diingini oleh suami yang tidak diberitahu kepada isteri.

6. Suami suka isteri yg sentiasa berpesan kpd mereka.
---------------------------------------------------------------

Allah Berfirman dalam surah Al-Asr ayat 3:
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا

بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Maksudnya : Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Suami suka isteri yang sentiasa berpesan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Nasihat secara hikmah dari isteri ini akan menyebabkan suami rasa dan mahu menjadi suami dan muslim yang lebih baik. Jangan paksa suami, kerana tiada paksaan dalam Islam. Juga memaksa suami jarang sekali berkesan.

Isteri yang baik sentiasa berpesan kepada suami agar solat berjemaah dan masjid, meminta solat subuh bersama atau tolong kejutkan suami. Puji kekacakan suami sekiranya dia bercukur atau mengemaskan diri. Perkara perkara kecil ini merupakan perkara yang disukai suami tetapi tidak diberitahu kepada isteri.

7. Suami mencintai isteri mereka tapi tidak mepamerkannya.
-----------------------------------------------------------------
Ini merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka( Sukan, kereta, gadjet atau politik). Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.

Biasanya suami tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan kerap seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka.

Namun, suami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah menunjukan bahawa mereka mencintai wanita tersebut. Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang mereka tidak cintai atau sukai.

Justeru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan.



Owh ye ker?Tapi kenapa berahsia eh?Berterus terangkan lebih baik...



 



Thursday 6 March 2014

Kenapa aku marah?


Sedar tak sedar, setiap manusia tidak lari dari kemarahan. Apatah lagi aku, seorang insan yang cepat marah. "Naik angin" kata orang di serantauan. Aku cuba merenung jauh ke dalam diriku. Dalam renungan itu, aku melihat aku sendiri duduk di bawah sinaran. Sekelilingnya semuanya gelap gelita. Jiwaku gundah gulana. Apakah nasib aku di masa depan?





Aku marah sebenarnya. Dalam diriku, penuh dengan kemarahan. Aku tidak tahu kenapa. Mungkin kerana aku orang yang gagal? Atau kerana aku orang yang tidak berguna? Di mataku, aku benci dengan diriku. Aku kesal sekali dan amat kecewa. Aku hampir sahaja menggapai sesuatu itu. Ya, aku hampir-hampir menggenggamnya! Namun, aku terpaksa melepaskannya.Aku dihalang. Dan arah tujuanku mula susut. Aku tersekat di pertengahan jalan. Mungkin kerana itu aku marah?

Atau adakah aku orang yang tidak bersyukur? Bukankah kita dituntut untuk bersyukur? Aku telah banyak diberi peluang, namun sekali lagi aku gagal menggapai peluang itu.Benarlah, manusia ini tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberikan. Malah mensia-siakannya. Termasuklah diriku.

Namun, aku tertanya jua dalam diriku. Apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini? Kepuasan apa yang aku cari-cari? Aku lihat, ramai anak muda mudi, bersenangan di luar sana.Kelihatan pula kanak-kanak berlari-larian dengan gembiranya.Cemburunya aku pada mereka.Tiba-tiba aku berasa marah pada diriku. Adakah aku tidak bersyukur dengan nikmat yang telah ALLAH diberikan padaku?

Ayuh, cuba kita tanya diri kita sendiri.
Apakah kita sudah lali dengan suasana ini? Sedangkan jiwaku terseksa menanti hari. Ingin sahaja aku tamatkan noktah ini, agar dapatku jumpa ALLAH di syurga nanti. Namun, jalan itu tidak semudah seperti ucapan mahupun tindakan. Ia adalah jalan yang penuh dengan cabaran. Onak dan duri sentiasa menanti. Apatah lagi di depan sana, halangan sentiasa bertali arus.Tanpa pernah putus.






Sekali lagi, ku dongakkan kepalaku ke langit. Kelihatan awan menutupi purnama. Cahayanya mengusik jiwaku. Terpana seketika jiwaku.Indahnya...

Ya Allah Ya Tuhanku.Ampunkan aku... 




Monday 24 February 2014

Sesuci Khadijah dan Harga Sebuah Pengorbanan





Sewaktu melafazkan aqad, si suami dengan penuh perasaan cinta dan kasih yang membunga menyatakan bahawa akan menjaga si isteri dengan sebaik-baiknya, malah di saat si suami menyarungkan cincin perkahwinan kepada si isteri, di situlah bermulanya ikatan yang menghubungkan kedua-dua suami dan isteri sebagai satu ikatan, satu nyawa, satu hati dan satu cinta. 


Benarlah Allah itu maha membolak-balikkan hati, serapi dan sesempurna mana perancangan manusia sekalipun, Allah bisa mengubahnya. Kun Fayakun. Jadi Kata Nya, maka Jadilah! Inilah yang harus di fahami sebagaimana Firman Allah di dalam surah Al Imran. Di situ Allah menegaskan bahawa perancanganNya adalah yang terbaik! Maka, tiada siapa yang berhak atau mampu menghalang susunanNya waima sekuat manapun cinta seseorang itu kepada isteri atau suaminya.




  muhammad 



Betapa luhurnya kasih seorang isteri yang sanggup berkorban buat suaminya, Rasulullah S.A.W. Siapakah wanita yang sangat istimewa ini sehinggakan di saat Rasulullah bersama ister-isterinya yang lain, namanya masih menjadi sebutan dan kerinduan abadi Rasulullah? Namanya Saidatina Khadijah Binti Khuwailid.Pasti nama ini tidaklah asing terutamanya di kalangan orang-orang Malaysia. Bahkan, di kampung-kampung panggilan ini telah menjadi lebih glamour dengan nama timangan Mak Jah, Mek dijah dan sebagainya. Tak kurang juga ianya di komersialkan dengan nama Deja, Khaty dan bermacam-macam lagi. Haha, agak meremangkan di buatnya.



Khadijah adalah bukan sahaja Isteri, tetapi adalah nyawa kepada Rasulullah, Muhammad S.A.W. Ya. Dia adalah Cinta Rasulullah, dia adalah Kasih Rasulullah, dia adalah Penawar Rasulullah dan dia adalah lambang fitrah Rasulullah kepada seorang makhluk bernama wanita.



Di saat usianya mencapai puncak keagungan, hartanya melimpah ruah, rupa parasnya cantik dan elok, pekertinya luhur, keturunannya mulia bahkan seluruh Makkah mengagumi Khadijah, Khadijah pula bertindak cukup di luar jangkaan ramai.




rasulullah 


Allah mencampakkan kasih dan cinta di hati Khadijah ketika itu. Allah membutakan Khadijah daripada ketampanan dan kemewahan jejaka-jejaka Arab yang lain dan menyediakan diri Khadijah sebagai seorang pembantu dan teman setia bagi seorang Rasul yang akan menggegarkan dunia sepanjang zaman, Muhammad S.A.W.




Sewaktu ditanya Rasulullah tentang siapakah yang akan mengikuti dan menyahut seruan Islam yang di bawanya di dalam peristiwa kenabian, Khadijah dengan lantang dan yakin menyahut ”Sayalah orangnya! Yang sanggup mendengar dan menerima seruan kanda, dakwahlah saya sebelum kanda berdakwah kepada yang lain. Saya tetap rela menyerah kepada kanda, mempercayai kerasulan kanda dan beriman dengan Tuhan Kanda!”



Di saat Bani Hasyim mengenakan kepungan dan sekatan ekonomi terhadap Rasulullah dan Muslimin yang lain, Khadijahlah orang yang menyalurkan paling banyak bantuan bagi membantu perjuangan Islam ketika itu.



Subhanallah..Khadijah telah memaparkan satu contoh pengorbanan yang tiada taranya kepada isteri-isteri dan wanita yang ada di dunia zaman ini! Ya, demi cinta kepada Allah, Khadijah sanggup berkorban, berkorban harta, jiwa dan segalanya demi Rasul Allah ini. 




Khadijah membuka mata kita tentang harga sebuah pengorbanan. Betapa demi cinta kepada Allah, Rasulullah dan Islam, kita harus berkorban. Berkorban segalanya. Dengan pengorbanan inilah, kita mengharapkan maghfirah dan pengampunan dari Allah S.W.T.



Dialah wanita mukmin sejati.

Dialah wanita yang pemurah dan setia kepada kekasih hatinya, Rasulullah.

Dialah wanita yang berani dan bijaksana fikirannya.

Dialah wanita yang menolak dunia demi akhiratnya.

Dialah Siti Khadijah binti Khuwailid, kekasih Rasulullah.



Terima kasih Khadijah kerana memberi erti cinta dan pengorbanan yang sangat tepat!



Terima kasih Khadijah! Barakallahu alaik ya ummi!