Monday 23 December 2013

Bahagianya jadi ibu...







Photo
semua ada...secukup rasa...





Tak semua orang berpeluang jadi ibu kan?Alhamdulillah...
 

Thursday 19 December 2013

mmm...sedapnyer epal hijau!


mengancam jugak kan..


 Kelebihan Epal Hijau


1- Membantu mencegah terbinanya kolestrol dalam salur dinding darah. Baguskan epal hijau ni, lagipun blood clot ni bahaya dan boleh mendatangkan rencaman penyakit.

2- Membantu mengekalkan berat badan.Untuk yang sedang berdiet dan nak diet mohon makan epal hijau.Tahap antioksida epal hijau lebih tinggi daripada epal merah.

3- Mengurangkan tekanan penyakit asma. Elok amalkan bagi yang ada asma (lelah).

4- Sekarang penyakit BARAH telah menjadi pembunuh nombor 2 di Malaysia..Jadi, makanlah epal hijau. Ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah.

5- Vitamin yang terkandung di bawah kulit epal mampu mencantikkan kulit. Jadi,makanlah epal dengan kulitnya sekali !!

6- Membantu bersihkan saluran usus dan pembuangan toksin dengan pantas serta efisyen menerusi sistem pencernaan.

7-Mengurangkan risiko penyakit jantung.

8- Membantu kesihatan membran paru-paru.

9- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

10- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

11- Membantu masalah SEMBELIT dengan mengisar epal hijau bersama saleri dan minum setiap pagi.



memang sedap dan banyak khasiat tapi...eiii...masammmm...(cuma utk orang penakut masam mcm aku!)
 

Monday 2 December 2013

Seribu Bayangan


Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya hempedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihNya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerana kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatNya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi



        





Sunday 1 December 2013

Bahagia itu sederhana




bahagia...seadanya...


Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tetamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku cukup makan.

Mencuci dan menyeterika longgokan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah dan mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapat banyak tugasan yang harus diselesaikan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos dan hon itu bererti aku bisa mendengar

Mendengar suara Azan di pagi hari, itu bererti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesanan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Seseorang yang peduli tentang aku telah mengirimkannya kepadaku.

dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tidak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Semoga yang membaca pesanan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.


 Amiin...


                        ...Syukur Alhamdulillah...