Wednesday 15 May 2013

Lagu persembahan Hari Guru kelas Farah

Selamat Hari Guru kami ucapkan
Buat semua guru yang kami sayang
Sesungguhnya kami berterima kasih
Kerana mengajar sepenuh hati

Guru Besar orangnya tegas
Cikgu Zul selalu cerita pasal tandas
Sesenyum manis Ustaz Ibrahim
Cikgu Linda yang baik hati

Putih-putih Cikgu Surida
merah-merah Cikgu Naziroh
Semua cikgu yang baik hati
Pasti banyak dapat hadiah

Selembut-lembut Cikgu Norazah
Segarang-garang Cikgu Rozita
Sekalut-kalut Ustazah Fathonah
Ustaz Abu boleh tahan juga

Semanis-manis Cikgu Asmahan
Secantik-cantik Cikgu Rohana
Si hitam manis Cikgu Aziz
Ustaz Zahirudin asyik ketawa
hahahaha...

Sebelum kami mengundur diri
Maafkan kami,jika terasa hati
Ini hanya untuk suka-suka...sahaja
Selamat Hari Guru...

....Secantik-cantik Cikgu Rohana....wow....perasanlah pulak....hi hi hi...yang sebenornya ini adalah lagu untuk persembahan Hari Guru kelas Farah.Kejer Cikgu Siti lah ni...anyway thanks...kerana memuji....ha ha ha...dan lagu yang sebenarnya adalah lagu yang tengah meletop2 sekarang ni...Putih Melati....

 Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima
Ulang Chorus 


No comments:

Post a Comment