Friday 1 November 2013

Kenapa mengidam?


adehhh...naya je klu ngidam cam nie...


hahaha...jangan gelak...bayangkan kalau terjadi pada diri kita sendiri camner?Sedih tau...sebagai ibu yang berpengalaman mengandung dan telah melahirkan empat orang anak,aku sendiri pernah dilanda ombak mengidam yg agak parah jugak...sebabnyer aku yang duduk di Alor Setar,Kedah ni mengidam nak makan sesuatu yang cuma ada kat Johor.Hah...ambik kau....kalau teringin masa cuti sekolah ok lah jugak boleh balik kampung tapi kalau bukan dalam cuti sekolah camna aku nak balik...hu hu hu...menangis tak berlagu lah aku...tapi kira bernasib baik jugalah sebab aku masih dapat mengawal diri hinggalah tibanya cuti sekolah.Jadi dapatlah aku merasa apa yang aku idamkan sangat tu.Ala...bukan apa sangat pun.Cuma teringin nak makan nasi lemak je...




bungkusnyer camni tapi sambalnya dalam daun pisang...

Haaa...nasi lemak je...memanglah kat mana2 pun berlambak orang jual nasi lemak kan.Anytime boleh cari.So apa masalahnyer...beli jelah.Nak berapa banyak...selori...dua kontena...borong semua... (kasarlah tu).Masalahnyer yang buat suami aku tension masa tu ialah aku tak nak nasi lemak Kedah.Aku nak nasi lemak Johor yang sambalnya dok dalam daun pisang...teringat la tu masa kecik2 dulu kalau beli nasi lemak sambalnya dok dalam dua lembar daun pisang berbentuk segiempat yang ditangkup.Hah ambik hang!Mana nak cari tuuu...he he he...nak wet camner...kena layan jugaklah kerenah aku kan sebab aku mengidam....hu hu hu...


Kehamilan berikutnya (anak keempat)aku mengidam lagi.Kali ini teringin sangat pulak nak makan tapai ubi...yang dok dalam daun pisang jugak.Adehhh...pening sekali lagi suami aku.Maklumlah kalau kat Kedah ni yang namanya tapai ubi memang mcm emas.Apa lagi yang dalam daun pisang macam nie...



tiba2 lak rasa mengidam balik walaupun tak mengandung...hu hu

Dari Kedah sampai ke Johor Bahru akhirnya kutemui juga ia di pasar sehari di Air Hitam...itupun kerana kepantasan mata mak aku menangkap dan menyambarnya cepat2 sebelum habis semuanya dibeli orang.Sudahla  bersusah payah mencarinyer satu hal.Pastu bila dah dapat kotlah aku nak makan sampai dua tiga bungkus sebab teringin sangat lagaknya...malangnya yang aku jamah cuma sejurai je pun.Selebihnya aku bagi orang lain habiskan...hu hu hu...kategori dahsyat jugak mengidam aku kan... 

Itu cerita aku...cerita orang lain...mak2 buyung yang mengidam ni memang selalu sangat kita dengar.Macam2 cerita sampai tahap mengidam gaban pun ader.Kadang2 macam tak logik pun yer jugak...tapi sebagai ibu aku tak adalah sampai kata si mak2 buyung yang nampak macam over ni mengada2...sebabnyer...(ini pengalaman aku lah...)selagi tak dapat apa yang kita nak tu selagi itulah terasa sangat tak puas hatinya...pada siapa?Pada suamilah...of course...siapa lagi kan.Nasib awaklah encik2 suami...layan jerlah...
kalau awak sayang isteri...he he

Tapi apa sebenarnyer ya yang menyebabkan para ibu ini mengidam sampai begitu teruk sekali.



jangan mengidam nak makan teddy bear tu sudah...ha ha


 Para penyelidik telah cuba menentukan sama ada wanita yang mengidam makanan tertentu kekurangan nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut. Walau bagaimana pun, ini bukanlah sebabnya dan puncanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya.Yang itu aku setuju.Sebabnya aku tak mengidam apa2 pun semasa kehamilan pertama dan kedua tetapi tiba2 mengidam tahap yang agak kronik pada kehamilan ketiga dan keempat.





Gambar Sumber :Google

Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan tersebut.


Kebanyakan wanita mengandung mengidam makanan daripada coklat,buah2an,kuih muih yang hanya boleh didapati di tempat tertentu sehinggalah nasi beriani yang dijual di kedai mamak tertentu sahaja. Kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2, 3 pagi (kesian suami…).Kalau yang nie belum pernah jadi lagi pada aku tapi pernah berlaku pada kawan aku yang menangis2 minta dibelikan mee goreng pada jam 3 pagi.Nasib baik nak mee goreng jer yang boleh dibeli kat kedai makan yang beroperasi 24 jam...kedai mamak la tu.Dibuatnya mengidam yang lebih spesifik...nak mi bandung Muar jugak...tak ke haru...kena pergi Muar jugaklah pagi2 buta tu...


Mengidam boleh mendatangkan masalah apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti tepung jagung atau benda yang bukan makanan seperti tisu, tanah liat dan sebagainya. Walaupun tepung jagung adalah makanan, pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan anda terlalu kenyang, mengganggu sistem penghadaman dan menyekat selera anda untuk mengambil makanan berkhasiat. Mengidam benda yang bukan makanan atau “pica” pula harus dielakkan kerana ia mungkin akan memudaratkan bayi dan ibunya. Jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk mengambil sesuatu yang pelik atau bukan makanan, berjumpalah doktor untuk langkah seterusnya.




Ada jugak yang sampai mengidam ini...tak kira sapa yang jual.Camne tu...


Cuba elakkan daripada mengambil makanan yang disenaraikan di bawah walaupun setinggi mana keinginan anda untuk memakannnya kerana ia boleh memudaratkan kandungan anda:

1. Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna ( sushi, telur kampong mentah, rare @ medium steak).

2. Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur ( Mexican cheese, unpasteurised milk)
Jus buah atau sayur yang tidak dipasteur.

3.Teh herba

4 Alkohol

Mengidam sebenarnya tidak akan mendatangkan masalah selagi ibu mengandung mengambil diet yang seimbang. Walau bagaimana pun, berhati-hati jika  menggemari makanan yang berkalori tinggi seperti makanan manis dan berlemak kerana ia akan meningkatkan risiko kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung.


Cara untuk mengatasi mengidam semasa mengandung adalah seperti di bawah:

Jadikan pemakanan anda seimbang apabila anda mengidamkan makanan yang tinggi kalori. Contohnya, lebihkan aneka buah-buahan dalam ais krim anda supaya seimbang nutriennya.

Fokuskan pemakanan anda pada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt dan oat meal bar.
Jika  mengidam makanan yang tinggi kalori, beli saiz yang lebih kecil supaya mengelakkan pemakanan yang berlebihan.

Jika mengidam ‘menguasai’ hidup anda, cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama suami dan menonton wayang.

Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak jatuh yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Cuba makan makanan seimbang 6 kali sehari.

Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.

Ambil makanan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.

Sokongan moral amat penting kerana emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, sedangkan pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung.Yang ni aku tak pasti...mungkin ya mungkin tidak...


Aku sendiri berpendapat mengidam ni sebenarnya adalah salah satu luahan emosi secara halus oleh ibu hamil kerana setiap ibu mengalami pengalaman yang berbeza di antara satu sama lain malah mungkin juga kesukaran yang berlainan pada setiap kehamilan.Sudah semestinya setiap ibu mahukan orang yang rapat dengannya terutama suami dan keluarga terdekat memberi lebih perhatian kepadanya sepanjang waktu kehamilan sehinggalah saat melahirkan.


Kehamilan pertama dan kedua ketika aku masih tinggal di negeri kelahiranku sendiri dan dekat dengan keluarga tetapi apabila aku berpindah jauh ke negeri lain dan berjauhan dari keluarga pada kehamilan berikutnya menyebabkan perasaan rindu itu diterjemahkan secara tidak langsung kepada mengidam...hmm...mungkin jugak.Tapi itu aku.Ibu2 lain tak pasti pulak dan tak berani rasanya aku membuat kesimpulan sendiri... 



No comments:

Post a Comment