Saturday 9 November 2013

Merah-merah delima...



Cun kan buah nie...

Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita.Buahnya yang berisi butiran merah menawan itu ternyata mempunyai banyak kelebihan yang telah diakui sejak dahulu lagi.Apa agaknya khasiat buah delima ya...
  • Buah delima  mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi antioksidan ialah ia dapat melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit menyerang termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima   dapat melindungi jantung kita.Kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri.Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang minum jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 18%.
  • Buah delima juga dapat  menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus.Ia menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser.Buah delima memiliki khasiat untuk mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima berupaya menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiakkan sel-sel yang sihat. Buah delima juga terbukti dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima.Tikus-tikus ini berupaya melakukan tugas-tugas mental dengan lebih baik.

  •  Sebiji  buah delima mengandungi sekitar 40 % vitamin C yang memenuhi keperluan harian untuk orang dewasa selain folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi.
  • Kandungan gula dalam buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  •  Buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya sangat mudah.Ambil kulit buah delima.Jemur sehingga kulitnya kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga  menjadi serbuk.Simpan dalam bekas. Apabila hendak digunakan ambil sedikit serbuk tadi.Tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah.Biarkan ia kering barulah dibasuh.
Khasiat buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima membantu melindungi otak bayi semasa kelahiran.Satu kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan  minum jus buah delima sepanjang kehamilan,ia dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan oleh ibu mengandung. Kandungan asid folik yang tinggi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit serta bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela atau merekah. Buah delima boleh bertahan selama enam bulan kalau disimpan dalam peti sejuk.

  • Cara makan buah delima adalah terlebih dahulu kupas kulitnya dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian.Mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk dan apalagi... nikmatilah keenakannyer…hi hi
Fakta mengenai buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang berdiameter sekitar7-12 sentimeter , bergantung kepada  jenis dan berbentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima mengandungi sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.  

No comments:

Post a Comment