Friday 15 July 2011

Hobiku membaca


Hobiku membaca.Sedari kecil aku suka membaca.Aku tidak memilih bahan bacaan yang tertentu sebaliknya apa sahaja bahan yang menarik perhatianku akan kubaca.Seingat aku,aku hanya boleh membaca dengan baik ketika usiaku menjelang lapan tahun.Seandainya murid - murid tahun dua ketika ini seperti aku dahulu, bermakna mereka akan terpilih sebagai murid LINUS Literasi.Bagaimanapun kemahiran membacaku bercambah dengan cepat lantaran hobiku itu.Setiap hari aku akan mencuri masa untuk membaca tidak kira sama ada buku,


majalah seperti ini,        
                                                                              
 atau yang menjadi  satu kemestian iaitu suratkhabar kegemaranku.


 Bukan itu sahaja,kertas pembungkus makanan seperti kertas pembungkus nasi lemak ini juga seringkali menjadi sasaranku untuk dijadikan bahan bacaan.



Bagiku membaca memberikan kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata- kata.Selain menambah pengetahuan, hobi ini juga menjadikan aku tenggelam dalam duniaku sendiri tatkala aku begitu asyik membaca.     


Kini hobiku turut dikongsi bersama suami dan anak - anak.Kami sentiasa berusaha mendapatkan bahan -bahan bacaan yang sesuai untuk mereka.Tidak rugi mempunyai hobi ini kerana percayalah, minda akan terus cerdas dengan membaca...





























































































                                                     

2 comments:

  1. bagus jgak bungkus nasi lemak guna surat khabar... boleh jd bahan bacaan.. tahniah artikel yang menarik

    ReplyDelete