Saturday 30 July 2011

Jom try Sup Makaroni pulak...

 

 Suka makan sup?Kami sekeluarga memang suka makan sup.Sebut apa saja jenis sup...sup ayam,daging,cendawan...memang kegemaran satu keluarga.Tapi selalunya sup yang di atas tu makan dengan nasi.Kalau yang bukan diregu dengan nasi pulak,yang selalu tentulah bihun sup...yang paling glamer kat Kedah ni.Tapi aku belum grad lagi buat bihun sup ni...selalu beli je...he he he.Kebetulan semalam kami pi lah buat lawatan kat Tesco baru yang baru buka kat Seagate tu...punyalah ramai orang.Rasa mcm nak patah balik tapi memandangkan dah masuk dan masa pun dah suntuk nak shopping?...he he he...kat tempat lain redah jugalah.Entah camna tangan aku ni gatal nak beli jugak makaroni.Ala...pasta yang bentuk mcm tiub tu.Berlubang kat tengah2nya...rasa teringin pulak tekak ni nak makan sup makaroni...oklah.Nak pi masak dah ni.

Kalau nak try buat sup ni ada resepinya...lebih kuranglah mcm tu.Nak adjust pun boleh,ikut citarasa sendirilah...tapi seelok - eloknya kalau tak mahu makan segera,asingkan makaroni dari kuahnya supaya tak over kembang dan kering kuah sup.Bila nak makan baru tuang sup ke atasnya....orrrait.

 Mudah dan simple je sup ni.Tapi untuk yang baru pertama kali makan sup ni tentu rasa teringin sangat nak tengok lubang yang ada kat tengah - tengah makaroni tu...itu aku le masa baru pertama kali kenal makaroni dulu....ha ha ha..peghak, kata orang Kedah...

 

 

 

                                                            Sup Makaroni

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1. 300g Makaroni
  • 2. 1/2 ekor Ayam
  • 3. 5 ulas Bawang Merah
  • 4. 3 ulas Bawang Putih
  • 5. 3cm Halia
  • 6. 1 Sup Bunjut
  • 7. Daun Sup
  • 8. 1 biji Tomato
  • 9. Lobak Merah
  • 10. Sedikit Minyak Masak
  • 11. Garam dan perisa
  • 12. Air

Cara-cara

  1. Rebus makaroni, selepas lembut toskan terlebih dahulu
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris, selepas itu masukkan ayam dan air
  3. Diikuti dengan memasukkan sup bunjut, lobak merah, perisa dan garam
  4. Sebelum diangkat masukkan makaroni dan tomato
  5. Hidangkan dan hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng

No comments:

Post a Comment