Thursday 11 August 2011

Hari ke 12 Ramadan

Hari ini hari ke - 12 Ramadan.Seperti hari2 sebelumnya aku akan mula melangkah ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa menjelang waktu Asar.
Keluargaku tidak cerewet dalam memilih hidangan berbuka puasa.Apa yang aku hidang,itulah yang mereka jamah.Alhamdulillah....namun ada juga beberapa jenis masakan seperti lauk- pauk atau kuih muih yang menjadi kegemaran suamiku.Hidangan kegemaranku?Itu tidak penting kerana aku boleh menyediakan sendiri seandainya aku teringin menikmatinya.
Suamiku gemar kuih muih yang bertemakan kelapa sebagai juadah berbuka.Yang paling digemarinya buah melaka.Tidak menjadi masalah bagiku untuk menyediakannya kerana aku faham benar seleranya.Dulu dia selalu membelinya di Bazar Ramadan.Hampir setiap hari namun kebelakangan ini dia enggan membeli lagi.Tak sedap...katanya.Mama buat lagi sedap...
Mungkin benar alasan itu kerana aku sendiri ,malah anak2 seakan tidak berselera dengan juadah yang dibeli di bazar ramadan.Sudahlah mahal,seakan tidak berbaloi dengan kualiti yang diterima.Huh...lebih baik aku masak sendiri,puas hati.Inilah rupa kuih buah melaka kesukaan suamiku.
Mudah saja nak buat kuih ni.Cuma guna tepung pulut,gula melaka dan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.Namun ada rahsia macam mana nak jadikan kuih ini lebih kenyal dan lazat.Nak tau tak apa dia?Rahsianya ialah masa bancuh tepung pulut tu jangan gunakan air biasa tapi guna air berais atau air dari peti sejuk anda dan ulilah macam biasa....dan kelazatan kuih ni yang utama adalah ketika ia dah sejuk atau dah lama dibiarkan setelah masak.Pada ketika itu gula melakanya dah sejuk dan apabila dikunyah gulanya akan ~pop~ meletup dalam mulut...tu yang suami aku suka sangat tu!

No comments:

Post a Comment