Thursday 14 July 2011

Kebaikan dan keburukan internet

                                                      SINOPSIS

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan.Di antara kebaikan -kebaikan internet ialah:
1.Pendidikan dalam internet
Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui internet.
2.Perniagaan dalam internet
Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan internet dalam dua cara iaitu : (a) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(b) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet.Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.
3.Perubatan dalam Internet
Internet merevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada jauh dari bilik pembedahan.
Walau bagaimanapun, di sebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.
Terdapat beberapa keburukan internet seperti :
1.Medium penyebaran dakyah jahat

6 comments:

  1. Internet memudahkan aktiviti manusia... pendek kata dalam pelbagai bidang...

    ReplyDelete
  2. Bagaimana kalau dunia ni tanpa internet? agak2 kita guna surat lg ke....he he he

    ReplyDelete
  3. Ye la...takda internet pun tak boleh juga kan..ibarat makanan tanpa rasa.So,pandai-pandailah menilai yang mana baik dan buruk.Tepuk dada tanya selera!

    ReplyDelete
  4. Setiap yang baik kawannya buruk.. So, fikir2kanlah.

    ReplyDelete
  5. perlu bijak ketika menggunakan internet.

    ReplyDelete