Monday 29 April 2013

Sarapan apa esok?

Sarapan apa esok?Tak tau lagi...atau memang jenis yang tak ambil sarapan pagi?Kalau malas dan tak tau nak makan apa meh ikut aku...ambil saja secawan Milo + oat...bukan saja mudah dan ringkas malah berkhasiat.Tak payah kunyah pun...terus telan je...hi hi.
Milo...semua orang kenal...tapi apa khasiatnya ya...


1. Kebaikan semula jadi malt, susu dan koko
 2. Hanya MILO® mengandungi Protomalt, ekstrak malt  istimewa NestlĂ© dengan
   campuran pelbagai jenis Karbohidrat yang membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.
3. Hanya MILO® yang mengandungi Actigen-E, gabungan lapan jenis vitamin dan
    empat jenis mineral yang kaya magnesium dan tahap Vitamin B, Vitamin C dan
    Kalsium yang dipertingkatkan bagi mengoptimumkan pengeluaran tenaga dari makanan.
4. Kaya dengan Protein bagi pembinaan dan pembaikan tisu badan. Secawan MILO mengandungi   3.5g       Protein, iaitu 11% dari pengambilan Protein harian yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia antara 7-9 tahun.
5. Kaya dengan Kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat; dan Magnesium bagi penyerapan Kalsium ke dalam badan dengan lebih baik.
6. Kaya dengan Zat Besi dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah Vitamin C untuk penyerapan Zat Besi.
7. Khasiat seimbang bagi Protein, Lemak dan Karbohidrat.
8. Disahkan Halal.
9. Warisan MILO® yang dipercayai – khasiat yang boleh anda percayai bila-bila masa, di mana - mana sahaja.
10. Rasa MILO® yang hebat – rasa coklat malt unik yang disukai rakyat Malaysia.

 Apa pulak khasiat oat?


Oat adalah makanan paling ringkas dan mudah untuk berdiet. Tahukah korang oat digelar raja serat? Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan kita mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Manakala serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. So, semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan seperti sembelit dan buasir.




Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung. Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.




Oat adalah makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua. Oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain. 

Jadi...tunggu apa lagi....jommm sarapan ....





Bukan sarapan pagi je...kekadang siang petang malam pun belasah je oat Milo ni...he he


No comments:

Post a Comment