Sunday 1 December 2013

Bahagia itu sederhana




bahagia...seadanya...


Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tetamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku cukup makan.

Mencuci dan menyeterika longgokan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah dan mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapat banyak tugasan yang harus diselesaikan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos dan hon itu bererti aku bisa mendengar

Mendengar suara Azan di pagi hari, itu bererti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesanan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Seseorang yang peduli tentang aku telah mengirimkannya kepadaku.

dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tidak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Semoga yang membaca pesanan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.


 Amiin...


                        ...Syukur Alhamdulillah...



No comments:

Post a Comment