Monday 9 September 2013

Bila anak ambil periksa...ibu,ayah,cikgu yang...


                


Esok...Selasa 10 September 2013.
Tibalah hari yang pastinya setiap tahun ditunggu2 dengan penuh gelisah oleh hampir semua warga sekolah rendah.Amat mendebarkan dan mengujakan...


UPSR datang lagi.Peperiksaan awam pertama bagi anak2 di bangku persekolahan sekaligus pengalaman pertama anak2 ini melangkah kaki masuk ke dewan peperiksaan.

                        



Sudah tentu ada 1001 perasaan yang sukar digambarkan tatkala hati anak2 ini resah menanti untuk menempuh perjuangan selama tiga hari itu.N
amun tidak keterlaluan andai kukatakan hati2 yang sebenarnya lebih resah adalah hati si ibu,si ayah dan semestinya hati cikgu2nya sendiri.


Pengalamanku sendiri ...sebagai ibu ketika puteri sulungku memasuki gelanggang UPSR 2009.Fuhh..Tuhan saja yang mengetahui...seperti ibu2 yang lain juga...sepertinya aku sendiri yang akan mengambil UPSR.Semua serba tidak kena dek hati yang berdebar2 tidak keruan.Namun aku amat bersyukur kerana aku sendiri adalah pendidik di sekolah yang sama dan  diberi ikhsan oleh pihak sekolah agar dikecualikan daripada bertugas sebagai pengawas peperiksaan di sekolah lain.Ini bermakna aku berpeluang menemani puteriku sepanjang tiga hari yang menyiksa batin itu.Alhamdulillah.
                                


Tambah bersyukur aku rasakan kerana peperiksaan berlangsung dalam bulan Ramadan.Namun sedikit dugaan terpaksa ditempuh oleh anak2 ini kerana terpaksa memakai topeng muka sepanjang hari peperiksaan angkara wabak SARS yang melanda negara ketika itu.

              


Suamiku juga tidak kurang resahnya sepanjang hari peperiksaan berlangsung namun kekangan tugas menghalangnya untuk sama2 menemani puteri kami.Tapi aku tahu benar bukan kami berdua sahaja yang gelisah malah cikgu2nya juga tidak senang duduk.








Alhamdulillah...tiga hari yang mendebarkan itu berlalu tanpa sebarang kesulitan.Syukur padamu Ya Allah kerana memudahkan urusan kami.Pengalaman pertama yang amat berharga itu menjadi panduan kepadaku mengawal diri agar lebih tenang tatkala selang setahun kemudian giliran puteri kedua menempuh UPSR dan putera tunggal  pula menyusul pada tahun berikutnya.
                                



Buat semua calon2 UPSR 2013...termasuk anak2 saudaraku dan anak2 didikku...Selamat Menduduki Peperiksaan...Semoga dipermudahkan Allah dan bakal memperoleh kejayaan cemerlang seperti yang diidamkan...InsyaAllah






No comments:

Post a Comment