Memang nak tempah maut...
CONTOH surat rasmi utk tambah kuota

Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.
Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,
30.6.2013
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi
satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Rose Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan
di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang
sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan
poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu
permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan
permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit
pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah
hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana
dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga
pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan
mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki
sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan
pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah
bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi
bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga
dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan
tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja
lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja
dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh
pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang
bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan
memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus
kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6.
Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya
ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita
ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan pihak puan dan tandatan gan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi,
pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan
pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi
meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika
kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun
lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima
orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu
menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap
urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya
sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat
dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak
ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suamimu...
Kredit : Hizat Hassan (copy dari fb)
Hmm...tak taulah aku kalau2 ada isteri2 di luar sana yang dengan senang hatinya meluluskan permohonan mcm ni tanpa banyak soal.Yang selalunya...LANGKAH MAYAT AKU DULU!!!!
No comments:
Post a Comment