Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr.
Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang
menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam
tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya
tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh,
menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun
1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan
bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap
makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang
tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa
lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan
membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya
penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah
kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih
stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan
penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis
darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan
memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D´Adamo
dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet
vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang
sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang
banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan
individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih
banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko
terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan
gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam
boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis
darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses
penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari
jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam
jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu
darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam
kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih
seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu,
keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang,
mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan
individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari
makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan
berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan
imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran
hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang
dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua
produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan
ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan
berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam,
ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan,
minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya,
kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu,
bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan
gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik
golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah
jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi
telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang
dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur
itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak
kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran
kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali
jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan
daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta
daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil
dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti
roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, sMakaalad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
n Malam : Omelet dan salad buah serta kopi
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo
menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan
berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan
ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang
banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan
pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta
dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang
perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan,
dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan
kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat
daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu
yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan.
Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah
mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan
pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau
berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang
berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia
meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang
harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan
Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.
Kalau ikut saranan doktor nih aku yang berdarah jenis A kena banyak makan buah2an dan sayur2an...dengan kata lain vegetarian...atau bahasa kasarnya jadi geng kambing...hi hi hi...kurangkan makan daging dan susu...tak jadi masalah sbb memang tak suka sangat...kena ambil susu masam...yoghurt...yakk!tak boleh telan....elak makanan laut putih...siakap stim favourite aku kena hai2 bye2 la....nasi pulak tak sebut langsung...hmmm...berat nih...nak makan apa kalau semua tak boleh...nampak gayanya kena humban ke laut la diet ni...he he
No comments:
Post a Comment