Kisah seekor kijang
Alkisah seekor kijang mengandung…
Seekor kijang mengandung bakal melahirkan anak kijang. Ibu kijang tiba
di sebuah tanah rumput tepi sungai di selatan… memikir bahawa itu satu
kawasan selamat.
Perutnya mula sakit… tetiba langit mula
mendung diikuti dengan petir… petir menyambar rumput kering di sebelah
utara kijang – kebakaran hutan berlaku. Di tepi baratnya, ibu kijang
terkejut melihat seorang pemburu sedang mengacukan senapangnya ke
arahnya… Ibu kijang bergerak ke sebelah timur, terlihat pula seekor
harimau yang kelaparan sedang bergerak ke arah beliau.
Utara – api membara
Timur – si harimau kelaparan sedang ingin menerpa
Barat – si pemburu dengan senapang
Selatan – sungai yang deras…
Langit – mendung berpetir bakal hujan
Apakah yang bakal ibu kajang lakukan tatkala perutnya dah mula sakit untuk kelahiran…?
Bolehkah ibu kijang dan anaknya selamat?
Apakah kedua-duanya bakal mati?
Sempatkah anak kijang dilahirkan?
Apakah kedua-duanya akan mati dibakar?
Ibu kijang mati di tangan siapa? Pemburu atau harimau?
Apakah ibu kijang sanggup lompat sungai dan lemas?
…………………….
…………………….
…………………….
…………………….
Ibu kijang tidak melakukan apa-apa. Ibu kijang hanya fokus pada tugas memberikan nyawa baru kepada anaknya.
Semua perkara yang difikirkan di minda anda tidak terjadi.
Dalam sekelip mata…. Petir menyambar dan membutakan mata pemburu
tatkala beliau menekan senapang beliau. Senapang itu tersasar melepasi
ibu kijang… dan terkena pada si harimau yang luka parah. Hujan mula
turun, api hutan dipadamkan. Saat kemudiannya, anak kijang lahir di
dunia.
Cerita ini adalah untuk kita melihat bagaimana minda
boleh memerangkap seseorang dari segala penjuru secara negatif.
Tanggapan minda begitu kuat sehingga menyakinkan kita bahawa kijang akan
mati dan kita pula mati akal.
Jangan buat keputusan dengan
terburu-buru. Fikirkan kita sebagai ibu kijang, yang dipenuhi pelbagai
cabaran, tapi tetap mencapai kegembiraan di akhirnya.
Segalanya
boleh berlaku dalam hidup ini sekiranya iman kita kekal utuh kepada
Allah dan percaya bahawa Allah akan menjaga kita. Dan fokus pada tugas
di tangan (melahirkan anak kijang) dan buat dengan sebaiknya, Allah akan
bantu mereka yang berusaha dan tidak berputus asa. Insha-Allah.
Senyum.
Fikirlah secara positif....InsyaAllah
No comments:
Post a Comment