Wednesday 22 May 2013

Karakter anak mengikut urutan dalam keluarga

Artikel ini menceritakan karakter anak dalam keluarga. Tapi ia tak semestinya 100% tepat. Pelbagai ragam dan jenis manusia dapat kita lihat. Segalanya mungkin terjadi. Apa yang penting bukanlah posisi seseorang anak dalam keluarga yang menentukan kejayaan atau takdir seseorang, tetapi keazaman, usaha yang berterusan dan kesedaran jiwa yang   tinggi adalah antara kunci utama kejayaan seseorang insan. Cumanya mungkin ada sedikit fakta yang mahu dikongsi berdasarkan kajian-kajian pakar psikologi. Soal jodoh pertemuan dan segala-galanya terletak di tangan Tuhan. Kita hanya berusaha yang terbaik.

Anak tunggal

Sifat : Ciri khas anak tunggal suka menggantungkan cita-cita yang tinggi dan sangat idealistik. Anak tunggal memiliki kadar idealistik yang  tinggi (tertinggi di antara anak yang lain dalam soal jodoh, dan pekerjaan). Anak tunggal juga sangat suka merantau, berekreasi ataupun bekerja. Anak tunggal memiliki persamaan dengan anak pertama iaitu  tidak suka membuat sebarang masalah (cinta akan kedamaian). Kecenderungan si anak tunggal lebih suka kepada lawan jenis yang berwajah dan bersikap dewasa. Biasanya mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. 

Selera Jodoh: Anak tunggal menurut penelitian psikologi kurang sesuai dengan anak tengah, akan banyak konflik terjadi kerana banyak perbezaan antara mereka. Anak tunggal kurang suka dengan pasangan yang anak bongsu, dia lebih suka yang bersikap dewasa dan serius seperti anak Pertama 
(umumnya).

Anak Sulung

Sifat : Sifat dasar anak pertama adalah bijaksana, bersikap lebih dewasa dan memiliki paling banyak ilmu namun jarang dikeluarkan/diucapkan. Lebih banyak berfikir. Anak sulung berfikir lebih mendalam serta kritis (umumnya memiliki daya analisa yang paling teliti).
 Anak pertama kebiasaannya mempunyai banyak ilmu, di dalam dirinya namun tidak banyak dikeluarkan oleh ucapan kecuali oleh teman terdekatnya saja. Sifat baik anak sulung yang lain adalah jarang memukul atau tidak suka mengusik karena sifatnya agak serius. Mereka sentiasa memikirkan masa hadapan keluarga dan diri sendiri.

Sifat buruk anak sulung adalah paling tegar, paling liat, dan sangat pemilih dalam urusan jodoh daripada anak-anak yang lain (pada umumnya), dan biasanya sangat mengharapkan sekali pasangan yang kacak atau yang cantik, dan berduit.

Selera Jodoh :Anak pertama orangnya lebih matang dan dewasa, biasanya suka dengan anak bungsu, namun tidak menutup kemungkinan suka anak di posisi yang lain. asalkan ada rasa cinta, kerana pada umumnya anak pertama menyukai pasangan yang cantik/kacak atau yang berfikiran jauh/matang (idealistik). Mereka lebih cerewet dalam soal jodoh kerana inginkan yang terbaik untuk keluarga. Dapat dijadikan contoh yang baik. Sikap orang lain tak boleh lebih darinya jadi pegangan.


Anak Tengah

Sifat : Anak Tengah memiliki sifat yang lebih bebas, berani, keyakinan diri tinggi dan lebih mudah menunjukkan ekspresi dalam perkataan dan tindakan (Mudah memberi pandangan, dan sangat lancar dalam gerakan). Sifat baik anak tengah adalah sangat ramah dan mudah bergaul atau menyesuaikan diri dengan orang lain sehingga dengan mudah disukai banyak orang, disamping itu memiliki jiwa seni lebih tinggi daripada anak yang lain (Seniman).


Sifat kurang baiknya adalah senang beremosi, senang tersinggung, suka mencari pasal, namun mudah merasa salah, rajin menolong. Anak tengah biasanya susah mengalah Anak tengah paling berani diantara yang lain . Biasanya anak tengah paling mudah berkomunikasi atau akrab juga dengan anak tengah tapi bergaduh juga dengan anak tengah itu sendiri. Ego mereka juga sedikit tinggi berbanding adik beradik yang lain.

Selera Jodoh : Kalau menurut ilmu jodoh psikologi anak tengah kurang sesuai dengan anak tunggal disebabkan kerana banyaknya perbezaan dan akan ada banyak konflik. Anak tengah akhirnya akan mencari jodoh yang akan dapat memenangkan hatinya.

Anak Bongsu

Sifat : anak bungsu memiliki sifat fun (menyenangkan) dan manja. Kerana sudah mempunyai kakak dan abang di atasnya, jadi mereka merasa bergantung dengan kakak, abang atau orang tuanya. Anak bungsu kurang sesuai untuk menjadi seorang pemimpin kerana kurang tegas (tidak semua begitu). Kebaikan anak bongsu ini umumnya mempunyai badan paling sihat, jarang mengalami sakit apatah lagi yang sakit yang berat-berat, dan biasanya paling awet muda diantara anak-anak yang lain (baby face). Sifat buruk dari anak bongsu adalah selalu boros, dan kurang suka menabung kerana kurang suka perhitungan dalam kehidupan. Kebergantungan kepada ibu bapa juga lebih. Mereka lebih memahami ibu bapa, kerana pernah tinggal antara anak bongsu, Ibu serta bapa (3 beranak) sebelum anak bongsu itu besar dan membina keluarga sendiri. Mereka suka bercerita hal peribadi mereka kepada sesiapa, terutamanya kepada ibu bapa. 

Selera Jodoh : Dalam hal jodoh anak bongsu sesuai dengan semuanya kerana anak bungsu orangnya tidak terlalu memilih dan cerewet asalkan dapat mendapatkan jodoh yang baik (menurut pendapat dan citarasa masing-masing).


Ada yang tepat ada yang tak ...kalau betul mungkin secara kebetulan.Aku anak sulung...tak pernah pulak jatuh cinta dengan anak bungsu....ha ha...tapi karakter anak sulungku seakan sama dengan karakter aku...

No comments:

Post a Comment