AKU ANAK PENEROKA FELDA
Setiap 7hb Julai seluruh warga Felda akan menyambut dan mengingatinya
sebagai hari peneroka. Kepada warga Felda aku ingin ucapkan selamat
menyambut hari peneroka dan ini adalah satu satu pengiktirafan pada
seluruh warga Felda yang dulunya dianggap sebagai golongan bawahan atau
low class kerana tinggal di kawasan pedalaman yang dikelilingi hutan dan
rimba.
Sebelum tertubuhnya Felda kaum Melayu ketika itu
majoritinya tinggal di kawasan kampung sementara kaum Cina mendominasi
kawasan Pekan atau bandar dan kaum India pula memonopoli kawasan
estet.Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan
mengambil satu langkah berani dengan memohon pinjaman sebanyak rm 250
juta ketika itu daripada bank dunia semata-mata ingin membela dan
menjadikan nasib bangsa melayu lebih terjamin.Pinjaman tersebut telah
berjaya diselesaikan pada tahun 2000 lebih awal dari yang sepatutnya
iaitu pada tahun 2013.
Kerajaan turut mengeluarkan budget
tambahan menjadikan jumlah keseluruhannya pembukaan tanah rancangan
Felda di Jengka mencecah kira-kira rm 347 juta.Segalanya dilakukan
semata-mata ingin membantu rakyat untuk keluar dari kepompong
kemiskinan.Ketika itu siapa saja orang Melayu yang ingin merubah nasib
dan berminat untuk tinggal di tanah rancangan ini akan dibawa masuk
tanpa mengira siapapun mereka.
Bukan kekayaan yang dikejar, bukan kemewahan
yang diharapkan tetapi cukuplah sekadar hidup yang lebih terjamin dan
disediakan rumah yang lebih selesa walau hanya satu bilik, itulah
secebis harapan yang tertanam di dalam sanubari setiap dari mereka yang
berhijrah ke bumi bertuah ini. Dalam ribuan yang mengharapkan sesuatu
yang belum pasti menjanjikan kesenangan, terselit kelibat abah
bersama ibuku sebagai pasangan yang bakal bergelar warga Felda.
Kawasan rumah yang dipenuhi semak samun
ditebas satu persatu hingga menjadikan persekitaran tempat tinggal kami
mula bersih.Dalam serba kepayahan ibuku tetap sabar melayan kerenah anak- anak sementara abah bertungkus lumus mengerah
kudrat yang ada demi ingin melihat kami hidup selesa.Pokok buah-buahan
ditanam disekeliling rumah untuk dimakan oleh kami sekeluarga serta
dikongsi bersama jiran yang lain.Walau tiada bekalan elektrik, pelita
minyak tanah sudah memadai untuk menerangi kegelapan malam dan
seterusnya kami beralih pada lampu 'gasoline' yang lebih terang.
Apabila set 'generator' diperkenalkan barulah kami mengenali rupa
sebuah televisyen meskipun tiada warna itupun hanya mereka yang mampu
sahaja yang memilikinya.Bekalan utama air adalah dari perigi yang digali
sendiri dibelakang rumah atau sumber dari air sungai yang terdekat.
Mengangkut air dari perigi sejauh kira-kira 100 meter jaraknya dari
rumah merupakan rutin biasa bagi kami ketika itu.Berkongsi mandi bersama
jiran bukanlah sesuatu yang asing pada kami malah ia menambahkan lagi
semangat kejiranan sesama kami.Namun lama kelamaan perigi ini semakin
pupus dan lebih malang lagi semangat kejiranan juga semakin luntur
bagaikan ikut sama tenggelam ke dalam perigi yang terkambus.
Pendapatan peneroka ketika itu tidak semewah sepertimana yang peneroka
perolehi hari ini.Kantin atau kedai koperasi yang disediakan sedikit
membantu apabila mereka menyediakan segala barang keperluan yang boleh
diambil dahulu sebelum gaji peneroka ditolak kemudiannya.Setelah
dihitung dan ditolak hutang tersebut baki yang tinggal ada kalanya hanya
rm 10 tetapi kami masih mampu bertahan.Aku sebagai anak walau masih
kecil tapi sudah memahami kesusahan serta keperitan hidup ketika
itu.Kerana itu tiada istilah memilih pakaian berjenama atau makanan yang
sedap-sedap kerana bagi kami apa saja yang ada, itulah yang kami pakai
dan itulah yang kami makan walau hanya nasi bersama kuah.
Itu
hanya secebis kisah dari perjalanan hidup seorang yang bergelar anak
kepada peneroka Felda walau aku tidak lagi tinggal di sana.Kini warga
Felda sudah jauh berubah.Rumah yang dulunya kayu yang semakin reput kini
berganti dinding batu yang kukuh bersama beberapa buah bilik malah ada
juga yang sudah bergelar jutawan.Jika dulu ramai yang malu untuk mengaku
sebagai anak Felda tapi kini status sebagai anak Felda tidak lagi
dianggap sesuatu yang memalukan.Felda bukan lagi dianggap 'low class'
tetapi telah menjelma menjadi sasaran dan impian manusia yang tamak
untuk merebutnya, manusia yang tidak pernah melalui detik-detik
kepayahan sebagaimana yang pernah kami lalui.
Jika dahulu tiada
siapa yang peduli walau duit gaji hanya berbaki rm10 tetapi ramai yang
mula iri hati setelah gaji yang diperolehi kini berbaki rm3 ribu hinggah
rm5 ribu.Tidak perlu dinafikan bahawa ramai anak-anak peneroka Felda
yang berjaya dalam kehidupan mereka.Carilah di mana-mana syarikat
gergasi ataupun bertaraf antarabangsa pasti kita akan terjumpa anak
peneroka felda terselit di sana dengan menjawat jawatan yang tinggi atau
cari saja dikalangan peniaga yang berjaya pasti ada diantara mereka
yang bergelar anak peneroka Felda.
Biar apapun niat dan tujuan kita, walau apapun fahaman kita dan walau
apa saja hasrat kita, selagi kita bergelar anak peneroka Felda aku ingin
mengucapkan Selamat Menyambut Hari Peneroka walau kita tidak lagi
bergelar seorang peneroka tetapi kita tetap generasi peneroka
Felda.Ingatlah pada keringat ibu dan ayah yang bukan sedikit tumpah di
bumi Felda.
Memang banyak kenangan sebagai seorang anak peneroka Felda...
Setiap 7hb Julai seluruh warga Felda akan menyambut dan mengingatinya sebagai hari peneroka. Kepada warga Felda aku ingin ucapkan selamat menyambut hari peneroka dan ini adalah satu satu pengiktirafan pada seluruh warga Felda yang dulunya dianggap sebagai golongan bawahan atau low class kerana tinggal di kawasan pedalaman yang dikelilingi hutan dan rimba.
Sebelum tertubuhnya Felda kaum Melayu ketika itu majoritinya tinggal di kawasan kampung sementara kaum Cina mendominasi kawasan Pekan atau bandar dan kaum India pula memonopoli kawasan estet.Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan mengambil satu langkah berani dengan memohon pinjaman sebanyak rm 250 juta ketika itu daripada bank dunia semata-mata ingin membela dan menjadikan nasib bangsa melayu lebih terjamin.Pinjaman tersebut telah berjaya diselesaikan pada tahun 2000 lebih awal dari yang sepatutnya iaitu pada tahun 2013.
Kerajaan turut mengeluarkan budget tambahan menjadikan jumlah keseluruhannya pembukaan tanah rancangan Felda di Jengka mencecah kira-kira rm 347 juta.Segalanya dilakukan semata-mata ingin membantu rakyat untuk keluar dari kepompong kemiskinan.Ketika itu siapa saja orang Melayu yang ingin merubah nasib dan berminat untuk tinggal di tanah rancangan ini akan dibawa masuk tanpa mengira siapapun mereka.
Bukan kekayaan yang dikejar, bukan kemewahan yang diharapkan tetapi cukuplah sekadar hidup yang lebih terjamin dan disediakan rumah yang lebih selesa walau hanya satu bilik, itulah secebis harapan yang tertanam di dalam sanubari setiap dari mereka yang berhijrah ke bumi bertuah ini. Dalam ribuan yang mengharapkan sesuatu yang belum pasti menjanjikan kesenangan, terselit kelibat abah bersama ibuku sebagai pasangan yang bakal bergelar warga Felda.
Kawasan rumah yang dipenuhi semak samun ditebas satu persatu hingga menjadikan persekitaran tempat tinggal kami mula bersih.Dalam serba kepayahan ibuku tetap sabar melayan kerenah anak- anak sementara abah bertungkus lumus mengerah kudrat yang ada demi ingin melihat kami hidup selesa.Pokok buah-buahan ditanam disekeliling rumah untuk dimakan oleh kami sekeluarga serta dikongsi bersama jiran yang lain.Walau tiada bekalan elektrik, pelita minyak tanah sudah memadai untuk menerangi kegelapan malam dan seterusnya kami beralih pada lampu 'gasoline' yang lebih terang.
Apabila set 'generator' diperkenalkan barulah kami mengenali rupa sebuah televisyen meskipun tiada warna itupun hanya mereka yang mampu sahaja yang memilikinya.Bekalan utama air adalah dari perigi yang digali sendiri dibelakang rumah atau sumber dari air sungai yang terdekat. Mengangkut air dari perigi sejauh kira-kira 100 meter jaraknya dari rumah merupakan rutin biasa bagi kami ketika itu.Berkongsi mandi bersama jiran bukanlah sesuatu yang asing pada kami malah ia menambahkan lagi semangat kejiranan sesama kami.Namun lama kelamaan perigi ini semakin pupus dan lebih malang lagi semangat kejiranan juga semakin luntur bagaikan ikut sama tenggelam ke dalam perigi yang terkambus.
Pendapatan peneroka ketika itu tidak semewah sepertimana yang peneroka perolehi hari ini.Kantin atau kedai koperasi yang disediakan sedikit membantu apabila mereka menyediakan segala barang keperluan yang boleh diambil dahulu sebelum gaji peneroka ditolak kemudiannya.Setelah dihitung dan ditolak hutang tersebut baki yang tinggal ada kalanya hanya rm 10 tetapi kami masih mampu bertahan.Aku sebagai anak walau masih kecil tapi sudah memahami kesusahan serta keperitan hidup ketika itu.Kerana itu tiada istilah memilih pakaian berjenama atau makanan yang sedap-sedap kerana bagi kami apa saja yang ada, itulah yang kami pakai dan itulah yang kami makan walau hanya nasi bersama kuah.
Itu hanya secebis kisah dari perjalanan hidup seorang yang bergelar anak kepada peneroka Felda walau aku tidak lagi tinggal di sana.Kini warga Felda sudah jauh berubah.Rumah yang dulunya kayu yang semakin reput kini berganti dinding batu yang kukuh bersama beberapa buah bilik malah ada juga yang sudah bergelar jutawan.Jika dulu ramai yang malu untuk mengaku sebagai anak Felda tapi kini status sebagai anak Felda tidak lagi dianggap sesuatu yang memalukan.Felda bukan lagi dianggap 'low class' tetapi telah menjelma menjadi sasaran dan impian manusia yang tamak untuk merebutnya, manusia yang tidak pernah melalui detik-detik kepayahan sebagaimana yang pernah kami lalui.
Jika dahulu tiada siapa yang peduli walau duit gaji hanya berbaki rm10 tetapi ramai yang mula iri hati setelah gaji yang diperolehi kini berbaki rm3 ribu hinggah rm5 ribu.Tidak perlu dinafikan bahawa ramai anak-anak peneroka Felda yang berjaya dalam kehidupan mereka.Carilah di mana-mana syarikat gergasi ataupun bertaraf antarabangsa pasti kita akan terjumpa anak peneroka felda terselit di sana dengan menjawat jawatan yang tinggi atau cari saja dikalangan peniaga yang berjaya pasti ada diantara mereka yang bergelar anak peneroka Felda.
Biar apapun niat dan tujuan kita, walau apapun fahaman kita dan walau apa saja hasrat kita, selagi kita bergelar anak peneroka Felda aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Peneroka walau kita tidak lagi bergelar seorang peneroka tetapi kita tetap generasi peneroka Felda.Ingatlah pada keringat ibu dan ayah yang bukan sedikit tumpah di bumi Felda.
Memang banyak kenangan sebagai seorang anak peneroka Felda...
Memang beginilah bentuk rumah kami dulu...sekarangpun bentuk rumah asal kami masih dikekalkan....dan dengan tak semena2 aku menjadi sebak...
No comments:
Post a Comment