Friday 21 June 2013

Ya kot...


10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA
TV TEMPATAN

1 . Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok
telefon dan memasukkan syiling . Kemudian dia
mendail nombor yang hendah dihubungi .
Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai
dua saat dia sudah berkata ... Hello. Satu
adegan yang tidak logik sedangkan talian
telefon memerlukan masa lebih kurang lima
saat untuk disambung. Belum dicampur lagi
masa yang diperlukan oleh si penjawab
bangun , berjalan dan menjawab panggilan .
Adegan tidak logik ini memang wujud dalam
drama tempatan melayu sejak dahulu hingga
kini.

2 . Dalam drama bersiri Gerak Khas , sebelum
babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus
diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua
anggota polis wanita berjalan seiringan keluar
dan masuk . .. Dua anggota polis berkenaan
muncul hampir setiap siri drama tersebut
dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3 . Kebanyakkan filem seram tempatan
memaparkan banyak adegan menjerit . Pengarah
filem tersebut lupa bahawa sebenarnya
penontonlah yang perlu menjerit ketakutan ,
bukannya pelakon .

4 . Jika anda orang utara, pastinya anda meluat
dan menyampah bila melihat pelakon -pelakon
yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara.
Ini kerana mereka fikir mereka boleh
membawa watak orang utara. Pada hakikatnya
tidak .

5 . Dalam drama melayu , jika ada babak
perbualan antara seorang wanita cina dengan
ahli keluarganya , perbualan tersebut dalam
bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina . Tetapi
dalam drama cina pula , babak perbualan
antara wanita melayu dengan ahli keluarganya
adalah dalam bahasa melayu juga .. ..

6 . Ayat yang sering digunakan dalam drama
bersiri Gerak Khas. .. . "Tuan ada baca akhbar
semalam?" .

7 . Satu babak dalam drama bersiri slot
Samarinda. .. Seorang lelaki bekerja di
pejabatnya ... Tiba- tiba handphonenya
berbunyi. . Handphone yang digunakan adalah
jenis Nokia yang mengunakan ringtone
polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah
bunyi handphone biasa ( monofonik).

8 . Babak ini yang kelakar. .. Seorang pelakon
memberitahu rakannya bahawa dia hendak
menulis email kepada seseorang . Dia
kemudiannya duduk di hadapan komputer dan
mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus
pada monitor jelas menunjukkan pelakon
berkenaan melulis email menggunakan
Microsoft Word!!! .

9 . Dalam satu adegan dalam sebuah filem , satu
babak tembak-menembak telah berlaku
diantara polis dengan penjahat . Pihak polis
menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer
( evo berapa tak ingat ) sebagai perisai dan
berlindung di balik kereta berkenaan . Polis
secara berterusan dihujani berpuluh- puluh
peluru dari penjahat .. . Tetapi kereta tersebut
hanya kena satu das sahaja .

10 . Semua filem seram karya penerbit
tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-
mata . Anda tak perlu lagi ke panggung
wayang ... ( Jika ada filem seram baru ) kerana
kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah
mimpi . Ini adalah garis panduan yang telah

ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem. .. .


.
...abih tuuuu....dah tau tak logik apahal tengok jugak...ha ha ha

No comments:

Post a Comment