Friday 19 July 2013

BerGalaxylah pulak...

Samsung Galaxy Grand -belasah je lah...


[Update 7-Mac-2013] Samsung Galaxy Grand telah masuk ke pasaran tempatan pada harga RM 1,299 seunit.

Samsung hari ini mengumumkan siri Galaxy terbaru mereka, Samsung Galaxy Grand. Jika kebiasaannya, skrin besar atau phablet (phone + tablet) dikaitkan dengan hardware high-end seperti Galaxy Note II, tetapi Galaxy Grand hadir dikalangan smartphone mid-range.

Menggunakan skrin besar bersaiz 5 inci dengan resolusi WVGA, bermakna pixel nya agak besar iaitu 187 pixel per inci. Selain itu, ia dikuasakan oleh processor 1.2GHz dual-core bersama 1GB RAM. Kamera utama 8 megapixel mampu mengambil video 1080p dan kemara depan dengan sensor 2 megapixel untuk video chat. Untuk menyimpan data, Galaxy Grand menawarkan storage 8GB dengan slot micro SD untuk storage tambahan sehingga 32GB. Fungsi-fungsi lain seperti Bluetooth 4.0, wifi, GPS, accelerometer, compass, dan sensor gyroscopic.

Samsung Galaxy Grand akan dijual dalam 2 varian, I9080 untuk versi 1 kad SIM dan I9082 untuk versi 2 kad SIM. Dengan OS Android Jelly Bean, Galaxy Grand menggunakan kelebihan skrin besarnya dengan menawarkan Multi Window, fungsi yang sebelum ini hanya terdapat pada Note, Note 2 dan S III untuk memaparkan 2 apps dalam 1 skrin. Smartphone ini juga dilengkapkan dengan apps Samsung seperti Direct Call, Popup Video, Smart Alert, dan S-Voice.

Selain dari skrin besar bersaiz 5 inci dan storage 8GB, spec Galaxy Grand seakan-akan sama seperti Galaxy S II. Kemungkinan besar harganya akan berada di lingkungan harga RM1500.

 



ha ha ha...satu apa pun aku tak faham benda2 kat atas tu...cuma yang aku tau skrin dia besar..best...sesuai untuk orang yang rabun tapi liat nak pakai cermin mata macam aku.Lagipun rasa nak try Samsung pulak lah setelah sekian lama setia dengan Nokia.Huh...Nokia aku tu bukannya rosakpun cuma ...saja gatal...hi hi...nak tunggu Nokia tu rosak baru tukar phone baru jawabnya sampai bertanduklah...eh!Yelah...dah tiga telefon Nokia aku guna sebelum ni rupa2nya...satupun tak ada yang rosak.Cuma...ada yang hilang entah ke mana aku tak tau...kena kebas pun ada...nak tergelak bila teringat masa beli Nokia yang latest tu...rupanya simcard aku tupun dah terbelah dua...he he...alah membeli menang memakai betul...

Actually masa on the way ke kedai phone tu kat kepala otak aku ni dah terbayang Galaxy S3...Galaxy S3...masa tu Galaxy  S4 baru keluar tapi fuhhh...2 ribu lebih beb...hish...tak mampulah aku...rasa mcm tak berbaloi je dengan keperluan aku.Apalah sangat yang aku boleh buat dengan supersmartphone mcm tu...kalau setakat call...sms...mms...tupun suami aku selalu komplen sbb selalu call dia aku tak layan...he he...sorry bang...handphone dalam handbag...tak dengarlah...

Tapi bila dah sampai kat kedai phone City Plaza tu apa yang dah ada kat kepala otak aku ni tiba2 terbang entah ke mana.Sebabnya...mata aku ni asyik mengintai phone Galaxy jenis lain pulak masa suami aku tengah sembang dengan adik jurujual kat kedai tu.Yang ni lebih besar...best kot...nama pun Grand...mesti grand...nak yang nilah...

ha ha ha...tulah aku...fikiran dan pilihan aku ni boleh berubah serta merta dalam keadaan dan persekitaran tertentu walaupun aku ni jenis yang setia sebenarnya...boleh caya ke?Last2 Galaxy Grand nilah yang aku bawa balik...duos...dual sim?Nak buat apa ek sampai dua sim...mungkin ada gunanya nanti...

La ni dah lebih sebulan aku usung phone ni tapi kecekapan aku guna semua aplikasi yang canggihlah kononnya amatlah menyedihkan...tak sempatlah nak explore semuanya.Yang sempat aku belek...alamak banyaknya game...aku bukan jenis gila game malah game2 dalam semua handphone yang aku guna sebelum nipun tak pernah aku sentuh...daripada aku layan game lebih baik aku update blog aku kat lappy...boleh jugak aku baca balik bila2 aku free...pelan2 lah kan...cuma yang pastinya suami aku tetap komplen even aku dah tukar ke handphone yang kononnya lebih canggih nih...sebabnya...he he...aku lupa nak aktifkan wifi...sudahnya 5 sms Viber  yang dia hantar semalam  baru hari ni masuk kat handphone aku...sapa yang tak sakit jiwa eh...sorry....





Ni lah rupa Galaxy Grand tu...





Sebiji macam aku punya tuh...hi hi
 

No comments:

Post a Comment