Friday 19 July 2013

Suatu keajaiban...ambil kisah sebelum parah

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan
memberi beberapa maksud tertentu.
Kebanyakan orang salah faham akan perkara
ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda
memahaminya. Info di bawah ini antara info
yang terbaik.


Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan
berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan
diri anda kerana informasi ini cukup bagus
sebagai bahan rujukkan.
 Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepatlah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi
paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah
menandakan badan kita sedang dalam proses
pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada
waktu pagi. Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.
 
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah,
pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga
menunjukkan badan mengandungi asid
berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang
bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan
perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan
yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat
dengan paru-paru dan kerongkong).


a) Selesema : Proses pembuangan toksin di
bahagian kerongkong. Badan mengandungi
asid berlebihan (biasanya suhu badan
meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi
toksin yang berlebihan. Proses
menyeimbangkan masalah alahan hidung.

b) Bersin

i) Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan
hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang
toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi
toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat
keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku
pada orang yang banyak merokok atau
terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin
sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah
tanda bahawa badan kita memerlukan banyak
air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras
keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem
penghadaman)

a) Bibir pucat

i) Sistem penghadaman yang lemah.

ii) Perut mengandungi angin.

iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem
penghadaman yang kurang sempurna dan
mengakibatkan kekurangan zat besi.

Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman
dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi
banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi
jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah,
seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi
lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain
lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-
pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi
asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan
fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang
mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah
pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki
terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu
hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan
asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin
melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan
toksin yang berlemak dan toksin yang tidak
larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses
menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu
banyak memakan ubat yang mengandungi
bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses
pembuangan toksin yang larut dalam
air.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah
pinggang yang lemah. Selepas proses gugur,
rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat
dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di
bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda
penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh
(rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan
saluran darah telah menjadi keras dan fungsi
metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di
bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-
tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa
kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan
kekal di sana, ini menandakan serangan sakit
jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian
bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah
pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan
fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat
lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk
(Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas
yang berlaku di bahagian kepala mempunyai
kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung
dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis)
akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG
KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit
tekanan darah tinggi.

b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan
penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan
darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI
TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda
pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-
kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda
kurang darah atau pengaliran darah tidak
lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.
Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah
rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah
rosak di bahagian perut; misalnya penyakit
ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda
sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses
pembuangan toksin dari kerongkong akibat
jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah
pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan
penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan
buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
Menandakan proses pembuangan toksin sedang
berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu
karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus
besar. 

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus
kecil.

c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau
barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan
proses pembuangan toksin di bahagian usus
sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala
kesakitan badan adalah disebabkan saluran
darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan
urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam
badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan
urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ
badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan
pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .
Badan mengandungi asid yang berlebihan.
Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan
mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air
untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan
badan segar dan proses awet muda sedang
berlaku


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi
buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati
lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-
paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA
SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem
penghadaman yang lemah.


Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis
 
 
...cukup risau dengan no.24...andai rasa seronok dengan tiba2...bahaya tuh!
 
 

No comments:

Post a Comment