Tuesday 9 July 2013

Patut la...

Oleh Dr Suriyakhatun 

Detox Ramadan

Sebaik mula berpuasa ni, eloklah kita tahu sedikit gejala-gejala awal puasa yang akan kita alami dalam masa minggu pertama puasa. Antara yang mungkin berlaku adalah :

Lapar dan haus


Sakit kepala


Letih 


Tak tahan sejuk


Senang gelap mata


Mulut berbau


Lidah berdaki 


Kencing kurang dan pekat serta berbau 


Lenguh badan


Berak cair 



Kesemuanya ini sebenarnya adalah gejala puasa sendiri yang menyebabkan rendah kadar gula dalam darah dan juga gejala detox.



 Apabila kita berpuasa, toxin yang terkumpul / terperangkap di dalam badan kita iaitu di dalam sel lemak dan juga sel hati mula dapat keluar bila badan mengunakan lemak tersimpan untuk  mendapatkan tenaga. Proses ini dinamakan ketosis.



 Puasa yang berjaya perlu mencapai tahap ketosis . Toxin yang keluar ini terpaksa masuk ke dalam darah dahulu sebelum ia dikeluarkan dari badan melalui air kencing, peluh, wap nafas dan juga garam bile yang disalurkan ke dalam najis.



Aliran toxin yang masuk ke dalam darah inilah yang menyebabkan lenguh badan, sakit kepala, mulut berbau, lidah berdaki dan berak cair . Lazimnya orang yang gemuk lebih banyak mengalami gejala puasa kerana badan mereka mengandungi lebih banyak lemak dan  toxin.



 Setelah kita mengetahui bahawa gejala awal puasa ini membawa kebaikkan pada kita, seharusnya kita akan lebih bersabar menghadapinya dan peringatan yang saya ingin berikan , jangan rosakkan proses detox ini dengan berbuka puasa secara gelojoh.




Owh...camtu ya...tapi selalu2nya lah kalau berbuka masa hari pertama puasa bila tengok ni...





kemudian tengok ni pulak...







dan lepas tu tengok ni...







hu..hu..hu...boleh lupa diri nih...hi hi...mudah2an Ramadan kali ini lebih bersederhana dan tidak bertuankan nafsu...InsyaAllah 


 

No comments:

Post a Comment